Advertisement

Notis Kebankrapan

865 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Jan 20, 2017 at 18:59
by   Lonewolf
Kronologi 

Saya berhenti kerja Maybank mid year 2015 atas nasihat suami untuk menjaga anak yang baru lahir. Saya beritahu dia saya ada komitmen yang perlu ditanggung. Dia kata nanti dia akan ikhtiarkan 

Jan 2016 - saya terima notis writ summon di kl. Tapi saya tak dapat hadir kerana nenek saya meninggal pada tarikh tersebut. Saya terus membayar tunggakan sedikit demi sedikit sehingga bulan 6. Saya tak mampu bayar kerana sudah bersalin anak kedua Dan tidak bekerja. Ketika ini saya tidak sebumbung dengan suami 

Oct 2016 - kerana 4 bulan tidak bayar saya terima Notis Kebankrapan. 31 Jan 2017 saya perlu ke mahkamah tinggi untuk pengurusan kes di hadapan pkp. 

Pada harini saya pergi ke Bank Negara untuk kaunseling AKPK tapi AKPK kata ccris saya status Kebankrapan. Adakah saya officially bankrupt? Atau pada 31 Jan ini saya bole kemukakan rayuan lagi memandangkan saya baru sahaja 2 bulan lebih bekerja semula selepas melahirkan anak kedua. Dan saya sudah bercerai dengan suami.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
16 Answers