Advertisement

saya dianiaya oleh rakan kongsi mengambil deposit

307 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Dec 5, 2016 at 15:17
by   Shaq123
edited on Dec 5, 2016 at 15:20
by   Shaq123
salam. ceritanya begini. saya adalah web developer, tugas sy adalah hal2 berkaitan website dan sistem.
saya kurang kenalan, jadi untuk mendapatkan projek adalah amat2 susah.
saya ada seorang kawan yang mempunyai ramai kenalan dan contact2 yang bagus sebagai investor.
saya anggap dia sebagai orang yang boleh membawa projek untuk company saya enterprise yang baru saya tubuhkan. company ini hanya ada nama saya seorang.

pada bulan 12 tahun 2015, kawan saya berjumpa sepasang suami isteri yang berminat untuk invest di projek filem dia.(kawan saya ada kenalan orang2 filem) projek ini tiada kene mengena dengan sy kerana bisnes sy adalah web development, dan pasangan ini telah memberikan deposit sebnyak 100k kepada kawan saya ini. kawan saya meminta menggunakan akaun company saya untuk menerima duit, dengan alasan nama dia bankrupt dan pada waktu itu dia menggunakan akaun isterinya. untuk menerima duit dari pasangan ini menggunakan akaun isteri nampak tidak profesional, jadi dia meminta saya untuk menggunakan akaun saya. saya kata setuju, asalkan ada perjanjian bahawa dia adalah orang yang menerima duit itu. sy ada lihat perjanjian itu, sign received by "rakan saya", dan nobor bank sy serta akaun company sy dicatatkan sebagai akaun penerima.

setelah 100k masuk ke akaun saya, duit itu serta merta sy transfer pada akaun isteri dia.

apa yang saya tidak tahu, dia membuat perjanjian untuk membayar profit sebanyak 50% dari 100k ini. dan sekarang saya dapat tahu rupanya dia tidak menggunakan 100k itu untuk invest dalam filem, syarikat filem itu pun tidak tahu menahu nama company mereka digunakan dalam perjanjian itu.

selang sebulan lepas itu, pasangan pertama ini telah memperkenalkan rakan saya dengan pasangan baru yang berminat untuk invest dalam satu projek IT dan sistem development.

pasangan yang kedua ini telah bersetuju untuk invest dan telah deposit 200k kedalam akaun company sy. tiada perjanjian bertulis dan apa2 document di tandatangan keatas deposit ini kerana pasangan kedua percaya 100% kepada pasangan pertama, pasangan pertama telah mengatakan yang rakan saya ini boleh dipercayai.

apabila duit telah masuk, serta merta rakan sy ini memberitahu dia memerlukan 150k untuk membayar pasangan pertama. dia mengatakan ada investor baru yang akan invest dan berminat untuk join venture project ini, dan setelah investor baru meletakkan deposit, barulah projek dapat dimulakan. saya sedikit terkejut. dan memandangkan saya tiada apa projek pada waktu itu, saya transfer 150k pada akaun isteri dia.

setelah beberapa bulan, tiada investor baru, pasangan kedua telah bertanya kenapa tiada apa2 progress. untuk pengetahuan semua, saya sendiri pun tidak pernah berjumpa dengan pasangan pertama mahupun pasangan kedua. jadi saya tidak tahu 100% apa yang mereka telah bincangkan sesama sendiri.

baru2 ini ada orang call sy ajak berjumpa, rupa2nya dia adalah pasangan kedua tadi. bertanyakan siapa saya. mengapa company ini ada nama saya. sy beritahu saya adalah empunya company ini dan ini bank akaun saya. saya jelaskan perkara sebenar yang company tiada duit untuk menyiapkan projek kerana rakan saya telah menggunakan duit mereka untuk membayar pasangan pertama.

pasangan kedua ini menggugut saya kerana bersubahat dan ingin membawa kes ini ke mahkamah. tapi saya telah tunjukkan bukti yang duit mereka semua telah ditransfer ke akaun isteri rakan saya.
saya katakan duit ini telah digunakan oleh rakan saya untuk membayar pasangan pertama.

saya berasa sangat bodoh kerana membenarkan akaun saya digunakan untuk menerima deposit.

soalan saya:

1.pasangan kedua tidak membuat apa2 perjanjian bertulis dengan rakan sy untuk tujuan apakah duit 200k itu dimasukkan kedalam akaun company sy. adakah pasangan kedua boleh membawa kes ini ke mahkamah?

2.saya mempunyai bukti yang duit pasangan kedua hanya berada sekejap sahaja di akaun sy, akaun sy digunakan sebagai orang tengah untuk rakan sy menerima duit ke akaun isterinya. adakah bukti ini mencukupi untuk mempertahankan diri sy.

3.semasa pasangan pertama deposit duit ke akaun sy, mereka membuat perjanjian bertulis mengatakan duit diterima oleh rakan sy, dan bank company sy sebagai bank penerima, bolehkan ini dijadikan bukti bahawa rakan saya sememangnya menggunakan nama company sy untuk menerima deposit dan transit duit dari sesiapa sahaja yang dia kenal.

4.apakah situasi saya sekarang ini, apa yang patut sy lakukan. saya betul2 sedang buntu. saya teraniaya dan pasangan kedua menyalahkan sy kerana bersubahat.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
4 Answers

answered on Dec 6, 2016 at 01:01
by   kiki
4.apakah situasi saya sekarang ini, apa yang patut sy lakukan. saya betul2 sedang buntu. saya teraniaya dan pasangan kedua menyalahkan sy kerana bersubahat.
Bual laporan polis anda teraniaya dan di telah pergunakan untuk skim penipuan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 6, 2016 at 03:14
by   jebat
Dimana baki RM50,000 lagi?
..........................................
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 6, 2016 at 05:44
by   Ashim
50K??

Red skirts war chest fun?
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 6, 2016 at 19:23
by   Shaq123
baki 50k telah digunakan untuk deposit memulakan projek, dan sekarang semua contractor meminta bayaran yang sepatutnya dijelaskan setelah projek disiapkan beberapa %.

sy ada resit2 dan bukti2 pembayaran untuk 50k ini.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.