Advertisement

Penganiayaan Sewa Kereta. Help me !

310 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Nov 10, 2016 at 19:17
by   Azizi
Hello. Saya ingin meminta nasihat dan cadangan. Kes saya berbunyi begini. Saya telah menyewa kereta di sebuah syarikat kereta sewa. Tetapi pada ketika saya memandu, saya telah ditahan Jabatan pengangkutan jalan dan disaman atas kesalahan kereta klon. Pegawai tersebut memberitahu kereta sewa yang saya pandu tersebut adalah salah disisi undang undang dan saman telah dikenakan ke atas nama saya sebagai pemandu. Saya dikehendaki hadir ke mahkamah untuk membayar denda yang berjumlah RM50 000 maksimum. Tetapi malangnya pihak syarikat kereta sewa tidak mahu bertaanggungjawab atas saman saya ini. Mereka menyatakan mereka ada surat perjanjian hitam putih antara saya dan pihak syarikat. Sekarang saya telah dianiaya oleh pihak syarikat kereta sewa tersebut kerana memberikan kereta sewa yang salah di sisi undang-undang (kereta klon). Saya langsung tidak bersalah atas saman yamg bukan dilakukan oleh saya sendiri. Sejujurnya, saya tidak tahu langsung status sebenar kereta tersebut. Adakah saman sivil boleh dilakukan terhadap syarikat tersebut walaupun mereka mempunyai surat perjanjian yang ditandatangani oleh saya ? Saya ingin menuntut keadilan dan ganti rugi yang dikenakan ke atas saya. Saya hanya mempunyai bukti perbualan whatsapp dan salinan poster syarikat ini yang terdapat di facebook sahaja sekarang. Adakah bukti ini mencukupi ? Saya dalam perancangan untuk mendapatkan pengesahan pemilik no. telefon dari pihak telco untuk menguatkan bukti saya. Sila bantu saya. Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
5 Answers

answered on Nov 10, 2016 at 19:33
by   jebat
Adakah saman sivil boleh dilakukan terhadap syarikat tersebut walaupun mereka mempunyai surat perjanjian yang ditandatangani oleh saya ?
Boleh, tapi jika syarikat tidak ada pejabat, susah nak kutip award walaupun menang di Mahkamah.
Itulah, kamu sepatutnya sewa kereta dari syarikat yang bertauliah, bukan dari syarikat di Facebook.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 10, 2016 at 19:47
by   Azizi
Tetapi bolehkah saya memfailkan saman ke atas individu (tuan punya syarikat) yang operate syarikat tersebut ? Saya mempunyai bukti yang menunjukkan individu tersebut adalah tuan punya syarikat.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 12, 2016 at 18:57
by   jebat
Adakah syarikat tersebut sejenis syarikat Sendirian Berhad ( sdn bhd ) ?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 24, 2016 at 23:55
by   Azizi
Yaaa. Syarikat sendirian berhad.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 25, 2016 at 14:46
by   jebat
Bagi syarikat jenis Sdn Bhd, tuan punya syarikat ( pemegang saham ) adalah terasing daripada syarikat itu sendiri.
Ini bermakna kamu tidak boleh menyaman tuan punya syarikat.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.