Advertisement

Terpakai duit bank tersilap masuk ke akaun

543 Views  ⚫  Asked 9 Months Ago
asked on May 6, 2017 at 00:05
by   a7x806
edited on May 15, 2017 at 07:00
 
Pada September 2016, kakak saya ada memindahkan sejumlah wang ke akaun CIMB saya. Namun selepas 5 hari, wang tersebut tidak dapat saya keluarkan dan saya terus menghubungi CIMB tentang perkara ini. Pihak CIMB memberitahu ada masalah pada sistem mereka dan mereka akan cuba recover balik duit itu.

Namun selepas beberapa hari CIMB menghubungi saya balik dan memberitahu proses recovery tidak berjaya dan wang tersebut telah masuk semula ke akaun kakak saya dan meminta saya untuk menghubungi kakak saya untuk memindahkan balik duit itu. Lalu saya meminta kakak saya memindahkan balik duit tu tapi ke akaun Maybank saya.

Selepas 3 hari, akhirnya wang tersebut masuk ke Maybank tapi pada masa yang sama duit yang dikatakan tidak berjaya melalui proses recovery itu masuk juga dalam jumlah yang sama ke CIMB. Status pada CIMB ialah recovery Interbank GIRO (IGB).

Pada hari yang sama saya ke 2 cawangan CIMB dan memberitahu pegawai bank tentang masalah ini dan mereka hanya meminta saya untuk tidak menggunakan wang tersebut. Saya hold duit tersebut selama beberapa bulan. Tapi selepas beberapa bulan saya terpakai duit tersebut untuk kegunaan saya.

Sehinggalah Mei 2017 baru lah pihak bank menghubungi saya untuk memulangkan balik duit itu. Masalahnya saya telah menggunakan semua duit itu dan tak mampu untuk memulangkan nya secara total. Pihak bank tetap dgn pendirian mahu saya memulangkan wang tersebut hingga meminta saya membuat personal loan bagi menjelaskan wang yang telah diambil.

Apakah yang boleh saya lakukan? Jika mereka mendakwa saya adakah saya berhak mempertahankan diri saya? Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
11 Answers
 1   2   Next »  Last »

answered on May 6, 2017 at 02:30
by   mike
Berapa kah jumlah wang tersebut?
0 found this helpful
Helpful

answered on May 7, 2017 at 01:44
by   a7x806
edited May 15, 2017 at 07:05
 
Banyak tuan.. Dekat dekat RM40,000.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 7, 2017 at 03:22
by   mike
 Pihak bank tetap dgn pendirian mahu saya memulangkan wang tersebut
Mesti lah, mereka sudah secara tiba tiba miskin 40k, kamu pula tetiba kaya 40k.

Mesti ada kakitangan bank, pada ketika cuba menyelesaikan masaalah sistem tetapi telah tidak mengikut SOP.
Kalau kamu melakukan kesalahan jenayah pasti mereka sudah buat laporan polis, kenapa suruh ambil loan pula.

 ..hingga meminta saya membuat personal loan bg menjelaskan wang yang telah diambil.
Cuba minta loan tanpa faedah dengan bayaran bulanan yang anda mampu.

Jika mereka mendakwa saya adakah saya berhak mempertahankan diri saya? 
Mereka nak dakwa kamu menipu bank ke..? Mereka kena buat laporan polis dulu..kata kamu sudah tipu bank ke?

Mana ada tipu kan, mereka buat kesilapan dan kamu atas sikap tanggung jawab sudah lapor kepada  2 cawangan bank. Kalau tipu tak kan beritahu. 

Mereka lembab dan hanya pantas bila nak caj interest saja kah? dan kamu sebagai manusia biasa telah tergoda dengan wang 40k..

Apakah yang boleh saya lakukan? 
Secara moral nya kamu pun tahu kan... itu bukan duit kamu?
Bayar lah balik .... 
1 found this helpful
Helpful

answered on May 7, 2017 at 15:50
by   a7x806
edited May 7, 2017 at 16:06
by   a7x806
Memang saya mahu bayar balik tuan. Saya ada bagitahu pegawai bank saya tidak boleh membayar wang tersebut secara sekali gus tapi jika secara ansuran saya boleh usahakan. Tapi pegawai tersebut dengan nada memaksa (marah) menyuruh saya membuat pinjaman di mana2 bank dan bukannya memberi cadangan menganggap duit yang saya guna itu adalah loan dari cimb sendiri. Mohon penjelasan tuan dan pegawai tersebut juga memberitahu bahawa surat tindakan mahkamah akan dikeluarkan. Dia dah nampak surat utk saya cuma tunggu masa nak bagi kt lawyer sahaja. 
0 found this helpful
Helpful

answered on May 7, 2017 at 16:12
by   bbuddy
ape sebenarnya niat anda membawa isu ke forum?
boleh beritahu tujuan anda secara spesifik? mungkin forumer di sini dapat komen setelah faham hajat sebenar anda.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 7, 2017 at 17:32
by   jebat
Hai a7x806,

Kerja kita orang disini bukan untuk menegur atau menekan nilai-nilai moral kita.
Seperti peguam, kerja kita disini hanyalah memberi nasihat perundangan sahaja.

