Advertisement

Petisyen Pemiutang

558 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Mar 9, 2017 at 06:20
by   Hisham1982
Saya telah terbaca di surat khabar pada 24/2/2017, satu Notis Kebankrapan atas nama saya difailkan oleh peguam Bank Rakyat menuntut RM195,000++. Sekiranya saya tidak bayar, satu Petisyen Pemiutang akan difailkan terhadap saya. Soalan saya adalah :

1) Berapa lamakah tempoh Petisyen Pemiutang akan difailkan setelah Notis Kebankrapan diiklankan?

2) Setelah Petisyen Pemiutang difailkan, berapa lamakah tempoh yg saya ada sebelum diisytiharkan bankrap?

3) Saya menampung hidup saya dan keluarga dengan berniaga online dan mempunyai daftar syarikat milikan tunggal dengan SSM. Pendapatan saya dimasukkan ke dalam akaun bank syarikat ini. Setelah bankrap, adakah saya masih boleh meneruskan perniagaan saya kerana ini adalah satu-satunya sumber pendapatan saya dan keluarga.

4) Saya mempunyai sebuah kereta buruk yg pd harga pasaran bernilai kurang drpada RM1000. Adakah kereta itu akan dirampas sekiranya saya bankrap?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
3 Answers

answered on Mar 9, 2017 at 22:06
by   jebat
1) Berapa lamakah tempoh Petisyen Pemiutang akan difailkan setelah Notis Kebankrapan diiklankan?
2 - 6 bulan.

2) Setelah Petisyen Pemiutang difailkan, berapa lamakah tempoh yg saya ada sebelum diisytiharkan bankrap?

2-6 bulan.

4) Saya mempunyai sebuah kereta buruk yg pd harga pasaran bernilai kurang drpada RM1000. Adakah kereta itu akan dirampas sekiranya saya bankrap?
Mengikut Akta Kebankrapan, seseorang yang bankrap boleh diberi kebenaran mengekalkan aset yang nilainya tidak melebihi 5 ribu ringgit.  Ini bermakna kereta tersebut tidak akan dijual.
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 10, 2017 at 04:35
by   Hisham1982
@jebat

Terima kasih saudara jebat membantu memberikan jawapan. 

Soalan ke 4) Bolehkah saya terus menjalankan perniagaan online saya setelah diisytiharkan bankrap ? Kerana itu lah satu-satunya sumber pendapatan saya untuk menampung keluarga
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 10, 2017 at 23:07
by   Niklaus
@Hisham1982

Read this, https://www.lawyerment.com/answers/questions/10494/latest-bankruptcy-related-news, it has answers to your questions.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.