Advertisement

Menuntut hutang melebihi RM100k

333 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Apr 21, 2017 at 02:14
by   Eva75
Saya telah berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk mendapatkan kembali wang yang dipinjamkan kepada bekas adik ipar. Pinjaman tersebut dimeterai dengan perjanjian yang ditandatangani dan di stamp dari Jab Hasil. Selain perjanjian hutang, terdapat satu lagi perjanjian yang ditandatangani oleh ibunya sebagai penjamin. 

Dalam perjanjian tersebut terdapat klaus pemberi hutang boleh menuntut hutang melalui mahkamah dan segala kos ditanggung oleh si penghutang.

Melalui perintah mahkamah penghutang diberi tempoh 120 hari untuk membayar hutang sepenuhnya. Si pemberi hutang dibenarkan mengenakan faedah 4% setahun.

Tempoh 120 hari telah berlalu dan saya ingin memfailkan kes ke mahkamah tinggi utk mendapatkan perintah muflis.

Soalan saya :
Selain dari tuntutan hutang asal, saya ingin menuntut gantirugi bagi perbelanjaan kos perundangan iaitu mahkamah dan bayaran peguam dari si penghutang. Adakah ini dibolehkan melalui perundangan Malaysia?

Sekiranya peminjam menghilangkan diri, bolehkah saya menuntut dari si penjamin segala jumlah hutang termasuk gantirugi?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
2 Answers
answered on Apr 25, 2017 at 08:31
by   Eva75
edited May 2, 2017 at 10:03
 
Hutang setakat RM2-3 ribu bolehlah maafkan. Ini hutang lebih RM100 ribu. Takkan nak halalkan? Saya pun perlu nak guna duit ni.
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 27, 2017 at 02:15
by   jeff005
edited May 2, 2017 at 10:04
 
Selain dari tuntutan hutang asal, saya ingin menuntut gantirugi bagi perbelanjaan kos perundangan iaitu mahkamah dan bayaran peguam dari si penghutang.
Semua bayaran kos peguam atau ganti rugi mesti di dalam "tuntutan" asal dalam case. Jika tidak, selepas perhakiman mahkamah atau perintah, lain-lain hal boleh di bakar atau "burnt".
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.