Advertisement

Kes Kebankrapan: Peminjam telah bankrap dan meninggal dunia

1547 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Apr 4, 2017 at 14:56
by   nexus
edited on Apr 17, 2017 at 08:14
 
Mohon bantuan berkenaan perkara dibawah.

1. Peminjam telah bankrap dan meninggal dunia, kes kebankrapan beliau yang telah difailkan dimahkamah tinggi dan salinan bukti hutang telah diberikan kepada pihak insolvensi. Waris simati dalam dalam proses membuat permohonan bayaran kepada pemberi hutang (bank).

a) Soalan: Adakah jumlah bayaran hutang simati yang telah difailkan di mahkamah boleh meningkat melebihi dari kes yang failkan apabila waris berusaha untuk membuat bayaran penebusan? Sebagai contoh hutang kebankrapan RM200K, fail bukti hutang di insolvensi RM200K dan apabila waris simati membuat permohonan bayaran, pemberi hutang (bank) mengkehendaki waris membayar RM400K berdasarkan gandaan faedah atas faedah hutang simati. Adakah ini dibenarkan di dalam peraturan Bank Negara @ Insolvency Law?

2. Peminjam telah bankrap dan  meninggal dunia, pihak bank telah membuat lelongan harta simati atas cagaran pinjaman yang telah dibuat. Jumlah bidaan pokok berjumlah 500k secara lelongan awam di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Harga bidaan tertinggi adalah RM800K dan berjaya dijual secara lelongan.

a) Soalan : Berdasarkan maklumat diatas pihak bank telah berjaya membuat lelongan dan baki dari lelongan setelah di tolak jumlah pokok bidaan berjumlah RM300K. adakah baki RM300K ini adalah milik bank? Atau milik insolvensi. Logik disini adalah pihak insolvensi patut di salurkan, tetapi semakan dari waris perkara ini masih belum diambil tindakan oleh pihak bank.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
11 Answers
 1   2   Next »  Last »

answered on Apr 5, 2017 at 00:09
by   kiki
adakah jumlah bayaran hutang simati yang telah difailkan di mahkamah boleh meningkat melebihi dari kes yang failkan apabila waris berusaha untuk membuat bayaran penebusan? sebagai contoh hutang kebangkrapan 200k, fail bukti hutang di insolvensi 200k dan apabila waris simati membuat permohonan bayaran, pemberi hutang (bank) mengkehendaki waris membayar 400k berdasarkan gandaan faedah atas faedah hutang simati. 

Bayar 200k sahaja mengikut Proof of Debt dan sedikit fees oleh JIM apabila memohon pelepasan kebankrapan.

berdasarkan maklumat diatas pihak bank telah berjaya membuat lelongan dan baki dari lelongan setelah di tolak jumlah pokok bidaan berjumlah 300k. adakah baki 300k ini adalah milik bank? 

Baki bukan milik bank tetapi akan di pulangkan kepada JIM untuk membayar creditors yang lain jika ada. Jika masih  berbaki ia nya adalah milik si bankrap dan dalam kes kamu, harus dipulangkan kepada waris yang sah.
Ia bukan satu proses mudah atau otomatik. Kena memohon dan mengambil banyak inisiatif.
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 6, 2017 at 15:06
by   nexus
terima kasih maklumbalas kiki.

Walau bagaimanapun pihak bank mengkehendaki bayaran penuh.


sedikit tambahan penerangan berkenaan perkara diatas seperti berikut :-


1.Peminjam telah di jatuhkan bankrap pada tahun tahun 97.

2. Terdapat 3 pod di insolvensi. pihak yang menfailkan kebangkrapan adalah pod no.2.

3. pod no.2 dan pod no.3, jumlah hutang tidak meningkat semasa waris laksanakan bayaran pelepasan hutang.

