Advertisement

Bolehkah bank sita rumah yang bukan atas nama peminjam?

1438 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Oct 25, 2016 at 13:18
by   eleena
edited on Oct 29, 2016 at 06:01
 
Suami saya ada membuat loan peribadi di Bank Rakyat. Semasa membuat loan suami masih bekerja dalam government tetapi selepas 3 tahun, suami saya sakit dan tidak dapat bekerja. Dia mohon berhenti kerja dan bermula dari saat itulah segala pembayaran loan tersebut tidak dapat dijelaskan. Pihak bank dan mahkamah ada hantar surat dan notis untuk ke mahkamah tapi suami tidak hadirkan diri atas masalah kesihatan. Suami memang nak bayar tapi masa itu dia belum stabil dari segi kesihatan dan kewangan.

Sekarang ini suami telah kembali sihat dan mula bekerja sendiri. Tapi semalam saya dapat panggilan telefon dari bank mengatakan sudah keluar notis untuk sita dan lelong. Mereka akan datang ke alamat rumah yang suami gunakan semasa memohon pinjaman dulu. Masalahnya alamat rumah adalah rumah bapa mentua iaitu bapa saya dan nama rumah adalah atas nama bapa saya. Saya dan suami hanya menumpang dduk di situ. Sekarang hanya saya dan anak-anak duduk di rumah tersebut. Suami pula duduk di Johor Bahru (JB) bekerja di sana.

Boleh ke pihak bank atau mahkamah membuat proses sita dan lelong di rumah yang bukan atas nama peminjam? Hanya kerana alamat rumah itu digunakan suami semasa proses pinjaman dalam pihak bank atau mahkamah boleh meminta waran untuk masuk ke rumah dan membuat proses lelongan dan mengunci rumah tersebut?

Saya betul-betul buntu sekarang. Klu kena sita dan lelong mana kami anak-beranak nak tinggal? Rumah itu atas nama bapa saya bukan suami. Barang-barang dalam rumah tu semua atas nama bapa saya bukan nama suami?

Tolong bagi pencerahan.....
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
1 Answers

answered on Oct 25, 2016 at 15:19
by   rayna
edited Oct 29, 2016 at 06:03
 
Yang telefon kamu bukan mahkamah, itu pengutip hutang bank tak boleh sesuka hati sita rumah jangan takut.

Tentang pinjaman peribadi, sila pergi ke bank untuk berunding sebaik-baiknya disertakan dengan surat menyurat. Kemudian kalau perlu dapatkan khidmat nasihat Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) untuk elak sebarang proses undang-undang (sekiranya belum berjalan).

Bagi sokongan pada suami, bukan tekanan. Saya doakan puan akan terlepas dari masalah puan sekeluarga selepas ini dan rezeki jadi murah.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.