Advertisement

Surat Dikehendaki Menghadiri Mahkamah

1588 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on May 4, 2017 at 20:21
by   azman
edited on May 4, 2017 at 20:48
by   azman
Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Mohon jasa baik Tuan/Puan yang arif didalam forum ini untuk membantu saya untuk lebih faham mengenai surat dan tindakan yang perlu saya ambil. Surat ini adalah susulan dari tunggakan hutang saya dengan pihak bank. Tunggakan ini kerana masalah kesihatan yang saya hadapi dan terpaksa bercuti tanpa gaji untuk beberapa bulan. Jumlah semakin bertambah dan saya tidak mampu untuk selesaikan sekaligus.. 

soalan saya adakah saya perlu hadirkan diri dan apa yang perlu saya lakukan kerana sepertinya saya akan dikenakan perintah bankrupsi.. mohon berikan pandangan untuk saya..

Terima kasih..
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
87 Answers
« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   Next »  Last »

answered on May 9, 2017 at 03:30
by   jebat
Siapakah yang membuat carian fail bagi pihak u di Alor Setar?
0 found this helpful
Helpful

answered on May 9, 2017 at 03:41
by   azman
@kiki

ya sudi membantu sesiapa jua yang mempunyai masalah yang berkaitan mahkamah ini sekadar termampu.

@Jebat

Saya meminta pertolongan dari sepupu saya yang tinggal di Alor setar..
0 found this helpful
Helpful

answered on May 9, 2017 at 03:44
by   jebat
Jika u sekarang tinggal di Selangor, boleh-kah kamu berulang-alik 5-8 kali lagi ke Alor Setar untuk bertempur dengan Public Islamic Bank?
0 found this helpful
Helpful

answered on May 9, 2017 at 03:49
by   azman
Tuan Jebat, 

Saya boleh katakan ya pada masa sekarang. Adakah ianya memerlukan perbelanjaan yang besar?
0 found this helpful
Helpful

answered on May 9, 2017 at 03:52
by   jebat
Adakah ianya memerlukan perbelanjaan yang besar?
Hanya sekitar RM60 untuk fee failing, petrol, tol , makanan dan masa.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 9, 2017 at 04:03
by   jebat
Hai Azman,

Kumpulan bayangan Avengers Malaysia setelah meneliti kesemua dokumen-dokumen berkaitan
berpendapat bahawa ada kemungkinan 50% kamu boleh berjaya mengenepikan Petisyen Pemiutang ini dengan bantuan ahli-ahli Avengers.  Jangan lupa janji u.

Cepat sediakan dokumen Notis Bertindak Sendiri dan poskan disini untuk semakan.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 9, 2017 at 04:04
by   azman
Tuan Jebat, 

Insyaallah.. Saya rasa sanggup untuk berulang alik ke Mahkamah Tinggi Alor Setar..
0 found this helpful
Helpful

answered on May 9, 2017 at 04:38
by   azman
edited May 9, 2017 at 05:58
by   azman
Tuan Jebat & ahli bayangan avengers malaysia,

Baiklah, Saya ingat dan berpegang pada janji saya. Saya akan buat nota bertindak sendiri itu sekarang jugak.

terima kasih
0 found this helpful
Helpful

answered on May 9, 2017 at 05:14
by   azman
edited May 9, 2017 at 06:12
by   azman
Tuan Jebat & Ahli Bayangan Avengers Malaysia,

 
0 found this helpful
Helpful

answered on May 9, 2017 at 11:46
by   jebat
Notis nampak tidak berapa betul :

1. Guaman Sivil No XXXXXXXX  mesti ditukar kepada Kebankrapan No : XXXXXXXX
( masukkan nombor kebankrapan yang betul sekali )

2. Kamu bukan defendan, kamu adalah Penghutang Penghakiman

3.  Bank bukan Plaintif, Bank adalah Pemiutang Penghakiman
( masukkan nama bank yang betul )

Cepat betulkan dan poskan sekali lagi.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.