Kamu tidak akan didakwa kes jenayah kerana kamu tidak mencuri atau menipu wang 40k tersebut.
Hanya kes sivil sahaja yang boleh di failkan di Mahkamah.
Dalam kes sivil, tidak ada penalti denda atau penjara.
Cuma jika CIMB bank menang dalam saman sivilnya,
Mahkamah akan memerintahkan kamu membayar balik 40k itu.

Jika u pandai-pandai melawan saman sivil tersebut, ada kemungkinan u boleh menang kerana
kelakuan CIMB tidak mengambil balik wang 40k itu serta-merta bila diberitahu, boleh diambil kira sebagai hadiah 40k kepada u.

Jika u bayar balik sedikit kepada CIMB atau mengambil pinjaman baru,
boleh diambil kira sebagai pengakuan u berhutang kepada CIMB.
1 found this helpful
Helpful

answered on May 7, 2017 at 20:36
by   a7x806
edited May 7, 2017 at 20:41
by   a7x806
Maafkan saya. Tujuan saya membawa perkara ini ke forum adalah utk mendapatkan nasihat dan pandangan dari segi undang2 apakah yang boleh saya lakukan jika saya didakwa dan apakah pihak bank boleh membawa saya ke mahkamah kerana telah menggunakan duit tersebut sebagai kes jenayah dan adakah dibolehkan pihak bank mengambil tindakan undang2  terhadap saya kerana saya risau jika pihak bank membawa saya ke mahkamah sehingga boleh menyebabkan saya bankrup atau sebagainya dan apakah perlu saya membuat pinjaman baharu utk melangsaikan duit tersebut atau tunggu sahaja perintah dari mahkamah  kerana pandangan tuan jebat menyatakan jika saya bayar sedikit maka akan menjadi pengakuan bg saya telah berhutang pula. .  Pandangan tuan tuan amat saya hargai. 
0 found this helpful
Helpful

answered on May 8, 2017 at 00:43
by   mike
@jebat

Kerja kita orang disini bukan untuk menegur atau menekan nilai-nilai moral kita. 
Seperti peguam, kerja kita disini hanyalah memberi nasihat perundangan sahaja. 

Ya, setuju moral adalah satu perkara dan undang undang yang di guna pakai jadalah satu perkara lain.

@ a7x806,

Tujuan saya membawa perkara ini ke forum adalah utk mendapatkan nasihat dan pandangan dari segi undang2..

Ya, kita fokuskan dari segi perundangan nya ..

..pandangan tuan jebat menyatakan jika saya bayar sedikit maka akan menjadi pengakuan bg saya telah berhutang pula. . 

Di mata undang undang, kalau kita tidak berhutang kenapa mesti bayar? 

atau tunggu sahaja perintah dari mahkamah

Ya, tunggu dulu surat dari lawyer.

Dalam kes sivil, pihak lawyer akan hantar surat tuntutan (Letter of Demand) memberi masa 7 hari untuk membayar (memulangkan) nya.

Selepas 7 hari tiada apa apa tindakan dari kamu,  mereka akan file kan saman ke mahkamah. 
Selepas buat kajian akan tuntutan mereka , kamu juga boleh wakili diri kamu sendiri dan file kan pembelaan.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 8, 2017 at 02:42
by   jeff005
edited May 8, 2017 at 02:57
by   jeff005
@a7 x 806

Interesting topic for discussion

Personal comments (non legal)

In some countries, the legal system can prosecute "willful theft" for such situations. It is not in place in Malaysia yet (or I can't find it). You are aware of it and have informed CIMB about it. But the issue is that they did not try to recover it from you within specific period of time (or for whatever left in it) hahaha.. A friend doing transfer documentations told that for any electronic financial transfers, any errors must be notified by either parties (or more parties) within 3 days of discoveries of any errors and be rectified immediately. CIMB has been kind to you.

You have utilized the moneys as you have known that it is not yours. You did not take the money from them, but CIMB gave it to you. In this context, you should owe the bank the moneys you have spend and did not break any laws.

The most the bank can do now is to bring you to court to recover the moneys.
You must attend court to fight your case. Since they have given the moneys to you without the "interests" element (you did not sign anything). At 40K, without the interests element, CIMB cannot hope to file for bankruptcy (50K soon). The most they can do is to make you a Judgement Debtor (subject to other venues of recovery). The bank lawyers is sure to file for the interests element. U MUST ATTEND COURT TO THROW OUT THE INTEREST PART.

In any case, do not pay anything and continue to deny liability... See you in Court.. cheers..
1 found this helpful
Helpful

answered on May 8, 2017 at 12:30
by   a7x806
edited May 8, 2017 at 13:01
by   a7x806
Terima kasih atas pandangan tuan tuan semua. Berkenaan apa yang tuan jebat katakan
kamu juga boleh wakili diri kamu sendiri dan file kan pembelaan.
Adakah saya perlu melantik peguambela atau cukup sekadar saya mewakili diri sendiri? Adakah cas2 yang perlu dibayar untuk pembelaan?

Memandangkan saya memang buta tentang undang2 perbankan dan undang2 malaysia pandangan dan pengalaman tuan tuan amat saya hargai. Terima kasih.
0 found this helpful
Helpful


 1   2   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.