Advertisement

Pertanyaan Berkenaan Kes Penjualan Rumah

263 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Apr 12, 2017 at 15:38
by   nexus
edited on Apr 17, 2017 at 09:48
 
Mohon bantuan berkenaan persoalan dibawah :-

Pada tahun 1989, pemilik rumah telah menjual rumah yang dimiliki dgn harga RM100K.
Proses jualan tersebut telah di sempurnakan sehingga peringkat perjanjian jual beli dan bayaran 10k @ 10% dari harga jualan rumah tersebut.

Walaubagaimanapun proses menyempurnakan keseluruhan proses tersebut tergendala disebabkan pemilik telah dijatuhkan bankrap. Pembeli telah menfailkan kaveat di pejabat tanah. Dan kaveat valid sehingga 6 tahun. Pada tahun 90an pemilik rumah dan juga pembeli tersebut telah meningal dunia.

(2017) Kini waris pembeli tersebut menuntut penjualan rumah tersebut di sempurnakan @  pemulangan wang deposit beserta faedah - faedahnya kepada waris pemilik rumah tersebut.

Sebagai orang islam pihak waris pemilik bersetuju memulangkan jumlah 10% tersebut berserta faedah pada kadar yg munasabah kepada waris pembeli.

Persoalan :-

a) Adakah pihak waris pembeli mempunyai hak menuntuk jualan rumah tersebut di sempurnakan ? (jika harta tersebut telah bebas dari pegangan bank @ insolvensi)

b) Adakah pihak waris pembeli mempunyai hak menetapkan kadar peratusan (&%) faedah, jika waris pemilik hendak memulangkannya kembali.

c) Adakah pihak waris pemilik boleh mengabaikan sahaja segala tuntutan diatas termasuk pemulangan deposit kepada waris pembeli. Di sebabkan waris pembeli tidak berhak membuat apa - apa tuntutan ? akta mana boleh dirujuk ?

Mohon bantuan persoalan diatas.

Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
3 Answers

answered on Apr 13, 2017 at 10:51
by   jebat
c) adakah pihak waris pemilik boleh mengabaikan sahaja segala tuntutan diatas termasuk pemulangan deposit kepada waris pembeli. di sebabkan waris pembeli tidak berhak membuat apa - apa tuntutan ? akta mana boleh dirujuk ?
Nak ikut hukum Islam atau Akta Kontrak 1950?
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 13, 2017 at 13:42
by   nexus
pihak waris pemilik akan memulangkan deposit berserta kadar faedah 6% setahun sehingga tarikh terkini. masalahnya waris pembeli meminta sehingga 25% kadar bunnga @ faedah. agak melampau saya rasa.

jadi bahagian mana akta kontrak 1950 boleh digunakan untuk menafikan, tuntutan tersebut.
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 13, 2017 at 15:19
by   jeff005
edited Apr 13, 2017 at 15:30
by   jeff005
Just personal views.
Both are muslims and deceased. Both have assets which should be dealt with under Syariah Laws. Law of Contracts is meant for Civil Courts. Not for the estate of deceased muslim individuals unless a lawsuit have been started before anyone dies. Either party can apply to transfer the civil case to Syariah Courts if it falls under the jurisdiction of Syariah Laws.

I cannot verify as a non-muslim, but in a Syariah court, the interests element could be waived or voided. Check with Syariah Lawyers.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.