Advertisement

Terpakai duit bank tersilap masuk ke akaun

542 Views  ⚫  Asked 9 Months Ago
asked on May 6, 2017 at 00:05
by   a7x806
edited on May 15, 2017 at 07:00
 
Pada September 2016, kakak saya ada memindahkan sejumlah wang ke akaun CIMB saya. Namun selepas 5 hari, wang tersebut tidak dapat saya keluarkan dan saya terus menghubungi CIMB tentang perkara ini. Pihak CIMB memberitahu ada masalah pada sistem mereka dan mereka akan cuba recover balik duit itu.

Namun selepas beberapa hari CIMB menghubungi saya balik dan memberitahu proses recovery tidak berjaya dan wang tersebut telah masuk semula ke akaun kakak saya dan meminta saya untuk menghubungi kakak saya untuk memindahkan balik duit itu. Lalu saya meminta kakak saya memindahkan balik duit tu tapi ke akaun Maybank saya.

Selepas 3 hari, akhirnya wang tersebut masuk ke Maybank tapi pada masa yang sama duit yang dikatakan tidak berjaya melalui proses recovery itu masuk juga dalam jumlah yang sama ke CIMB. Status pada CIMB ialah recovery Interbank GIRO (IGB).

Pada hari yang sama saya ke 2 cawangan CIMB dan memberitahu pegawai bank tentang masalah ini dan mereka hanya meminta saya untuk tidak menggunakan wang tersebut. Saya hold duit tersebut selama beberapa bulan. Tapi selepas beberapa bulan saya terpakai duit tersebut untuk kegunaan saya.

Sehinggalah Mei 2017 baru lah pihak bank menghubungi saya untuk memulangkan balik duit itu. Masalahnya saya telah menggunakan semua duit itu dan tak mampu untuk memulangkan nya secara total. Pihak bank tetap dgn pendirian mahu saya memulangkan wang tersebut hingga meminta saya membuat personal loan bagi menjelaskan wang yang telah diambil.

Apakah yang boleh saya lakukan? Jika mereka mendakwa saya adakah saya berhak mempertahankan diri saya? Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
11 Answers
« Previous   1   2   Next »

answered on May 8, 2017 at 14:59
by   jebat
Adakah cas2 yang perlu dibayar untuk pembelaan?
Biasanya RM8 cas dikenakan untuk memfailkan pembelaan.  ( lapan ringgit )

Adakah saya perlu melantik peguambela atau cukup sekadar saya mewakili diri sendiri?
Jika melantik peguam, fee guaman adalah dalam sekitar RM 20,000 - RM 50,000 
( dua puluh ribu hingga lima puluh ribu )
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   Next »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.