Advertisement

Kecuaian pihak hospital sebabkan kematian

1071 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Mar 3, 2017 at 21:33
by   Terpikir nak saman
edited on Mar 13, 2017 at 05:53
 
Secara ringkasnya, isteri saya telah meninggal selepas 20 minit bersalin di sebuah hospital kerajaan. Bayi juga meninggal ketika proses kelahiran. Saya berada bersama arwah isteri dari mula sehinggalah di labour room ketika proses bersalin. Dari pengamatan saya, terdapat beberapa kecuaian atau kelemahan sehingga menyebabkan berlakunya kematian tersebut.

Persoalan saya:
1. Bolehkah saya failkan saman sekiranya report polis tidak dibuat? dan masih bolehkah report polis dibuat selepas tempoh setahun dari peristiwa itu?
2. Atau bagaimana caranya sekiranya saya ingin meneruskan juga untuk saman pihak terbabit?

Harap Tuan-Tuan Puan-Puan dapat membantu... Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
11 Answers
 1   2   Next »  Last »

answered on Mar 4, 2017 at 03:04
by   jebat
Dari pengamatan saya, terdapat beberapa kecuaian atau kelemahan sehingga menyebabkan berlakunya kematian tersebut.
Sila cerita sedikit tentang kecuaian atau kelemahan ini.
 
1) Bolehkah saya failkan saman sekiranya report polis tidak dibuat
Jika kesalahan bukan kesalahan jenayah, boleh.

dan masih bolehkah report polis dibuat selepas tempoh setahun dari peristiwa itu.

Jika kesalahan atau kecuaian bukan bersifat jenayah, tak perlu buat repot polis.

2) atau bagaimana caranya sekiranya saya ingin meneruskan juga untuk saman pihak terbabit
Tuan boleh memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi dengan menamakan doktor, ketua hospital dan kerajaan sebagai defendan ataupun tuan boleh cari peguam.

Kes-kes sivil melibatkan kerajaan tidak boleh disaman jika sudah melebihi 3 tahun.
1 found this helpful
Helpful

answered on Mar 13, 2017 at 16:01
by   Terpikir nak saman
Untuk menceritakan situasi kelemahan/kecuaian tersebut disini, agak panjang lebar Secara ringkas serba sedikit antaranya, semasa tempoh pemeriksaan ibu mengandung arwah isteri, telah dirujuk pakar onkologi namun tiada pemerhatian serius selepas itu sehingga tempoh beliau bersalin. Tiada pemantauan Pakar atau Doktor berpengalaman sewaktu menghadapi waktu bersalin hanya dirawat Doktor pelatih sehinggalah saat bersalin walaupun keadaan waktu itu memerlukan pakar dirujuk. Terdapat beberapa lagi kelemahan lain yang saya tidak wajar saya bincang secara terbuka di sini...
Apapun terima kasih  banyak atas jawapan yang diberi.
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 13, 2017 at 16:08
by   Terpikir nak saman
Adakah di sini saya boleh dapatkan khidmat guaman yang berpengalaman dalam kes berkaitan ini? Sekiranya ada yang berminat, mohon pihak Tuan/Puan hubungi saya atau tinggalkan contact No. untuk saya hubungi kembali.
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 13, 2017 at 16:17
by   JohorScammers
By putting any handphone number here you are exposed and can be easily scammed..

Do be careful of scammers
1 found this helpful
Helpful

answered on Mar 14, 2017 at 15:36
by   jebat
Tiada pemantauan Pakar atau Doktor berpengalaman sewaktu menghadapi waktu bersalin hanya dirawat Doktor pelatih sehinggalah saat bersalin walaupun keadaan waktu itu memerlukan pakar dirujuk.
Kenapa kamu tidak suruh mereka panggil doktor pakar pada masa itu?

Apakah kesalahan utama yang dibuat oleh doktor pelatih?

Apakah sebab utama kematian isteri kamu?
1 found this helpful
Helpful

answered on Mar 15, 2017 at 16:07
by   Terpikir nak saman
edited Apr 28, 2017 at 22:24
 
Kenapa kamu tidak suruh mereka panggil doktor pakar pada masa itu?
Saya hanya orang awam biasa yang tidak tahu apa-apa tanda berbanding petugas-petugas hospital ketika itu..Namun sedar selepas ianya dah berlaku.

Apakah kesalahan utama yang dibuat oleh doktor pelatih?
Di awal pemantauan oleh doktor sebelum bersalin mengatakan keadaa isteri agak teruk dari biasa, saya hanya minta dia buat sesuatu yang terbaik...Tiba-tiba bila sampai masa 'diliver' doktor lain yang ambil alih (pertukaran shift).

Apakah sebab utama kematian isteri kamu?
Keputusan oleh doktor menyatakan sebab kematian "Amniotic Fluid Embolism".
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 15, 2017 at 19:11
by   jebat
edited Apr 28, 2017 at 22:25
 
Tiba-tiba bila sampai masa 'deliver' doktor lain yang ambil alih (pertukaran shift).
Pertukaran shift adalah perkara biasa di mana-mana hospital.
Takkan doktor kena kerja 24 jam kan.

Risiko "Amniotic Fluid Embolism" tidak boleh dikesan awal iaitu pada masa checkup.
Nampak macam tak ada apa-apa kesalahan dibuat oleh doktor muda.
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 6, 2017 at 22:30
by   Terpikir nak saman
edited Apr 28, 2017 at 22:25
 
Tiba-tiba bila sampai masa 'deliver' doktor lain yang ambil alih (pertukaran shift).
Pertukaran shift adalah perkara biasa di mana-mana hospital.
Takkan doktor kena kerja 24 jam kan.

Pertukaran shift memang baisa, tapi agak luar biasa bila pesakit dalam keadaan agak tidak stabil dan  dah nak diliver Doktor yang sedang memantau terus boleh tukar shift ketika itu. Bukankah itu dilihat cuai.
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 21, 2017 at 04:08
by   jebat
Doktor yang sedang memantau terus boleh tukar shift ketika itu. Bukankah itu dilihat cuai?
Biasanya tidak.

Cuba imbas kembali kepada masa kecemasan tersebut.
Adakah doktor muda meminta pertolongan dari doktor lain,
ataupun adakah dia membunyikan alarm kecemasan di hospital?
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 21, 2017 at 11:45
by   nora
I am sorry about your loss.
My condolences.
Is this her first childbirth?
0 found this helpful
Helpful


 1   2   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.