Advertisement

Kes Kebankrapan (Kereta)

459 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Mar 8, 2017 at 20:26
by   HAZA_8
edited on Mar 13, 2017 at 08:21
 
Saya ingin memohon bantuan/pandangan atau nasihat dari ahli2 disini berhubung kes kebankrapan yang sedang saya hadapi. Saya akan diisytiharkan bankrap oleh mahkamah pada tarikh akhir sebutan pada 21/3/2017 sekiranya masih gagal untuk membayar kepada pihak bank dengan jumlah yang dicadangkan oleh pihak bank dan memandangkan saya masih & gagal untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM10,000.00 saya membuat keputusan untuk menyerahkan kereta saya kepada pihak bank sebelum tarikh akhir tersebut.

Pembelian Kereta tersebut (honda jazz) menggunakan nama saya (tahun 2012) tetapi salah seorang ahli keluarga suami berminat untuk sambung bayar memandangkan pada masa itu juga saya telah mempunyai kereta lain (sudah langsai). Atas kesilapan saya sendiri, saya membenarkan sepupu menyambung bayar setiap bulan (tanpa ada hitam putih) tetapi pada tahun 2014 berlaku masalah kepada sepupu saya & dia tidak mampu lagi untuk menyambung bayar seperti biasa tanpa memaklumkan kepada saya & akhirnya saya telah mendapat perintah mahkamah untuk mendengar kes kebankrapan saya.

Saya juga ada berbincang dengan sepupu saya untuk membantu menyelesaikan kes (membayar separuh dari tunggakan) kerana tunggakan tersebut telah mencapai RM32K. Untuk mengelakkan pelbagai lagi masalah yang timbul saya telah berjaya mendapatkan semula kereta saya walaupun banyak mengalami kerosakan. Masalah mula timbul apabila sepupu saya tidak dapat membantu dan tidak mahu membuat pinjaman bagi menyelesaikan tunggakan kereta tersebut dengan alasan bisnesnya gagal.

Pada mulanya saya ingin menggunakan semula kereta tersebut tetapi saya juga mengalami masalah kewangan kerana perniagaan suami saya juga merosot. Pihak mahkamah telah memberi peluang kepada saya untuk membuat pinjaman atau mendapatkan dana daripada ahli keluarga yang lain. Tetapi sehingga hari ini saya masih belum mendapatkan bantuan daripada mana2 ahli keluarga yang lain.

Saya telah membuat keputusan untuk menyerahkan semua kereta tersebut memandangkan saya telah banyak kali merayu kepada mahkamah untuk memberi tempoh kepada saya sehingga lah tarikh akhir pada 21/3 ini. Persoalan saya,

1) Adakah saya masih lagi diisytiharkan bankrap oleh mahkamah sekiranya saya telah menyerahkan kereta kepada pihak bank (bank membuat lelongan seperti yang dimaklumkan oleh mereka)

2) Sekiranya saya diisytiharkan bankrap apakah proses pertama yang perlu saya lakukan. Adakah saya perlu merujuk kepada JIM? (Saya adalah seorang kakitangan awam).

3) Adakah penjamin (abang) perlu untuk menghadirkan diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM)?

Mohon bantuan & pandangan ahli-ahli di sini kerana setiap nasihat & pandangan tuan/puan amatlah saya hargai.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
2 Answers

answered on Mar 9, 2017 at 05:03
by   kiki
1) Adakah saya masih lagi diisytiharkan bankrap oleh mahkamah sekiranya saya telah menyerahkan kereta kepada pihak bank (bank membuat lelongan seperti yang dimaklumkan oleh mereka) 

Sekiranya kamu serah kereta itu pada bank ia mungkin boleh menangguhkan sedikit tarikh kebankrapan itu dengan kamu memberi alasan bahawa bank perlu melelong nya dan mengira semula baki nya. Jika baki hutang melebihi Rm30k, kebankrapan akan tidak dapat di ketepikan.

2) Sekiranya saya diisytiharkan bankrap apakah proses pertama yang perlu saya lakukan. Adakah saya perlu merujuk kepada JIM? (Saya adalah seorang kakitangan awam). 

Ya, sebaik nya rujuk pada JIM. 
Kerana akaun bank pasti akan dibekukan dan gaji tidak dapat dikreditkan dan majikan akan mengetahui nya juga. Bagi kakitangan kerajaan, kamu semak lah akur janji pekerjaan yang kamu ikrarkan dulu.

Bagi kakitangan swasta terdapat juga kes dimana majikan langsung tidak mengetahui status kebankrapan seseorang itu. JIM membenarkan seseorang itu membuka akaun untuk gaji di kreditkan dan JIM dengan budibicara juga pernah  bersetuju cadangan nya akaun baru itu adalah akaun semasa di mana gaji seseorang di kreditkan

3) Adakah penjamin (abang) perlu untuk menghadirkan diri ke JIM 
Hanya orang yang di istiharkan bankrap saja perlu lapur kepada JIM.

Diharap jawapan di atas telah dapat membantu kamu.
1 found this helpful
Helpful

answered on Mar 9, 2017 at 13:21
by   HAZA_8
Terima kasih kepada Kiki di atas penjelasan di atas & saya akan segera menghubungi pihak bank untuk menyerahkan kereta kepada mereka.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.