4. pod no.1 walau bagaimanapun berdasarkan jumlah faedah diberikan jelas menunjukan masih mengira faedah  diatas faedah pinjaman melebihi dari tarikh simati memperolehi status bankrap ( selepas tahun 97 faedah pinjaman ini masih berjalan)

jadi pihak waris perlu mebayar lebih faedah dari sepatutnya. saya telah mendapatkan pandangan beberapa pihak namun agak berbeza pendapat, ada yang mengatakan bank tidak boleh mengira faedah selepas tarikh kebankrapan dan ada pendapat pula adalah budibicara bank untuk mengira lebih faedah selepas tarikh bangkrap.

jadi mohon penjelasan berserta akta yang boleh dirujuk sebagai menyokong keterangan untuk menyokong permohonan rayuan saya kepada pihak bank dimana saya juga akan melibatkan bank negara (bantuan bnmtelelink) jika rayuan tersebut gagal.  
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 6, 2017 at 16:22
by   jeff005
edited Apr 6, 2017 at 16:36
by   jeff005
Personal opinions. Non legal.
1. Did the bankrupt reported in to JIM after adjudication.

2. Interests do continue as per judgement order unless a bankrupt has reported in for the 5 years case management and had appealed for the interests rate to be readjusted to 5percent per annum on straight line basis. This is provided for under bkcy laws. However, there is a statute of limitations of 6 years of which a bankrupt can invoke. So the bank can charge only a further 6 years interests. The principal amount bankrupted plus those who had filed POD, still have to be paid in full as there is a surplus on the disposal of this estate. The banks, for sure, will not give any discounts. The whole estate of this bankrupt is managed bi JIM.

3. Backruptcy Laws is above BNM. BNM is merely a financial systems regulator.
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 6, 2017 at 17:05
by   nexus
1. si bankrap tidak melaporkan kepada JIM

2. sila rujuk balik keterangan diatas

3. tiada pertanyaan pasal Backruptcy Laws is above BNM ....itu bukan persoalannya
Bank negara adalah sebagai pihak ketiga di dalam rundingan rayuan pelepasan lebihan tuntutan bank tersebut. 
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 7, 2017 at 05:55
by   kiki
jadi mohon penjelasan berserta akta yang boleh dirujuk sebagai menyokong keterangan untuk menyokong permohonan rayuan saya kepada pihak bank dimana saya juga akan melibatkan bank negara (bantuan bnmtelelink) jika rayuan tersebut gagal.  
Rujuk BANKRUPTCY ACT 1967.  Jawapan boleh di perolehi di situ.
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 7, 2017 at 13:01
by   vkpc
2. Interests do continue as per judgement order unless a bankrupt has reported in for the 5 years case management and had appealed for the interests rate to be readjusted to 5percent per annum on straight line basis.

Actually under bankruptcy laws, all interests stop on the day a person is adjudicated a bankrupt.
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 7, 2017 at 15:59
by   nexus
Actually under bankruptcy laws, all interests stop on the day a person is adjudicated a bankrupt.

which part of act 360 clarify your statement ?
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 8, 2017 at 00:58
by   kiki
which part of act 360 clarify your statement ?

Sect. 43 (6)
After date of Recieving Order, there shall be no more interest.
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 8, 2017 at 18:08
by   nexus
edited Apr 17, 2017 at 08:22
 
Terim kasih maklumbalas tersebut, kiki.

Saya jumpa maklumat yang menarik dibawah walaubagaimanpun masih belum diwartakan.

Lapan perubahan dasar pindaan 
Akta Kebankrapan 1967 diluluskan

KUALA LUMPUR 29 Mac – Persida­ngan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Kebankrapan 1967 (Pindaan) 2016 yang me­rangkumi lapan perubahan dasar selepas dibahaskan hari ini.
Azalina Othman

Semasa membentangkan rang undang-undang untuk bacaan kali kedua, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan telah mempertimbangkan lapan perubahan dasar untuk meminda akta itu.

Katanya, lapan dasar itu ialah tindakan kebankrapan tidak boleh diambil terhadap penjamin sosial, 
me­­naikkan nilai minimum kebankrapan dan seseorang yang bankrap boleh dilepaskan awal daripada status kebankrapan selepas tempoh tiga tahun dari tarikh pemfailan Penyata Hal Ehwal (PHE).

