Advertisement

Writ Saman di sebabkan melanggar kontrak kerja

5508 Views  ⚫  Asked 6 Years Ago
asked on Mar 17, 2017 at 03:20
by  
edited on Mar 27, 2017 at 06:35
 


Isteri saya ada terima writ saman yang memerintahkan supaya pergi ke mahkamah disebabkan gagal membayar sebanyak RM36,000 kerana melanngar kontrak kerja. Sekarang dia tidak berada di Malaysia.

Boleh atau tidak dalam proses sekarang ini dia minta untuk bayar ansuran contoh nya RM10,000 dan bulan-bulan RM500. Dan dengan siapa nak negotiate proses pembayaran ini? Kalau tak datang ke mahkamah apa proses seterus nya? Saya ada lampirkan writ saman tersebut. Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
13 Answers
 1   2   Next »  Last »

answered on Mar 17, 2017 at 04:04
by  
edited Mar 27, 2017 at 06:36
 
ada terima writ saman yg memerintahkan supaya pergi ke mahkamah disebabkan gagal membayar sebanyak RM36,000 kerana melanngar kontrak kerja.

Ikut amalan biasa perkara pertama harus di lakukan adalah memfailkan Notis Kehadiran secepat mungkin.

Oleh kerana isteri anda tidak berada di Malaysia, mereka yang boleh mewakili diri nya untuk berbuat demikian hanya lah seorang peguam.

 Boleh atau tidak dalam proses sekarang ni dia minta untuk bayar ansuran contoh nya RM10,000 dan bulan-bulan RM500.

Tentu boleh. 

Dan dengan siapa nak nego proses pembayaran ni? 

Hubungi terus pihak Plaintif. Untuk berjumpa pihak plaintif mungkin kamu sebagai suami boleh mewakili isteri.

 Kalau tak dtg ke mahkamah ape proses seterus nya? 

Kalau tak datang ke mahkamah Penghakiman Ingkar akan di jatuhkan sebagai seorang Penghutang Penghakiman (Judgement Debtor).

Selepas ini jika tiada juga tindakan membayar hutang itu, pihak Plaintif yang sudah menjadi Pemiutang Penghakiman (Judgement Creditor) kini pasti akan memfailkan Notis Kebankrapan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 17, 2017 at 04:19
by  
edited Mar 27, 2017 at 06:39
 
Notis writ saman bertarikh 1/3/2017, dan baru sahaja terima surat pada 15/3/2017 bermakna sudah melebihi 14 hari tempoh untuk notis kehadiran. Saya sudah bagitahu isteri untuk call lawyer dan bincang bagaimana untuk kehadiran ini.

Boleh atau tidak kalau negotiate dengan lawyer untuk membatalkan kehadiran untuk ke mahkamah ini, maksud nya setel di luar mahkamah? Dan sekiranya tidak boleh untuk kehadiran lawyer, berapa jumlah bayaran untuk lawyer tersebut dan apa tugas lawyer teraebut semasa di mahkamah? Adakah untuk proses nego? Sekiranya pihak plaintif failkan bankrapsi, berapa lama tempoh yang diambil? Sebab sekarang saya nak offer untuk bayar dalam RM10,000 dahulu. Tapi sebelum ini berhubung dengan pihak HR, beritahu yang kena setelkan semua sekali hutang.
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 17, 2017 at 05:05
by  
 Boleh atau tidak kalau nego dengan lawyer untuk membatalkan kehadiran untuk ke mahkamah ini, maksud nya setel di luar mahkamah?

Notis kehadiran ada lah antara kaedah yang digunakan oleh mahkamah demi memastikan keadilan terlaksana bagi kedua dua pihak dalam perbicaraan.

Mahkamah sentiasa terbuka kepada penyelesaian di luar mahkamah. Tapi soalan nya adakah pihak yang menyaman itu bersetuju?

Kalau kamu sudah boleh buat penyelesaian dengan pihak yang menyaman. Notis Kehadiran atau kes mahkamah ini sudah tidak penting lagi.

 
berapa jumlah bayaran untuk lawyer tersebut 

Tidak pasti. Ada RM5k atau RM15k ada juga RM30k dan pernah juga sehingga RM60~80K mengikut kes.
Mungkin kamu buat penyelidikan sendiri untuk mengetahui nya lebih tepat dengan cara berjumpa dan bertanya di Syarikat Guaman berdekatan dengan anda.

