Advertisement

Notis kebankrapan

452 Views  ⚫  Asked 11 Months Ago
asked on Jun 18, 2017 at 10:08
by   Somebody
edited on Jun 18, 2017 at 10:10
by   Somebody
Saya menghadapi masalah berkaitan personal loan yang dibuat sebanyak 20K. Ex husband yang guna dan janji akan bayar. Saya tidak tahu bahawa hutang tersebut sebenarnya telah tertunggak menjadi 53k dan tidak dibayar. Saya hanya dapat panggilan dari debt collector yang kata nak sita dan keluarkan notis bankrap. Masalahnya saya tidak pernah menerima surat dari mahkamah atau panggilan dari pihak bank. Adakah pemungut hutang berhak menyita dan membuat seseorang itu bankrap?Bila saya suruh debt collector hantar surat, ada macam-macam alasan. Bila saya kata masih dalam proses join AKPK, diorang akan kata akpk ambil masa lama dan tak akan terima kes saya malah bersikap biadab.Apa yang perlu saya buat ? Saya buntu sebab setiap hari debt collector call tempat kerja
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
3 Answers

answered on Jun 18, 2017 at 12:05
by   Tanaka
Tukar nomber hp.
Mereka pengutip hutang.
Bising shj.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 19, 2017 at 02:05
by   kiki
Saya tidak tahu bahawa hutang tersebut sebenarnya telah tertunggak menjadi 53k dan tidak dibayar. Masalahnya saya tidak pernah menerima surat dari mahkamah atau panggilan dari pihak bank. 

Pihak bank tidak hantar notis atau kamu sudah berpindah alamat dan tidak mengemaskini alamat terbaru dengan pihak bank?

Adakah pemungut hutang berhak menyita dan membuat seseorang itu bankrap?Bila saya suruh debt collector hantar surat, ada macam-macam alasan. 

Pemungut hutang tidak berhak, mereka hanya menekut nakut kan saja suruh kita bayar, Bank yang akan mengambil tindakan mahkamah melalui peguam mereka. Bank akan tahu samada kamu sudah di berdaftar dibawah AKPK atau tidak.

Apa yang perlu saya buat ? Saya buntu sebab setiap hari debt collector call tempat kerja

Cuba lah buat bayaran. Kalau tidak mampu cuba dapatkan khidmat AKPK. Berurusan dengan bank sahaja, abaikan pemungut hutang. Buat siasatan sendiri jumlah hutang di bank berapa sebenarnya. Fikir dan ambil tindakan untuk mengurangkan pada masaalah lebih besar di masa hadapan.

Selamat Maju Jaya.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 4, 2017 at 03:34
by   Somebody
Alamat lama masih digunakan tapi family memang tidak menerima sebarang surat dari pihak bank .
Masalahnya setiap hari staf dari kudrat partners call tempat kerja dan ugut akan datang ke tempat kerja. 
Terima kasih atas cadangan anda. Saya memang cuba untuk membayar semula hutang tersebut.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.