Advertisement

Waran tangkap dan sita dari Courts Mammoth

1322 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Jan 26, 2017 at 16:54
by   hafizal79
edited on Feb 2, 2017 at 08:11
 
Sejak ekonomi oil dan gas merosot pada 2016, saya telah diberhentikan kerja dan terpaksa makan gaji dari kerja kontrak sahaja. Sejak itu juga saya tidak dapat membuat sebarang pembayaran kepada Courts Mammorth. Segala ugutan dari pihak debt collector telah saya terima, tapi saya buat tak tahu sahaja, sehingga pada minggu lepas datang seorang lelaki ke rumah saya ketika saya tiada dan mengaku sebagai perunding dari Courts Mammoth. Dia telah menyatakan bahawa waran tangkap untuk saya telah dikeluarkan tapi dengan baiknya dia mengaku juga tidak akan menghantarkan lagi waran tangkap tersebut jika saya membuat pembayaran melalui akaun PA nya... dan PA nya akan membuat pembayaran tersebut dan menghantar gambar resitnya melalui Whatsap sebagai bukti.

Soalan saya: Boleh kah saya percaya pada kaedah pembayaran tersebut? Untuk info hutang saya telah tertunggak selama setahun berjumlah RM3700.. dan pembayaran yang diminta untuk menuelesaikan kes tersebut ialah sebanyak RM600.

Harap tuan-tuan dan puan-puan dapat memberi pandangan... terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
1 Answers

answered on Jan 26, 2017 at 19:43
by   mike
dan dia telah menyatakan bahawa waran tangkap untuk saya telah dikeluarkan..
Ada tak dia serahkan waran tangkap kepada kamu?
Paling kurang pun salinan nya. Post kan di sini.

boleh kah saya percaya pada kaedah pembayaran tersebut..
Tidak boleh.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.