Advertisement

Disaman IPTA akibat pecah kontrak pendidikan

1388 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on May 25, 2017 at 14:34
by   Roserose
Memandangkan penulisan Bahasa Inggeris saya kurang lancar, maka saya menulis perkara ini dalam bahasa Melayu. Saya benar-benar ingin memohon nasihat para pakar di sini bagi membantu suami saya menghadapi perkara ini. Berikut kronologinya :

Suami saya dahulunya pernah berkhidmat di Universiti Malaya sebagai Tutor  di Pusat Asasi Sains.  Pada tahun 2007 beliau ditawarkan biasiswa   "Fellowship" di bawah Skim Latihan Akademik IPTA(SLAI). Tawaran tersebut diterima , di ikat perjanjian bersama dua penjamin iaitu kakaknya dan adik saya. Kami sekeluarga menemani suami melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang Bioteknologi di New Zealand.

      Pengajian yang dijangka mengambil masa selama 3 tahun tidak dapat suami sudahkan tepat pada waktunya. Masalah bermula apabila beliau terpaksa mendaftar lambat disebabkan terpaksa mengambil Kursus Bahasa Inggeris(EAP) kerana keputusan IELTS tidak memenuhi syarat Lincoln Universiti iaitu minima 6.5. Beliau terpaksa menunggu sehingga 20 Januari 2008 bagi mengambil kursus wajib selama 3 bulan ataupun sehingga lulus. Dalam tempoh tersebut, suami terpaksa pulang ke Malaysia berikutan kematian ibunya sewaktu modul kedua EAP. Pendaftaran pengajian PhD suami hanya boleh bermula pada 15 May 2008 setelah lulus EAP dan selesai 'Mutual Expectation Agreement (MEA) iaitu Mesyuarat bersama-sama penyelia-penyelia sebagai syarat utama pihak Universiti di sana sebelum memulakan pengajian.

      Setelah memulakan pengajian, suami mempunyai kesukaran untuk mendapatkan sampel eksperimen(kentang transgenik hasil transformasi yang dilakukan selama 7 bulan di makmal bermula Ogos 2008) akibat dari sebahagian besar sampel mati akibat cuaca sejuk yang melampau(bermula Mei hingga Ogos 2009) walaupun sampel ditanam di dalam PC2 glasshouse. Pengutipan data tidak dapat dilakukan memandangkan sample(DNA dan RNA) yang diperlukan untuk analisis gagal diperolehi dan analisis transgenik tidak dapat dilakukan. Penanaman kali kedua terpaksa dilakukan semula.

      Penanaman kali kedua yang dilakukan sekitar September 2009 juga mengalami masalah setelah sampel yang ditanam di dalam PC2 glashouse terpaksa dipindahkan setelah kemudahan tersebut gagal memenuhi piawaian sewaktu proses audit yang dijalankan oleh pihak MAF (Ministry of Agriculture and Forestry, New Zealand) pada bulan November 2009. Ini berikutan dengan penemuan beberapa Arabidopsis transgenik di luar kawasan PC2 glasshouse mengakibatkan penyiasatan dijalankan dan arahan penutupan dilaksanakan. Semua penyelidikan di dalam glasshouse tersebut terpaksa dihentikan serta merta. Sepanjang waktu siasatan, sampel kajian yang sedia ada ditanam di dalam glashouse tersebut terpaksa menunggu untuk dipindahkan. Ketiadaan tempat untuk menempatkan sampel-sampel kajian menyebabkan sebahagian pokok terpaksa dituai sebelum matang dan sebahagian lagi terpaksa ditanam semula di tempat baru. Pada Disember 2009, sebahagian kajian suami  dapat dipindahkan ke Lincoln University Biotron-Growth Chamber hasil ehsan dari pihak Plant and Food Research Lincoln. Impaknya kepada kajian beliau adalah sampel yang dipindahkan mengalami masalah jangkitan dan ketidakseragaman tumbesaran dan faktor persekitaran turut memberi kesan terhadap proses analisis kelak. Cadangan penanaman kali ketiga dipersetujui bersama penyelia dan terpaksa dilakukan semula pada Februari 2010. Sampeling berjaya dilakukan dan proses analisis sampel dijangka akan *****hir pada awal 2011.

