Advertisement

Tunggakan Hutang: Sita Rumah Keluarga?

444 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Jul 20, 2017 at 08:15
by   Shah12
edited on Aug 1, 2017 at 06:58
 
Pada tahun 2007 atau 2008 saya tidak pasti, saya ada membeli sebuah motorsikal menggunakan LOAN KEDAI itu sendiri. Setelah menggunakannya selama lebih kurang sebulan, saya telah menjual motor tersebut kepada rakan sekerja saya kerana ingin berhijrah ke negeri lain untuk bekerja. Di pendekan cerita, pada 18-07-2017 saya mendapat 4 kali panggilan yang tidak dijawab dari jam 2.35pm - 2.37pm dari nombor yang tidak dikenali (bukan nombor pejabat). Pada 19-07-2017 dari jam 11.09am - 11.12am sebanyak 5 kali, saya dapati ada panggilan yang tidak dijawab dari nombor yang sama. Tetapi pada jam 5.51pm saya berkesempatan untuk menjawab panggilan tersebut.

Dengan memperkenalkan diri wakil dari Mahkamah Tinggi Johor Bahru dia cuma memberitahu yang esoknya beliau akan datang ke rumah family saya untuk melakukan PENYITAAN dan beliau juga menyatakan yang beliau mempunyai WARRAN SITA bersama dengan ANGGOTA POLIS. Apabila saya bertanya kes apa yang hingga menyebabkan rumah ibu bapa saya dikenakan tindakan SITA. Beliau cuma menjawab ringkas kerana tunggakan hutang. Bila saya bertanya berkenaan hutang apa, beliau menjawab TIDAK PASTI dan mengarahkan saya supaya menghubungi LAWYER yang bertanggungjawab mengendali kes saya.

Setelah menghubungi nombor yang diberi oleh pihak pertama tadi. Seorang lelaki menjawab panggilan dan mahu mengesahkan nama, no kad pengenalan serta alamat yang berhubung kait dengan HUTANG TERTUNGGAK tersebut dan dia menyatakan dia adalah wakil PEGUAM untuk syarikat motor yang membuat tuntutan saman.

Beliau menyatakan jumlah tertunggak adalah lebih dari RM12,000 dan meminta saya menyelesaikan sebelum 21-07-2017. Beliau juga ada membuat pengesahan nama ibu saya dan juga ada memberitahu yang dia menghubungi ibu saya. Setelah berunding dia mengurangkan 50% daripada jumlah, dan akhirnya 30% dari jumlah hutang tersebut dan akan HOLD pihak pertama tadi daripada melakukan PENYITAAN sehingga Jumaat (21-07-2017) dan meminta saya memberikan keputusan sebelum tarikh tersebut.

Saya ada juga bertanya tentang CASE FILE NUMBER jawabnya ringkas pada masa itu dia tiada di pejabat, dan akan maklumkan pada saya esok harinya waktu pejabat memandangkan dia terlalu banyak case dan banyak menghabiskan masa di mahkamah dan tidak dapat menjawab panggilan telefon.

Pada waktu perbualan dengan pihak pertama ada dia menyatakan yang segala surat sudah dihantar sedangkan saya bertanya pada keluarga saya yang mereka tidak mendapat apa-apa surat, dan pada waktu perbualan dengan pihak kedua dia menyatakan pihak lawyer (DIA) masih belum menghantar surat mahkamah, cuma dia ada menyatakan bahawa surat dari syarikat tempat saya membeli motor tersebut sudah menghantar 2 kali surat kepada saya namun saya tidak menerima apa-apa surat sekalipun jawabnya ringkas dia ada bukti yang boleh membuktikan yang memang sudah 2 kali syarikat tersebut menghantar surat kepada saya.

Nasihat dia pada dia agar pilih untuk selesaikan hal ini diluar mahkamah dengan cara membayar tuntutan tersebut dalam waktu terdekat sekiranya tidak mahu pihak pertama tadi datang ke rumah family saya dan mengambil gambar serta meyerahkan surat SAMAN sekaligus MENYITA.

Setelah menghubungi ibu saya yang uzur oleh kerana sudah tua lebih-lebih lagi menghidap kencing manis dan darah tinggi yang agak teruk. Ibu saya tidak duduk diam bila tahu tentang perkara ini. Saya tidak tahu apa yang patut saya lakukan. Apa yang perlu saya cakap pada wakil peguam tersebut pada hari esok oleh kerana beliau menunggu feedback dan keputusan esok.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
7 Answers
answered on Jul 20, 2017 at 12:39
by   jebat
Dengan memperkenalkan diri wakil dari Mahkamah Tinggi Johor Bahru dia cuma memberitahu yang esoknya beliau akan datang ke rumah family saya untuk melakukan PENYITAAN dan beliau juga menyatakan yang beliau mempunyai WARRAN SITA bersama dengan ANGGOTA POLIS.

