Advertisement

Cara nak dapatkan duit dari penipu

306 Views  ⚫  Asked 11 Months Ago
asked on Feb 26, 2017 at 06:04
by   MatMin
edited on Feb 27, 2017 at 05:03
 
Saya telah ditipu semasa dalam proses membeli rumah di mana penjual telah memalsukan salinan geran dan salinan carian persendirian.  Dia membuang nama pemilik lain rumah tersebut serta maklumat berkaitan kaveat.. 

Saya telah membayar deposit dan semasa lawyer saya menyediakan snp baru semua maklumat terdedah. 

Bila diswlidik rupanya penjual rumah ni memang dah lama buat kerja macam ni..  Pendek cerita saya dah repot polis dan polis maklumkan sedang mencari penipu ni untuk didakwa. (Tapi sampai sekarang tak dapat lagi..  Dah hampir setahun kes ni) 

Saya juga telah saman penipu ni dan telah mendapat penghakiman ingkar.  Sekarang dalam proses untuk mendapatkan gantirugi lain yang dirasakan perlu. 

Tindakan selepas ini saya akan arahkan lawyer untuk bankrapkan dia.  Soalan saya apakah dengan bankrapkan dia akan ada jaminan bahawa saya boleh mendapatkan semula wang saya? 
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
3 Answers

answered on Feb 26, 2017 at 15:36
by   jeff005
edited Feb 27, 2017 at 05:03
 
Bankrapkan orang penipu supaya dia tak boleh menipu orang lain lagi.

Di tak boleh pergi luar negara dan atau buka bank akaun lagi. Bila dia takut, dia akan bayar hutang awak sebelum dia dibankapkan. 
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 27, 2017 at 23:57
by   MatMin
edited Mar 6, 2017 at 04:49
 
Saya dah beritau dia macam-macam tapi dia buat tak reti saja... Memang saya akan bankrapkan dia.. Tapi makan masa.. Yang saya pelik, polis sampai sekarang masih tak tangkap dia walaupun saya dimaklumkan yang penipu itu akan didakwa.. 
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 24, 2017 at 20:35
by   MatMin
Akhirnya polis dah tangkap, dan dia telah dituduh di mahkamah tapi tak mengaku salah. Bulan 4 ni akan dibicarakan. Dibebaskan atas ikat jamin 40k. Dalam masa yg sama, saya dah dapat judgment in default dari mahkamah dan 2 minggu lagi hakim nak jumpa untuk buat taksiran gantirugi. 
1 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.