    Akibat dari permasalahan yang timbul, suami gagal memenuhi syarat kontrak 3 tahun SLAI dan memohon pelanjutan dari pihak KPT dan UM bagi menyudahkan penyelidikan beliau seterusnya menyelesaikan penulisan tesis dan viva. Beliau memohon penyambungan dan diberi Pelanjutan Tempoh Pengajian pertama sehingga 11.12.2011.  Pada 4 September 2010, Christchurch dilanda gempa bumi pertama dengan magnitud 7.1 dan mengalami lebih dari 11,000 kali gegaran kecil di antara 2010 dan 2012 termasuk lah gempa bumi yang teruk melanda Christchurch kali kedua pada Februari 2011 yang menyebabkan kematian dan kerosakan teruk pada bandar Christchurch dan bangunan-bangunannya. Ini turut mengakibatkan makmal tempat kajian yang beliau jalankan terpaksa ditutup atas faktor keselamatan dan bagi memberi laluan untuk kerja-kerja pembaikpulihan. Akibatnya, keseluruhan kajian beliau turut musnah dan kerja-kerja penyelidikan terpaksa ditangguhkan. Pada Krismas 2011, barulah beliau dapat menyiapkan kerja-kerja pengutipan datanya. Waktu yang sama juga tempoh pelanjutannya tamat.

   Suami terpaksa menangguhkan pengajian sementara dan pulang ke Malaysia serta melapur diri di UM pada 03.01.2012  sehingga  Jun 2013 sebagai memenuhi syarat Universiti. Dalam masa tersebut beliau memohon Perlanjutan Tempoh Pengajian Kedua pada 07.12.2012 kerana mengalami kesukaran untuk menyiapkan penulisan tesis akibat bebanan tugas mengajar yang melebihi 16 jam. Perlanjutan Tempoh Pengajian Kedua diperolehi dan diberi tempoh sehingga 02.01.2013. Dalam waktu tersebut, beliau terpaksa menukar penyelia kerana Penyelia Pertama meletak jawatan. Akibatnya pada 16.01.2013,beliau terpaksa memohon sekali lagi Perlanjutan Tempoh Pengajian Ketiga kerana tesisnya terpaksa dirombak keseluruhan dan ditulis semula akibat pertukaran Penyelia. Penyambungan Pengajian diluluskan  sehingga 02.01.2014. Kelulusan Visa kemasukan semula ke New Zealand hanya dapat diperolehi pada bulan Julai 2013. Dalam masa yang sama, tahap kesihatan saya turut merosot akibat dari pelbagai tekanan, namun begitu suami berjaya ke New Zealand pada 29 Julai 2013 bagi menyudahkan tesis dan bertekad untuk  tidak  melanggar kontrak yang telah ditandatangani dengan pihak Universiti.

    Beliau berusaha sedaya mungkin untuk menyiapkan semula penulisan  baru tesis  dalam masa 6 bulan sehinggalah pada akhir Disember 2013. Menyedari waktu pelanjutan hampir tamat, suami sedar bahawa beliau tidak dapat menyudahkan penulisan tesisnya pada seperti yang dipersetujui. Satu perjumpaan  bersama pasukan penyelia dan suami dibuat  pada saat terakhir dan mereka memutuskan bahawa penulisan tesisnya hanya akan siap sepenuhnya pada akhir Januari- awal Februari 2014. Waktu yang sama tempoh pelanjutan pengajian kali ketiga suami tamat dan juga ditamatkan kontrak sebagai tutor Universiti.

