Advertisement

Kes Kebankrapan: Peminjam telah bankrap dan meninggal dunia

4061 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on Apr 4, 2017 at 14:56
by  
edited on Apr 17, 2017 at 08:14
 
Mohon bantuan berkenaan perkara dibawah.

1. Peminjam telah bankrap dan meninggal dunia, kes kebankrapan beliau yang telah difailkan dimahkamah tinggi dan salinan bukti hutang telah diberikan kepada pihak insolvensi. Waris simati dalam dalam proses membuat permohonan bayaran kepada pemberi hutang (bank).

a) Soalan: Adakah jumlah bayaran hutang simati yang telah difailkan di mahkamah boleh meningkat melebihi dari kes yang failkan apabila waris berusaha untuk membuat bayaran penebusan? Sebagai contoh hutang kebankrapan RM200K, fail bukti hutang di insolvensi RM200K dan apabila waris simati membuat permohonan bayaran, pemberi hutang (bank) mengkehendaki waris membayar RM400K berdasarkan gandaan faedah atas faedah hutang simati. Adakah ini dibenarkan di dalam peraturan Bank Negara @ Insolvency Law?

2. Peminjam telah bankrap danĀ  meninggal dunia, pihak bank telah membuat lelongan harta simati atas cagaran pinjaman yang telah dibuat. Jumlah bidaan pokok berjumlah 500k secara lelongan awam di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Harga bidaan tertinggi adalah RM800K dan berjaya dijual secara lelongan.

a) Soalan : Berdasarkan maklumat diatas pihak bank telah berjaya membuat lelongan dan baki dari lelongan setelah di tolak jumlah pokok bidaan berjumlah RM300K. adakah baki RM300K ini adalah milik bank? Atau milik insolvensi. Logik disini adalah pihak insolvensi patut di salurkan, tetapi semakan dari waris perkara ini masih belum diambil tindakan oleh pihak bank.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
11 Answers
« Previous   1   2   Next »

answered on Apr 9, 2017 at 18:19
by  
edited Apr 17, 2017 at 08:23
 
OK, terima kasih kiki.

Apabila akta ini diwartakan, jika masih ada Proof of Debt (POD) yang masih berbaki, waris masih boleh memohon pelepasan mutlak mengikut akta tersebut?
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   Next »

You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.