Advertisement

Tuntutan rugi atas jualan rumah

110 Views  ⚫  Asked 7 Months Ago
asked on Jul 4, 2017 at 02:38
by   Nick_W
edited on Jul 18, 2017 at 06:12
 
Situasi ini berlaku ke atas saya...

Saya adalah penjawat awam (kontrak) dan  membeli sebuah apartment dengan harga RM88,000. Pada tahun 2008, saya mendapat jawatan tetap tetapi bertukar skim pekerjaan menyebabkan gaji saya (10 tahun bekerja kontrak) turun semula kepada basic awal. Ini menyebabkan saya kehilangan lebih kurang RM700 dan saya tidak mampu membayar loan rumah dan kereta.

Rumah berkenaan (belum sempat diduduki) telah dilelong pada 2008. Pada tahun 2013, pihak bank call mohon saya bayar rugi atas jualan. Mulanya, diberi tahu RM36,000. Dan minta saya bayar mengikut kadar yang ditetapkan tetapi saya tidak mampu dan dinasihatkan berurusan dengan AKPK.

Setelah berurusan dengan AKPK. Dan baru jelas yang sebenarnya bank minta saya selesaikan RM78,000. Saya diminta membayar RM300 bermula Jun 2013 - Jun 2016, dan RM500 bermula Julai 2016. Tetapi, mungkin saya terlepas pandang sebab surat dah hilang.  Saya terus bayar RM300 sehingga Jun 2017.. Dan akaun AKPK saya di bank berkenaan ditutup. Untuk aktivkan semula saya perlu membayar RM2500. Saya cuba untuk deal mengenai payment ini.  Tetapi diarahkan berhubung dengan pegawai lain. Sebab akaun dah tutup.  Kalau gagal bayar, saya akan diisytihar bankrap.  Saya masih lagi berusaha... 

Soalan-soalan:

1. Adakah wajar rumah berharga RM88,000. Saya perlu selesaikan rugi atas jualan RM78,000?

2. Jika boleh saya tidak mahu diisytihar bankrap. Tetapi jika berlaku, adakah pekerjaan saya terjejas?

Mohon pandang... Semua ini berlaku sebab saya inginkan jawatan tetap...  Bukan sebab hutang-hutang lain.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
1 Answers

answered on Jul 4, 2017 at 04:46
by   kiki
edited Jul 18, 2017 at 06:14
 
1. Adakah wajar rumah berharga RM88,000. Saya perlu selesaikan rugi atas jualan RM78,000?
Cuba dapatkan butiran lelongan dari pihak bank.

2. Jika boleh saya tidak mahu diisytihar bankrap. Tetapi jika berlaku, adakah pekerjaan saya terjejas?
Semak semula syarat dan terma sebagai penjawat awam. Ramai juga penjawat awam yang telah di bankrapkan, cuba siasat apa kah yang telah terjadi kepada mereka.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.