     Setelah menghadapi pelbagai masalah dan rintangan, akhirnya suami berjaya menyiapkan dan kini dalam proses menghantar hasil tesis ke pihak  Universiti di New Zealand. Malangnya pada waktu yang sama, suami beserta kakak serta adik saya selaku penjamin telah menerima saman daripada pihak Universiti Malaya akibat pecah kontrak pengajian. Sepanjang tempoh penamatan kontrak kerja pd Februari 2014 sehingga sekarang (2017), suami  gagal untuk mendapatkan kerja kerja dan dalam tempoh berkenaan saya ditamatkan kontrak kerja . Semua ini menyulitkan lagi kehidupan saya sekeluarga. Pada akhir 2014 sehingga sekarang suami bekerja dengan kakaknya(selaku penjamin yang disaman) membuka sebuah pusat tuisyen. Akibat daif tentang undang-undang dan kegagalan mengemaskini alamat terkini, suami beserta tidak sedar bahawa beliau telah disaman oleh pihak Universiti di sini. 
 Perkara diketahui setelah akaun bank kakaknya disekat pada 17/05/2017 dan dimaklumkan oleh pihak bank ianya atas arahan Universiti. Kami hubungi untuk membuat rayuan serta rundingan bahagian legal Universiti dan pihaknya memaklumkan bahawa pintu rundingan telah ditutup dan kini ketiga-tiga nya sedang dalam proses untuk di bankrupkan. Kakaknya memaklumkan pada 16/03/2017 Notis Kebankrapan dikeluarkan(WA-29NCC-708-02/2017) terhadap ketiga-tiganya tetapi hanya dapat diserahkan pada 27/03/2017.

setelah panjang lebar bercerita soalan saya adalah:
1. Adakah kami masih lagi ada peluang untuk mngelak dijatuhkan hukuman bankrupsi ini? bagaimana caranya?

2. Adakah pihak Universiti oleh mengarahkan pembekuan akaun bank di buat walaupun belum ada arahan rasmi dari mahkamah. Sebutan kes akan dilakukan pada 31/05/2017 di Mahkamah Tinggi Kota Bharu( memandangkan alamat di sana)

boleh sesiapa yang arif di sini membantu kami dalam perkara ini? saya benar-benar mohon pertolongan
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
56 Answers
« Previous   1   2   3   4   5   6   Next »

answered on Jun 1, 2017 at 18:18
by   notalawyer
They said they will release the social guarantors (my sister and his sister), the letter will release in few days.
I guess they got scared after seeing Avengers Malaysia getting involved in this case.
Congrats. 
Kiki and Jeff, we should celebrate with boiled potatoes at IKEA

I guess now I should hire lawyer for our case.

Be careful of some lawyers...
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 1, 2017 at 19:24
by   jeff005
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 1, 2017 at 19:29
by   kiki
Kiki and Jeff, we should celebrate with boiled potatoes at IKEA
The food courts at IKEA is also famous fot its meatballs.

Great proporsal ,notalawyer ...sir.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 1, 2017 at 19:32
by   jeff005
edited Jun 1, 2017 at 19:33
by   jeff005
@ notalawyer

Why boiled potatoes? Try steamed mushrooms..!! U wanna picha my kuali ke? I grow Mushy Shrooms.. 6 months contract starting today June

@ kiki
Indecent Proposal.. my personal opinions again..!!

bYebYe pals..
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 2, 2017 at 04:11
by   Roserose
hi

I guess they got scared after seeing Avengers Malaysia getting involved in this case. 
Congrats.
I think so.  Still need your help Avengers Malaysia. Again thank you from the bottom of my heart. We owe you a lot

Be careful of some lawyers...
Any suggestion or tips?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 2, 2017 at 20:14
by   nora
Boleh tumpang tanya, dimanakah pejabat secretariat Avengers Malaysia dan ada berapa orang ahli avengers sekarang?
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   5   6   Next »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.