Advertisement

Hutang: Kereta diguna oleh guarantor tapi guarantor dilepaskan. Macam mana peminjam boleh libatkan guarantor?

901 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Nov 11, 2016 at 01:26
by   NOR YAYA
edited on Dec 21, 2016 at 03:00
 
Saya telah menerima surat Petisyen Pemiutang dari MBB. Saya telah menghadirkan diri pada perbicaraan tersebut pada awal November 2016. Pihak mahkamah meminta saya berbincang semula dengan pihak bank untuk menyelesaikan tunggakan sebelum saya diistihar bankrap.

Saya diberi masa sehingga bulan Januari depan untuk berbincang dengan pihak bank.

Kes saya mengenai tunggakan bayaran kereta yang masih tertunggak sejak Julai 2015 sehingga sekarang.

Kereta diguna pakai oleh guarantor dan bayaran bulanan ditolak dari akaun bank saya.
Bila bank suruh serahkan kereta kembali, kerana gagal membuat bayaran, guarantor menafikan kereta ada padanya. Saya telah membuat laporan polis mengenai hal ini. Guarantor berjanji mahu tukar nama tapi sampai sekarang senyap. Saya tidak dapat menghubungi guarantor sekarang dan tidak tahu dimana kereta tersebut.

Bila saya tanya pada mahkamah adakah guarantor turut terlibat? Mahkamah menjawab tidak. Sebab bank mahukan wang nya semula dari peminjam.

Apa perlu saya buat? Apa tindakan yang perlu saya ambil? Macam mana saya nak libatkan guarantor sekali? Perlu kah saya berbincang dengan pihak bank?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
13 Answers