Advertisement

Saman sita barang dari pihak Courts Mammoth terhadap Reference

544 Views  ⚫  Asked 11 Months Ago
asked on Mar 9, 2017 at 16:22
by   Lieza
edited on Mar 13, 2017 at 08:12
 
Saya tak ada berhutang dengan pihak Courts Mammoth. Tetapi nama dan nombor handphone saya digunakan sebagai 'REFERENCE' ketika abang saya membeli barang di Courts Mammoth (diluar pengetahuan saya). Saya tak pernah tandatangan apa-apa dokumen pembelian tersebut sebab hanya sebagai rujukan.

Abang saya telah meninggal dunia 2 tahun lepas. Nama pembeli kedua dalam agreement jual beli barang di Courts Mammoth adalah isterinya. Pihak Courts tak dapat menghubungi isteri abang saya. Jadi saya diminta berikan kerjasama berhubung pengesahan kematian. Kes ini berlanjutan dan banyak pihak telah saya berikan surat kematian abang saya.

Tapi pada hari ini saya dapat panggilan dari En Sharul dari Bahagian Logistik Mahkamah tentang waran tangkap & sita. Info lebih lanjut refer kepada Puan Norina 03 27214841 (Saya dapati nombor ini banyak dari comment-comment yang lepas). Minta saya melunaskan semua hutang arwah abang saya termasuk kos guaman...

Minta pencerahan. Saya hanya sebagai REFERENCE sahaja bukan PENJAMIN. Boleh dikenakan tindakan kah?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
1 Answers

answered on Mar 9, 2017 at 17:47
by   jeff005
edited Mar 13, 2017 at 08:14
 
Minta pencerahan. Saya hanya sebagai REFERENCE sahaja bukan PENJAMIN. Boleh dikenakan tindakan kah?
Tiada tindakan dari Mahkamah, hanya kacau melalui panggilan talipon sahaja dari Pengutip Hutang. Biar mereka. "Bar" mereka punya nombor.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.