Advertisement

Hutang yg lama sebagai penjamin muncul semula

1409 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Oct 31, 2016 at 23:04
by   jojo_70
As salam and good day to all
Saya baru sahaja mendaftarkan diri di portal ini semalam...
Masaalah...
1. Semalam received sms untuk menjelaskan hutang yg berusia lebih kurang 16 tahun...
2. Saya sebagai penjamin ketiga...total penjamin tiga orang. Salah seorang isteri sipeminjam.
3. Jumlah hutang tertunggak sebelum ini lebih kurang 30k.
4. Saya tidak pernah disaman sehingga kini. Biasanya jika disaman kemahkamah polis akan datang kerumah walaupun bertukar alamat.
5. Tak pasti samada sipeminjam sudah disaman atau belum dan saya sudah hilang contact.
6. Berusia muda semasa menjadi penjamin yg tidak mengerti akan risikonya.
7. Setakat ini saya belum lagi merujuk pihak bank untuk status terkini

Soalan...
7. Adakah saya perlu menejelaskannya dan sudah tertakluk kepada limitation act.
8. Adakah amount tertunggak boleh dibahagi 3 bagi setiap penjamin jika saya ingin selesaikannya.
9. Adakah kemungkinan saya secara tiba2 boleh menerima surat bankrupcy.
10. Perkara ini amat mengganggu emosi

Saya berharap tuan puan budiman yang pakar dibidang ini disini dapat membantu saya untuk penjelasan yg lebih lanjut mengenai persoalan di atas.

Kerjasama amat dihargai
Wassalam
Rgds
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
11 Answers
 1   2   Next »  Last »

answered on Oct 31, 2016 at 23:07
by   jojo_70
Sebagai penambahan hutang ni adalam pinjaman peribadi dari bank rakyat
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 31, 2016 at 23:08
by   jojo_70
Dan status ctos adalah baik dan tidak disenarai hitamkan lagi
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 1, 2016 at 00:17
by   kiki
1. Semalam received sms untuk menjelaskan hutang yg berusia lebih kurang 16 tahun... 
Sms itu pasti lah dari Agensi Pengutip hutang.

2. Saya sebagai penjamin ketiga..
Tak kira yang ke berapa, yang terakhir pun tetap seorang penjamin.

3. Jumlah hutang tertunggak sebelum ini lebih kurang 30k.
Pastil lah, di campur kadar faedah, jumlah nya sekarang sudah melebihi 30k 

4.1 Saya tidak pernah disaman sehingga kini
Bagaimana kamu boleh pasti?

4.2 Biasanya jika disaman kemahkamah polis akan datang kerumah walaupun bertukar alamat. $
Bukan biasa. Surat saman sivil yang di hantar, mana ada polis ikut serta datang ke rumah. Polis ada banyak lagi kerja lain. 

5. Tak pasti samada sipeminjam sudah disaman atau belum dan saya sudah hilang contact. 
Pasti belum di bayar. Kalau peminjam tidak bayar tanggung jawab jatuh kepada penjamin.

6. Berusia muda semasa menjadi penjamin yg tidak mengerti akan risikonya. 
Sudah tua ke? Umur sekarang berapa ?

7.1. Setakat ini saya belum lagi merujuk pihak bank untuk status terkini 
Ok, jangan buat pembayaran walaupun rm10 atau buat apa pengakuan pada bank atau si pengutip hutang.  Sementara itu baik lah  cari si peminjam asal dan tanya status nya.

7.2 . Adakah saya perlu menejelaskannya dan sudah tertakluk kepada limitation act. 
Akta Had Masa ( Limitation Act)  hanya boleh berkuatkuasa sekira nya hutamg  melebihi 6 tahun dan tidak pernah di saman.
Dalam kes kamu mungkin si peminjam ada membuat pembayaran yang akan mematikan Had Masa 6 tahun itu. 

8. Adakah amount tertunggak boleh dibahagi 3 bagi setiap penjamin jika saya ingin selesaikannya. 
Kamu kena berpakat di antara kamu lah. Mahkamah tidak akan berbuat demikian.