Pihak Mahkamah tidak akan panggil peminjam dan pihak polis tidak akan terlibat di dalam kes sivil.
Relaks la.

Saya ada juga bertanya tentang CASE FILE NUMBER jawabnya ringkas pada masa itu dia tiada di pejabat.

Kalau dia call lagi, tanya nama dia.  Cakap nak check dengan Bar Council.
Takkan dia tak ingat nama sendiri.
1 found this helpful
Helpful

answered on Jul 20, 2017 at 13:28
by   Shah12
edited Aug 1, 2017 at 07:03
 
Terima kasih jebat.

Sekurang-kurangnya saya tahu apa yang perlu saya cakap andaikata dia call lepas ni.

Memang sudah pasti dia call cuma yang was-was. Nombor telefon pihak pertama yang call saya itu langsung tidak dapat call. Hit saja button call, call ended dengan sendiri. Honestly memang tak dapat tidur. Perlu ke saya rujuk AKPK sekalipun isu ini tak related dengan Pinjaman Bank mahupun Kredit Kad?

Wakil peguam itu juga ada menyebut tentang kes ini dibawah Akta rang undang-undang Akta Penghutang 1957 Akta 256 serta yang akan melakukan penyitaan itu adalah Mahkamah Logistik Johor Bahru.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 21, 2017 at 01:01
by   mike
Tetapi pada jam 5.51pm saya berkesempatan untuk menjawab panggilan tersebut. 
Dengan memperkenalkan diri wakil dari Mahkamah Tinggi Johor Bahru dia cuma memberitahu yang esoknya beliau akan datang ke rumah family saya untuk melakukan PENYITAAN dan beliau juga menyatakan yang beliau mempunyai WARRAN SITA bersama dengan ANGGOTA POLIS.
Wahh, bila jawab saja otomatik terus esok sita. Sita atau tidak sita itu mahkamah kira ikut dari bila kita jawab telefon ya..?

Saya tidak tahu apa yang patut saya lakukan.Apa yang perlu saya cakap pada wakil peguam tersebut pada hari esok oleh kerana beliau menunggu feedback dan keputusan esok.
Cakap kamu pilih settle di mahkamah dan  menunggu surat saman untuk ke mahkamah. 
1 found this helpful
Helpful

answered on Jul 21, 2017 at 02:48
by   Shah12
edited Aug 1, 2017 at 07:05
 
Terima Kasih Mike. Sepertimana Jebat cadangkan supaya minta nama dia, dia cuma bagi saya namanya tanpa Bin. Saya ada juga menghubungi mahkamah Johor Bahru tapi pihak mahkamah memerlukan Case File number dan pihak mahkamah itu sendiri menyatakan tidak pernah tahu kewujudan Mahkamah Logistik.

Hari ini dia ada menghantar message by Whatsapp dengan menyatakan yang dia tidak dapat bagi case number kerana masih belum Open case, dan sekiranya esok tiada apa-apa bayaran atau maklumbalas yang positif, dia akan proceed untuk file case.

Patutkah saya rasa takut andai surat saman tersebut benar-benar sampai.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 21, 2017 at 03:21
by   jebat
Patutkah saya rasa takut andai surat saman tersebut benar-benar sampai.

Kenape takut kepada pembohong dan penipu?
Takut kepada bayang-bayang?
1 found this helpful
Helpful

answered on Jul 21, 2017 at 05:34
by   mike
Harini dia ada menghantar msg by whatsapp dengan menyatakan yg dia tidak dapat bagi case number kerana masih belum Open case

Sebelum ini dia kata tidak dapat beri case number sebab tidak berada di ofis. 

Sekarang sudah mengaku belum file lagi kes. Habis tu yang dia kata esok mahkamah nak datang dengan polis dan nak sita tu, bukan penipu ke nama nya?

Suruh dia file case di mahkamah dulu baru boleh cerita.
Kemudian hari kalau ada surat sah temujanji dengan mahkamah, kamu poskan di sini. 
Kami akan beri panduan.
1 found this helpful
Helpful

answered on Jul 21, 2017 at 08:35
by   Shah12
edited Aug 1, 2017 at 07:06
 
Terima kasih tak terhingga pada semua. Patut ke saya buat laporan polis?

Jadi esok saya akan bagitau dia untuk selesaikan kes ni di mahkamah. Andai ada apa-apa update tentang kes ini, akan saya poskan disini.

Terima kasih sekali lagi pada semua.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.