Advertisement

Surat Dikehendaki Menghadiri Mahkamah

2102 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on May 4, 2017 at 20:21
by   azman
edited on May 4, 2017 at 20:48
by   azman
Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..

Mohon jasa baik Tuan/Puan yang arif didalam forum ini untuk membantu saya untuk lebih faham mengenai surat dan tindakan yang perlu saya ambil. Surat ini adalah susulan dari tunggakan hutang saya dengan pihak bank. Tunggakan ini kerana masalah kesihatan yang saya hadapi dan terpaksa bercuti tanpa gaji untuk beberapa bulan. Jumlah semakin bertambah dan saya tidak mampu untuk selesaikan sekaligus.. 

soalan saya adakah saya perlu hadirkan diri dan apa yang perlu saya lakukan kerana sepertinya saya akan dikenakan perintah bankrupsi.. mohon berikan pandangan untuk saya..

Terima kasih..
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
87 Answers
 1   2   3   4   5   6   7   8   9   Next »  Last »

answered on May 4, 2017 at 20:48
by   azman
edited May 4, 2017 at 20:49
by   azman
0 found this helpful
Helpful

answered on May 4, 2017 at 22:34
by   kiki
Adakah kamu telah menerima Notis Kebankrapan dan menanda tangani nya.

Berapa kah amaun tertunggak dan berapakah amaun yang di tuntut oleh bank?

Ceritakan serba sedikit kronologi sehingga kamu menerima surat ini.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 4, 2017 at 23:28
by   jeff005
Something not regular.
The case started Oct 2105.
How did they managed to "renew" (many times too)?

Time is short, pls post here all the docs you received fast..!!
0 found this helpful
Helpful

answered on May 5, 2017 at 00:01
by   azman
Adakah kamu telah menerima Notis Kebankrapan dan menanda tangani nya. 

Berapa kah amaun tertunggak dan berapakah amaun yang di tuntut oleh bank? 

Ceritakan serba sedikit kronologi sehingga kamu menerima surat ini.

Saya baru menerima notis kebankrapan 2 minggu yang lalu. Sebenarnya bank tidak dapat menghubungi Saya kerana berpindah jabatan dan berpindah rumah. Notis diterima setelah Saya menukar kad pengenalan dan mengemaskini alamat di kad pengenalan. Saya akan post notis tersebut sebentar lagi. 

Tunggakan yang dituntut = RM10k
Baki akaun pinjaman = 90k
0 found this helpful
Helpful

answered on May 5, 2017 at 00:31
by   kiki
Saya baru menerima notis kebankrapan 2 minggu yang lalu.

Bagaimana kamu menerima nya?

Adakah Notis Kebankrapan ini di serahkan ke tangan kamu oleh budak despatch dan kamu ada menandatangani resit sebagai penerimaan?
0 found this helpful
Helpful

answered on May 5, 2017 at 00:39
by   azman
Ya Notis Kebankrapan diserahkan oleh budak despatch dan Saya dikehendaki menandatangani dibelakang salinan notis kebankrapan tersebut. 
0 found this helpful
Helpful

answered on May 5, 2017 at 00:54
by   PitStop
sila poskan dokumen yang anda terima 2 minggu dulu.

dokumen diatas adalah petisyen pemiutang tahun 2016. betulkah anda terima dokumen ini 2 minggu dahulu?
0 found this helpful
Helpful

answered on May 5, 2017 at 01:20
by   azman
Ya.. Saya terima petisyen pemiutang tahun 2016 ini 2 minggu yang lepas. adakah ini notis kebankrapan? maaf Saya agak kurang pengetahuan tentang hal ini.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 5, 2017 at 02:59
by   azman
Saya hanya terima 2 dokumen selama ini.. adakah saya diambang kebankrapan?
0 found this helpful
Helpful

answered on May 5, 2017 at 03:37
by   kiki
Ya.. Saya terima petisyen pemiutang tahun 2016 ini 2 minggu yang lepas..

Adakah kamu menerima dokumen ini (Petisyen Pemiutang) hanya sehelai sahaja tanpa apa apa lampiran (Afidavit)?

Jika ada poskan di sini.

 ..adakah ini notis kebankrapan? 

Ini bukan Notis Kebankrapan tetapi adalah Petisyen Pemiutang.
Petisyen Pemiutang adalah proses terakhir sebelum kamu di jatuhkan sebagai bankrap.

Sebelum Petisyen Pemiutang seharusnya kamu di sampaikan dengan Notis Kebankrapan terlebih dahulu. 
Oleh kerana kamu sudah berpindah dan tidak dapat di hubungi untuk di serahkan, mereka telah menggunakan substitute service dengan cara mengiklankan nya di surat khabar.

soalan saya adakah saya perlu hadirkan diri dan apa yang perlu saya lakukan kerana sepertinya saya akan dikenakan perintah bankrupsi.. mohon berikan pandangan untuk saya.. 

Kalau kamu tidak hadir pastilah kamu akan jatuh bankrap pada 15 Mei 2017 !!. 

Tidak ada jalan lain lagi melainkan kamu hadir dan menentang petisyen ini.
0 found this helpful
Helpful


 1   2   3   4   5   6   7   8   9   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.