Advertisement

Surat Dikehendaki Menghadiri Mahkamah

1581 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on May 4, 2017 at 20:21
by   azman
edited on May 4, 2017 at 20:48
by   azman
Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Mohon jasa baik Tuan/Puan yang arif didalam forum ini untuk membantu saya untuk lebih faham mengenai surat dan tindakan yang perlu saya ambil. Surat ini adalah susulan dari tunggakan hutang saya dengan pihak bank. Tunggakan ini kerana masalah kesihatan yang saya hadapi dan terpaksa bercuti tanpa gaji untuk beberapa bulan. Jumlah semakin bertambah dan saya tidak mampu untuk selesaikan sekaligus.. 

soalan saya adakah saya perlu hadirkan diri dan apa yang perlu saya lakukan kerana sepertinya saya akan dikenakan perintah bankrupsi.. mohon berikan pandangan untuk saya..

Terima kasih..
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
87 Answers
« Previous   4   5   6   7   8   9   Next »

answered on May 10, 2017 at 05:41
by   azman
Hi Semua..

Baru terima message dari sepupu mengatakan saya perlu menghantar sendiri Notis Bertindak Sendiri tersebut. Saya akan ke Alor Setar malam esok rasanya.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 10, 2017 at 15:53
by   jeff005
PLEASE
Prepare all your docs for filing NOW.
And bring it with you to AS.

Not everybody is free anytime to correct your filing documents.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 10, 2017 at 19:33
by   kiki
Saya akan ke Alor Setar malam esok rasanya.

Jadual :

15 May 2017 = Hari perbicaraan Petisyen Pemiutang.

12 May 2017 = Hari terakhir memfailkan dokumen (3 hari sebelum tarikh perbicaraan)

a. Notis Bertindak Sendiri - siap
b. Notis Niat Membangkang Petisyen Pemiutang - ?
c. Saman Dalam Kamar - ?
d. Afidavit Sokongan - ?

Nota :
1. Perkara d. Afidavit sokongan perlu di ikrarkan di hadapan Persuruhjaya Sumpah.
2. Perlu (latihan) tahu bagaimana bercakap pekara relevan ketika perbicaaan di hadapan PKP.
Saya akan ke Alor Setar malam esok rasanya.

Apa pertolongan yang kamu perlukan dalam penyedian dokumen dokumen di atas. Poskan deraf nya segera untuk semakan dan pembetulan oleh para forumer.

Kebanyakan contoh boleh di copy n paste dari kes kes lepas di forum ini.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 10, 2017 at 20:43
by   kiki
12 May 2017 = Hari terakhir memfailkan dokumen (3 hari sebelum tarikh perbicaraan) 

ahh..12 May 2017 adalah hari Jumaat. Hari cuti bagi negeri Kedah.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 10, 2017 at 21:38
by   azman
Hi Guys..

Sorry, something happened. Anak demam panas dan terpaksa dibawa ke hospital. Saya ingin mengutaralan beberapa soalan. Ini saya andaikan mungkin seperti 'backup plan' sekiranya tidak sempat atau apa2 kemungkinan.

1) Bolehkah saya berbincang dengan pihak bank untuk menangguhkan perbicaraan pada 15/5/2017 ini. Mungkin dengan cara menyediakan wang dengan jumlah yang pihak bank rasakan sesuai?

2) Masih bolehkah perbicaraan itu dibatalkan? 
0 found this helpful
Helpful

answered on May 10, 2017 at 22:49
by   jebat
1) Bolehkah saya berbincang dengan pihak bank untuk menangguhkan perbicaraan pada 15/5/2017 ini.
Penolong Kanan Pendaftar boleh menangguhkan pendengaran 1 - 2 minggu jika kedua-dua pihak hadir dan setuju berbincang.

Mungkin dengan cara menyediakan wang dengan jumlah yang pihak bank rasakan sesuai?
Pada peringkat ini bank hanya boleh bersetuju dengan amaun penuh yang disebut di Notis Kebankrapan iaitu RM 145k ++.
Kalau bank menerima bayaran yang kurang, walaupun 1 sen, ini bermakna prosiding kebankrapan terpaksa ditarik balik atau dibatalkan dan bank akan kerugian RM 8,000

2) Masih bolehkah perbicaraan itu dibatalkan?

Pada peringkat ini, tangguh sahaja boleh, kalau dibatal atau ditarik balik, bank akan rugi RM8,000

Mana dokumen-dokumen yang lain?
0 found this helpful
Helpful

answered on May 11, 2017 at 00:04
by   azman
okay sebentar. Saya otw ke hospital. Saya ada baw laptop sekali ni
0 found this helpful
Helpful


« Previous   4   5   6   7   8   9   Next »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.