Advertisement

Hutang Pinjaman Kredit Singer: Terima SMS untuk menjelaskan tunggakan

7799 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Dec 3, 2016 at 16:04
by  
edited on Dec 22, 2016 at 08:02
 
Salam Tuan/Puan/Cik xxxxxx, sila jelaskan bayaran pinjaman Kredit Singer (dibiayai oleh Singer (M) Sdn Bhd) berjumlah RM28XX.00, sebelum 06 Dec 16 untuk mengelakan tindakan undang-undang oleh pihak SINGER (M) SDN BHD. Sila fax bukti pembayaran ke 03-2145410X / WhatsApp to 010-861091X. Sila hubungi Pn. Asinax @ 03-2146700X ext 58X untuk kemaskini bayaran atau rundingan. Sila abaikan jika tidak berkenaan. Terima kasih
Saya menerima message seperti yang diatas. Memang saya ada berhutang dengan Singer tapi disebabkan masalah kewangan hutang saya telah tertunggak melebihi 6 bulan dan saya mula menerima call supaya menjelaskan hutang saya secara lump sum tetapi saya tidak mampu menjelaskan nya tetapi saya sudah mula membuat pembayaran bulanan tapi masih menerima message seperti yang diatas. Mohon pencerahan adakah ini dari pihak pengutip hutang ataupun dari pihak Singer sendiri. 
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
10 Answers

answered on Dec 3, 2016 at 16:28
by  
edited Dec 22, 2016 at 08:16
 
Mohon pencerahan adakah ini dari pihak pengutip hutang ataupun dari pihak Singer sendiri.
Singer tak guna WhatsApp. Jangan buat apa-apa balasan. Biar... mereka ini pengutip hutang. Bar nombor talipon ini. Deal direct dengan Singer.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 2, 2018 at 13:42
by  
edited Jan 10, 2018 at 08:01
 
Baru ni saya dapat call dari polis katanya nak sita rumah saya sebab arwah ayah saya ada hutang dengan Singer sebuah fridge dan hutang tu hanya RM1,000 sahaja. Soalan saya:

1. Bolehkan mereka sita rumah sedangkan hutang hanya RM,000 sahaja?
2. Bolehkah mereka sita rumah yang bukan nama pemiutang?
3. Mereka kata mereka dapat alamat rumah dari BR1M, boleh kah?
4. Tapi yang buat saya tertanya-tanya, dalam BR1M details ibu saya sekarang tak letak nombo rumah so macammana boleh dapat nombor rumah ibu saya?
5. Mereka suruh kami transfer ke account sahaja untuk bayar hutang itu, saya nak tanya apa patut saya buat?

Terima kasih semua... Saya harap sangat dapat jalan penyelesaian maklumlah sekarang ini macam-macam scam.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 2, 2018 at 13:57
by  
edited Apr 28, 2018 at 17:19
 
1. Bolehkan mereka sita rumah sedangkan hutang hanya RM,000 sahaja?
Boleh sita fridge sahaja. Yang kata-kata orang putih = repossess under Hire Purchase.

Nak sita rumah macam mana ini kah?



Semua atas temberang..!!

2. Bolehkah mereka sita rumah yang bukan nama pemiutang?
Boleh... fridge ni sahaja yang di hantar ke tempat tu.

3. Mereka kata mereka dapat alamat rumah dari BR1M, boleh kah?
Ada hantu-hantu dari kerajaan kah?
Guna wanng dari BR1M bayar mereka ma... ada wang

5. Mereka suruh kami transfer ke account sahaja untuk bayar hutang itu, saya nak tanya apa patut saya buat?
Jangan bayar satu sen pun. Hanya taktik bill collector bukan Scam.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 6, 2018 at 05:15
by  
edited Jan 10, 2018 at 07:56
 
Saya nak bertanya kalau ada hutang Singer tapi motor hilang, apa perlu buat dan apa tindakan Singer? Mohon Pencerahan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 29, 2018 at 14:22
by  
edited Jul 9, 2018 at 00:21
 