Dasar lain kata beliau, mene­tapkan keutamaan penyampaian Notis Kebankrapan dan Petisyen Kebankrapan secara personal atau pos berdaftar dengan akuan terimaan penghutang, mewujudkan Mekanisme Penyelamat serta memperkenalkan sistem satu perintah menggantikan Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman.
“Kumpulan Wang Bantuan Insolvensi akan diwujudkan dan pelepasan daripada kebankrapan tanpa prosedur bantahan oleh pemiutang bagi golongan bankrap yang ditetapkan.

“Golongan itu ialah penjamin sosial yang dibankrapkan di bawah akta itu, bankrap yang telah meninggal dunia, bankrap yang disahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai seorang yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) dan bankrap yang telah disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan sebagai penghidap penyakit kronik atau serius,” katanya.

Azalina berkata, terdapat enam ciri penting dalam rang undang-undang berkenan iaitu tindakan kebankrapan adalah pilihan terakhir untuk penguatkuasaan dan pelaksanaan penghakiman selain prosiding kebankrapan bukan pi­lihan pertama.

Katanya, langkah pindaan itu juga bagi mewujudkan kaedah alternatif kepada prosiding kebankrapan sebelum seseorang individu dibankrapkan manakala seseorang yang bankrap dan memenuhi kriteria pelepasan ber­potensi untuk dilepaskan dengan lebih cepat.

Menurutnya, itu sekali gus boleh merancakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara dan pada masa sama pihak pemiutang memperoleh manfaat apabila sumbangan yang munasabah dibuat oleh pihak penghutang.

“Di samping itu, ini akan mewujudkan masyarakat yang bijak dari segi pengurusan kewa­ngan dan memberi kesedaran agar lebih bertanggungjawab mengenai pembayaran hutang serta memastikan pihak pemiutang lebih berhemah dalam memberikan kemudahan pembiayaan pinjaman.

“Kadar kes kebankrapan bo­leh dikurangkan dan memudahkan cara prosiding kebankrapan dan proses pentadbiran kes,” katanya.

Source: http://www.utusan.com.my/mobile/berita/parlimen/lapan-perubahan-dasar-pindaan-8232-akta-kebankrapan-1967-diluluskan-1.463540
Seksyen 33B Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2A) Notwithstanding subsection (2), no objection shall be made against—
(a) a bankrupt who was adjudged bankrupt by reason of him being a social guarantor;
(b) a bankrupt who is registered as a person with disability under the Persons with Disabilities Act 2008 [Act 685];
(c) a deceased bankrupt; and
(d) a bankrupt suffering from a serious illness certified by a Government Medical Officer.”

Source: http://www.parlimen.gov.my/files/billindex/pdf/2016/DR/D.R.%2021_2016_bm.pdf
Sila rujuk halaman 23.

Adakah selepas pindaan ini diwartkan oleh pihak kerajaan saya sebagi waris boleh memohon pembatalan status kebankrapan simati?

Mohon padangan terima kasih.
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 8, 2017 at 19:29
by   kiki
adakah selepas pindaan ini diwartkan oleh pihak kerajaan saya sebagi waris boleh memohon pembatalan status kebankrapan simati. ? 
Ya , sudah lebih jelas. 

Berdasarkan excerpt dari link yang kamu berikan :

..pelepasan daripada kebankrapan tanpa prosedur bantahan oleh pemiutang bagi golongan bankrap yang ditetapkan.

“Golongan itu ialah penjamin sosial yang dibankrapkan di bawah akta itu, bankrap yang telah meninggal dunia, bankrap yang disahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai seorang yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) dan bankrap yang telah disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan sebagai penghidap penyakit kronik atau serius,” katanya.
Namun memang sudah terdapat option dalam akta sedia ada sebelum pindaan pun untuk tujuan yang kamu nyatakan di atas hanya pindaan ini lebih obsolute dan si mati tidak di kaitkan kepada clause lain berkaitan secured atau unsecured creditors.

Rujuk akta sedia ada berikut..

Discharge of bankrupt by Certificate of Director General of
Insolvency

33A. (4)  The Director General of Insolvency shall, upon the application
of any interested person, issue a copy of the certificate of discharge
to the applicant upon payment of the prescribed fee.
0 found this helpful
Helpful


 1   2   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.