Yang terbaik adalah mewakili diri kita sendiri.

dan apa tugas lawyer teraebut semasa di mahkamah?

Mewakili isteri anda melawan saman pihak yang menyaman isteri anda di mahkamah. 
Belum tentu menang juga belum tentu kalah. Yuran peguam sudah pasti lah.

 Adakah untuk proses nego?

Nego bukan dengan mahkamah. Nego dengan pihak yang menyaman kita.

Sekiranya pihak plaintif failkan bankrapsi, berapa lama tempoh yg diambil? 
Bergantung kepada pihak Plaintif. Bisa nya 2 hingga 6 bulan.

Sebab sekarang saya nak offer tuk bayar dalam 10k dahulu. Tapi sebelum ni berhubung dengan pihak HR, beritahu yang kena setelkan semua sekali hutang.

Lakukan segera.
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 17, 2017 at 15:18
by  
edited Mar 27, 2017 at 06:40
 
Notis writ saman bertarikh 1/3/2017, dan baru sahaja terima surat pada 15/3/2017 bermakna sudah melebihi 14 hari tempoh untuk notis kehadiran.

Notis Kehadiran masih boleh di failkan, anda boleh failkan untuk isteri.  Tak perlu peguam failkan.

Tempoh 14 hari adalah dari tarikh saman diterima, bukan dari tarikh surat. Jangan tunggu lagi.
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 18, 2017 at 17:03
by  
edited Mar 27, 2017 at 06:41
 
Update kes saya..

Wife sudah kol lawyer... so pembantu lawyer yang uruskan kes tu bagitau tidak perlu hadir sebab wife berada di luar negara.. wife minta untuk nego pembayaran. Dan pihak lawyer suruh deal dengan diorang dan diorang akan deal dengan pihak HR.

Pihak lawyer bagitau suruh wife saya emailkan kemampuan dan komitmen untuk dia bayar.. dan diorang akan propose ke pihak HR. Selalunya dia bagitahu kes macam ni, pihak HR akan accept berapa yang wife mampu untuk bayar. Betul ke proses ini?
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 18, 2017 at 18:24
by  
wife dah kol lawyer...so pembantu lawyer yang uruskan kes tu bagitau tidak perlu hadir sebab wife berada di luar negara..

Wife kamu call lawyer sendiri atau lawyer Plaintif?

Jika itu lawyer Plaintif,  ada tak lawyer itu berjanji akan menarik balik kes yang di failkan di mahkamah itu?  
Atau dia akan terus mendapatkan Penghakiman Ingkar dari Mahkamah di hari  Pengurusan Kes pada 3 Apr.2017 nanti?
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 20, 2017 at 16:54
by  
edited Mar 27, 2017 at 06:42
 
Nasihat saya setiap perjanjian/negotiation sebaik-baiknya dibuat dalam bentuk bertulis. Ini untuk melindungi pihak isteri anda pada masa akan datang. Maksudnya setiap apa yang dipersetujui hendaklah disusuli dengan surat menyurat serta satu salinan yang sudah dicop terima hendaklah disimpan oleh pihak isteri tuan sendiri
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 20, 2017 at 17:07
by  
edited Mar 27, 2017 at 06:43
 
@notalawyer

If the "Kontrak kerja" is not about "in lieu of wages" only can file at Magistrate Court.

If it is associated with "wages and/or allowances" should be at the Industrial Court.. right??
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 20, 2017 at 19:34
by  
Normally employee sue employer at Industrial Court.
For breach of contract cases, employer commonly sue employee at Magistrates Court or higher.
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 20, 2017 at 21:02
by  
edited Mar 27, 2017 at 06:43
 
Wife saya call plaintif lawyer. Plaintif lawyer suruh buat surat berapa kemampuan dan email kepada dia. Dia akan beri satu surat wife akan isi sebelum propose kepada pihak plaintif. Pihak plaintif lawyer yang inform supaya tidak perlu hadir ke mahkamah.
0 found this helpful
Helpful


 1   2   Next »  Last »

You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.