9. Adakah kemungkinan saya secara tiba2 boleh menerima surat bankrupcy. 
Bankrapsi tidak akan berlaku secara tiba tiba .  Tetapi sekiranya ada  surat saman yang sampai dan kamu tidak memperdulikan nya, ia berkemungkinan boleh berlaku.

10. Perkara ini amat mengganggu emosi
Ya . memang sangat  menganggu emosi, tapi jangan bimbang. Kamu belum bankrap. 
Kamu buat siasatan, sekira semua penjamin termasuk peminjam asal tidak membuat apa bayaran melebihi 6 tahun dan mereka semua tidak juga menerima saman mahkamah maka hutang itu sudah lupus, di halang oleh Akta Had Masa.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 1, 2016 at 01:51
by   jojo_70
Terima kasih kiki ke atas penjelasan yg cukup jelas...
Si peminjam sekarang sukar dijejaki...
Terputus hubungan sejak 8 tahun lepas...
Pertanyaan
1. Perlukah saya menghubungi bank untuk status terkini bayaran terakhir dan juga status samada saman sudah dikeluarkan atau belum kerana sipeminjam sukar dijejaki begitu juga penjamin yg lain.
2. Adakah ada cara lain atau rujukan lain selain merujuk peminjam atau bank untuk mengetahui samada saya telah disaman atau belum kerana status ctos saya masih tidak disenaraihitamkan...berdasarkan pengalaman lepas saya sebagai penjamin kpd bank islam saya telah disaman dan hadir hadir mahkamah dan disenaraihitamkan untuk buat pinjaman dan setelah perkara selesai pada tahun 2014 nama saya diputihkan semula...
3. Perlukan saya melantik peguam untuk mendapatkan status terkini jika perkara (1) tidak harus dilakukan dan ini diluar kemampuan...

Minta penjelasan yg lanjut mengenai perkara di atas..
Terimakasih 
Rgds
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 1, 2016 at 04:23
by   jojo_70
Baru lepas buat semakan file lama yg dah berabuk...
1. Pinjaman dimeterai pd tahun 1997...
2. Tahun 2001: menerima satu (1) notis tuntutan dari bank rakyat dan dua (2) notis tuntutan dari wakil (peguam) bank rakyat di alamat tempat tinggal lama (parent) dan tiada saman hadir ke mahkamah...
3. Tahun 2007: menerima notis tuntutan dari bank rakyat di alamat lama (parent) dan alamat tetap rumah sendiri...
4. Tahun 2007 onward tiada sebarang notis tuntutan atau saman sehingga kini....

Pertanyaan...
1. Jika peminjam ada membuat sebarang bayaran in between 2007 till now...adakah bayaran terakhirnya (tak tahu bila) dikira permulaan limitation act of 6 years...
2. Jika tiada sebarang bayaran dan tanpa notis saman selepas 2007 adakah bermakna saya telah melepasi limitation of act kerana alamat lama dan baru sudah diketahui oleh bank dan tiada sebarang notis diterima...

Minta penjelasan seterusnya...
Kerjasama dan perihatin kiki...tuan puan...abang kakak adik amatlah saya hargai...
May god blessed all your activities today...tomorrow and onward...
Terimakasih
Rgds
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 1, 2016 at 05:08
by   kiki
2. Adakah ada cara lain atau rujukan lain selain merujuk peminjam atau bank untuk mengetahui samada saya telah disaman atau belum kerana status ctos saya masih tidak disenaraihitamkan...

Status diri kamu jelas - ok. Kamu lebih mengetahui nya. 

Sekiranya kamu mempunyai dokumen lama sebagai penjamin personal loan itu, pasti ada tercatit nama dan nombor KP si peminjam dan si penjamin yang lain. Mungkin boleh gunakan nombor KP ini untuk semak status perjalanan mereka secara online dengan Jabatan Imigresen atau pun semak status di CTOS.