Sebenarnya saya tertunggak pembayaran sebanyak RM4,220.00.. disebabkan suami saya telah ditimpa kemalangan dan saya seorang sahaja yang menguruskan perbelanjaan rumah disebabakan tidak mampu untuk membuat bayaran.. tetapi baru- baru ini saya telah mendapat panggilan daripada katanya dia adalah lawyer yang diarahkan oleh pihak Singer untuk memgutip hutang tersebut.. tetapi saya tidak mampu sebab jumlah yang banyak.. saya dengan jujurnya memberitahu pihak tersebut tetapi dia memaksa saya membayar sebanyak RM14,000 pada 28 Jun 2018 dan selebihnya pada 05 Julai 2018.. saya berharap bahawa pihak Singer dapat membantu untuk saya membayar balik sebanyak RM200 sebulan ke dalam account supaya tindakan mahkamah tidak di ambil.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 28, 2018 at 13:22
by  
edited Oct 16, 2018 at 04:23
 
Ayah saya tidak pernah membeli apa-apa barang dari Singer, tapi hari ini dia dapat surat guaman mengatakan mempunyai tunggakan. Tetapi dinyatakan tidak boleh bayar di Singer mahupun agen. Betul kah? 
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 19, 2019 at 18:03
by  
edited Mar 25, 2019 at 23:26
 
Saya sejak akhir-akhir ini diganggu oleh pnggilan dari orang-orang Singer katanya la...

Sampai hari-hari diganggu macam itu. Nak kerja pun tak tenang. Last diorang suruh saya settlekan hutang mesti bayar RM16,000 dalam tempoh 3 hari. Saya kerja sales assistant saja, mana mampu nak bayar semua itu...

Lepas itu dia cakap bayar separuh dalam RM8,000 dalam tarikh yang ditetapkan ke akaun yang dia bagi. Dia cakap kalau saya tak bayar, dia akan hantar surat saman dan report polis nak tangkap dengan alasan yang saya bawa lari motor... Kusut kepala otak saya. Mana nak dapat duit sebanyak tu..

Puncanya adik saya beli motor guna nama saya tak bayar then dia senyap tak bagi tahu, lepas itu satu surat apa pun saya tak dapat... Tiba-tiba orang nak kutip hutang saja.. Kalau dia bagi saya bulan-bulan sambung bayar macam biasa mungkin saya gagah lagi nak cari duit tanggung hutan yang adik saya buat itu.

Saya rasa tak senang sekarang. Ada tak cara macam mana nak atasi masalah macam saya ini?

Saya bukan orang senang... Saya kerja pun cukup-cukup makan dan saya pun ada masalah saya sendiri yang nak kena tanggung dan hadapi.

Tak boleh kah settle bayar bulan-bulan macam biasa kat Singer?

Ada siapa-siapa yang boleh bagi pencerahan? Saya dah buntu ini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 19, 2019 at 20:14
by  
Salam Sejahtera

Samada Singer, AEON atau Kot Mamot kebanyakannya menggunakan Agen Kutip Hutang yang sama menggunakan Temberang Temberang yang biasa seperti nak beku akaun, sita barang rumah siap nak keluar waran tangkap lagi.

Baca pautan pautan disini untuk panduan:

Baca disini untuk mengetahui apa Agen Kutip Hutang boleh dan tak boleh buat:

https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/544702999021234/?type=3&theater

Sila baca disini tentang bab TEMBERANG sita menyita dan cara menangani Agen Kutip Hutang

https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/534912356666965
https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/11/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

Ini pula TEMBERANG paling top Agen Kutip Hutang:

https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/564105717080962/?type=3&theater
1 found this helpful
Helpful

answered on Apr 2, 2019 at 11:20
by  
Assalamualaikum ayah saya ada beli radio melalui singer duit dibayar melalui pengutip hutang ataupon agen setelah dan dah selesai bayar tapi dalam tahun 2016 rasanya ayah mendapat panggilan dari singer mengatakan ayah ada tunggakan sebanyak rm6000 dan pagi sekali lagi panggilan dibuat oleh guaman yang mengatakan ayah mesti membayar duit sebanyak rm1000  dahulu selepas itu boleh bayar ansuran rm100 bulan-bulan jika tidak dibayar polis akan mencari ayah apa yang patut saya buat
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 2, 2019 at 11:30
by  
.... jika tidak dibayar polis akan mencari ayah apa yang patut saya buat

Letak talipon.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.