Advertisement

Surat Dikehendaki Menghadiri Mahkamah

1387 Views  ⚫  Asked 9 Months Ago
asked on May 4, 2017 at 20:21
by   azman
edited on May 4, 2017 at 20:48
by   azman
Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Mohon jasa baik Tuan/Puan yang arif didalam forum ini untuk membantu saya untuk lebih faham mengenai surat dan tindakan yang perlu saya ambil. Surat ini adalah susulan dari tunggakan hutang saya dengan pihak bank. Tunggakan ini kerana masalah kesihatan yang saya hadapi dan terpaksa bercuti tanpa gaji untuk beberapa bulan. Jumlah semakin bertambah dan saya tidak mampu untuk selesaikan sekaligus.. 

soalan saya adakah saya perlu hadirkan diri dan apa yang perlu saya lakukan kerana sepertinya saya akan dikenakan perintah bankrupsi.. mohon berikan pandangan untuk saya..

Terima kasih..
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
87 Answers
« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   Next »  Last »

answered on May 6, 2017 at 06:19
by   azman




0 found this helpful
Helpful

answered on May 6, 2017 at 06:20
by   azman
0 found this helpful
Helpful

answered on May 6, 2017 at 11:43
by   jebat
Hi Azman,

Kenape sampai peringkat terakhir baru minta pertolongan?
Pada pendapat u, adakah bank berlaku tidak adil terhadap u?
Adakah apa-apa kesalahan dibuat oleh pihak bank?
0 found this helpful
Helpful

answered on May 6, 2017 at 15:09
by   azman
edited May 6, 2017 at 15:11
by   azman
Hi Jebat,

Kenape sampai peringkat terakhir baru minta pertolongan? 

Saya baru dapat 2 dokumen itu dalam waktu 2 minggu yang lepas. dokumen kedua Saya terima 2 hari yang lalu. Saya pun baru tahu tentang kewujudan forum ini untuk mendapatkan bantuan dan nasihat berkenaan hal ini.

Pada pendapat u, adakah bank berlaku tidak adil terhadap u? 
Adakah apa-apa kesalahan dibuat oleh pihak bank?


Pada pendapat saya bank tidak melakukan apa-apa yang tidak adil dan kesalahan kepada saya. cuma saya memohon bantuan dan nasihat berkenaan tindakan kebankrapan tersebut. 

adakah saya masih berpeluang untuk menangguhkan dahulu tindakan kebankrapan tersebut?.. 
0 found this helpful
Helpful

answered on May 6, 2017 at 15:20
by   kiki
Fakta yang di ekstrak dari imej yang di paparkan oleh Azman.

a. Penghutang Penghakiman...................... = 7 September 2015

b. Notis Kebankrapan (NK)........................  = 12 Oktober 2015

c. Notis Kebankrapan (NK) Luput ............... = 12 Januari 2016 (anggaran forumer)

d. Pembaharuan NK.................................. = ??? (tiada pengesahan)

e. Penyampaian Ganti NK.......................... = 31 March 2016

f. Perbuatan Kebankrapan berlaku.............. = 22 April 2016

g.  Petisyen Pemiutang (permohonan).......... = 16 Jun 2016 !!

h. Petisyen Pemiutang (di meterai).............. = ???

i. Serahan Petisyen? kediri Penghutang ........ = xx.xx. 2017 (dua minggu lepas)

j.  Bicara Petisyen Pemiutang....................... = 15 May 2017!!
0 found this helpful
Helpful

answered on May 6, 2017 at 16:39
by   jebat
adakah saya masih berpeluang untuk menangguhkan dahulu tindakan kebankrapan tersebut?

Berape lama u nak tangguhkan kebankrapan?
Adakah anda sudi pergi balik ke Mahkamah Tinggi Alor sebanyak 6 - 10 kali?
Adakah anda berani bercakap di hadapan Hakim?
0 found this helpful
Helpful

answered on May 6, 2017 at 17:12
by   azman
Tuan Jebat

Berape lama u nak tangguhkan kebankrapan? 
Adakah anda sudi pergi balik ke Mahkamah Tinggi Alor sebanyak 6 - 10 kali? 
Adakah anda berani bercakap di hadapan Hakim?


Mungkin untuk beberapa bulan bagi urusan menjual rumah dan menyertai program akpk. Saya dah bertemu dengan Pegawai di akpk dan diberitahu saya masih berkesempatan untuk menyertai program di akpk sekiranya dapat menangguhkan seketika proses tindakan kebankrapan.

Sekiranya keperluan ke Mahkamah tinggi Alor Setar untuk beberapa kali itu dapat menangguhkan kebankrapan saya rasa tiada masalah. Berkenaan berani bercakap di depan Hakim itu saya tidak mempunyai apa2 pengalaman sebelum ini jadi nak kata berani tu memang tidak la.. Jadi apakah pandangan atau nasihat dari tuan untuk saya lakukan sekarang?
1 found this helpful
Helpful

answered on May 6, 2017 at 18:29
by   jebat
Ok, kamu pergi ke kaunter Mahkamah Tinggi Alor Star dan cakap nak buat
Carian Fail nombor 29-1579-10/2015.  Kena bayar fee RM15.

Bila fail sudah ada, semak semua dokumen yang ada didalam fail dan minta staf photostat-kan
dokumen yang u belum ada, iatu

a. Notis Kebankrapan
b. Perintah
c. Notis Permohonan
d. Saman Dalam Kamar
e. Afidavit-afidavit dan eksibit-nya sekali.

Mungkin kena bayar 50sen se-mukasurat.
Kalau tak cukup duit, ambil gambar dokumen dengan HP bila staf pandang ke tempat lain.

Buat carian fail hari ini atau besok.  Mahkamah Alor Setar buka pada hari Ahad.
Jangan lambat, dah tak cukup masa lagi.

Poskan imej dokumen-dokumen di sini.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 6, 2017 at 18:43
by   azman
edited May 6, 2017 at 20:39
by   azman
Tuan Jebat,

Alhamdulillah terima kasih kerana bantuan dari tuan. Saya ada beberapa persoalan sebelum saya memulakan 'kerja'.

1. Adakah hanya saya sahaja yang dapat membuat carian fail, semakan dan salinan semuanya?Jika saya menghantar wakil ke sana boleh ke?Memandangkan saya di Selangor.

2. Apakah lagi yang perlu saya lakukan lagi selain perkara diatas..

terima kasih
0 found this helpful
Helpful

answered on May 6, 2017 at 21:33
by   jebat
1. Adakah hanya saya sahaja yang dapat membuat carian fail, semakan dan salinan semuanya?Jika saya menghantar wakil ke sana boleh ke? Memandangkan saya di Selangor.
Boleh suruh wakil cuba, tapi jangan lambat.

2. Apakah lagi yang perlu saya lakukan lagi selain perkara diatas.
Selepas mengkaji dokumen-dokumen dalam  fail, u boleh memfailkan dokumen-dokumen untuk menentang petisyen ini, iaitu

a. Notis Bertindak Sendiri
b. Notis Niat Membangkang Petisyen Pemiutang
c. Saman Dalam Kamar
d. Afidavit Sokongan

Jika tidak ditentang, u boleh dibankrapkan pada 15 Mei 2017.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.