3. Perlukan saya melantik peguam untuk mendapatkan status terkini 
Tidak perlu. Banyak duit kamu ya , check status dengan bank pun nak lantik peguam.

jika perkara (1) tidak harus dilakukan dan ini diluar kemampuan... 
Perkara (1)  hanya last resort. Bukan apa, apabila kita contact  di khuatiri mereka dapat 'modal' untuk failkan saman.

Kadang kadang hutang itu sudah lapuk sebenarnya. Namun selagi tak ada full settlement ia akan berterusan ujud dalam sistem. Dan list nama penghutang ini akan terus di serah pada satu agensi pengutip hutang kepada agensi pengutip yang lain untuk cuba mendapatkan nya namun ia  boleh di ketepikan jika pun mereka memfailkan saman di mahkamah.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 1, 2016 at 05:26
by   kiki
1. Jika peminjam ada membuat sebarang bayaran in between 2007 till now...adakah bayaran terakhirnya (tak tahu bila) dikira permulaan limitation act of 6 years... 
Ya.

2. Jika tiada sebarang bayaran dan tanpa notis saman selepas 2007 adakah bermakna saya telah melepasi limitation of act kerana alamat lama dan baru sudah diketahui oleh bank dan tiada sebarang notis diterima... 

Tidak semesti nya. Kamu kena semak dulu apakah status nya ketika ..
'' Tahun 2007: menerima notis tuntutan dari bank rakyat di alamat lama (parent) dan alamat tetap rumah sendiri...''

Jika ada surat saman yang ada nombor kes mahkamah. Boleh semak status di mahkamah dengan menggunakan nombor kes tersebut itu.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 1, 2016 at 06:34
by   jojo_70
Terimakasih banyak2 kiki for your kind explanation and tak jemu2 memberi pandangan dan tunjuk ajar...banyak release my worried...
Saya cuba ikhtiarkan apa yg dicadangkan to catch si peminjam for the latest status...

Status notis2 yg diterima pada 2001 dan 2007 hanya notis tuntutan untuk jelaskan tunggakan hutang dan tidak ada satupun tuntutan kes saman untuk hadir mahkamah (tiada rujukan kes mahkamah setakat ini) serta berharap ia hutang yg lapuk...

Terimakasih banyak2 sekali lagi...
May God blessed us all the time and put kiki and family in good health dan dipermudahkan segala urusan...
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 1, 2016 at 16:33
by   jojo_70
Pertanyaan tambahan
1. Pernahkah berlaku kes dimana saman mahkamah hanya dikeluarkan kepada peminjam sahaja dan seterusnya bankrupcy (exclude) penjamin...(mungkin berlaku perbincangan antara peminjam dan bank yg peminjam cuba sedaya upaya tidak mahu menyusahkan penjamin)
1. Setelah perkara satu (1) tidak berjaya maka bank baru mengejar penjamin untuk tindakan tuntutan dan saman mahkamah seterusnya

Jika kiki tuan puan abang kakak dan adik pernah mengalami atau mengendali kes begini boleh beri pendapat ya...tak pasti pernah berlaku atau tidak.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 1, 2016 at 23:58
by   kiki
1a. Pernahkah berlaku kes dimana saman mahkamah hanya dikeluarkan kepada peminjam sahaja dan seterusnya bankrupcy (exclude) penjamin...
Perlu rasa nya  kamu mengetahui bahawa betapa ramai nya penjamin yang telah di bankrapkan.

1b. (mungkin berlaku perbincangan antara peminjam dan bank yg peminjam cuba sedaya upaya tidak mahu menyusahkan penjamin) 
Ini hanya fantasi kamu..supaya  berasa selamat.

1. Setelah perkara satu (1) tidak berjaya maka bank baru mengejar penjamin untuk tindakan tuntutan dan saman mahkamah seterusnya 
Bank kejar kedua dua sekali, biasa nya menangkap penjamin adalah lebih mudah..
0 found this helpful
Helpful


 1   2   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.