Advertisement

Hutang Skim Jualan Kredit dan Surat Tindakan Mahkamah

808 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Oct 15, 2016 at 11:35
by   LOVE LETTER
edited on Apr 19, 2018 at 16:41
 
Saya ada buat hutang dengan Parkson Credit sebab beli "tab phone" tapi sejak setahun ini saya hilang pekerjaan dan tidak ada duit yang mencukupi untuk bayar hutang phone saya

Sekarang phone saya sudah tertunggak selama 7 bulan. Selama 2 minggu ini saya selalu kena ganggu setiap hari mereka akan call hampir 3, 4 kli Sehari dari pihak Parkson dan juga debt collector.. dah macam ah long pula. Hutang tertunggak saya tak banyak pun sebenar nya dalam RM1050. Dia orang ada cakap suruh saya bayar RM500 dulu dalam masa 3 hari juga kena selesaikan. Saya kata kalau 3 hari saya tak ada duit tunggu sampai hujung bulan baru boleh settle, itu pun saya minta RM100..tapi macam tak ada budi bicara dari pihak mereka.

Nak dipendekkan cerita.. 3 hari semalam mereka buat last call sama ada boleh bayar atau tidak. Saya cakap tak boleh bayar. Tadi petang saya dapat call dari seseorang menyatakan nak hantar surat AR kepada saya tapi saya tak ada rumah so esok, Sabtu,  pukul 8 pagi dia nak datang hantar. "Saya just cakap okay saja".. tak tahu dah nak cakap apa lagi.

Sekarang saya nak minta orang yang berpengalaman..

Apa yang patut saya buat? Patut tak saya sign AR LETTER itu esok? Saya bukan tak nak bayar. Memang kemampuan saya sekarang ini terbatas sangat dan apa langkah seterusnya? Saya nak bayar bulanan dalam RM100 setiap bulan. Saya memang ada buat perbincangan dengan mereka. Saya pun tak tahu lah dengan siapa saya buat perbincangan sebenarnya sebab banyak sangat nombor yang dia orang pakai untuk call saya sama ada melalui phone pejabat dan mobile, tapi tak ada langsung budi bicara..

Saya tak ada hutang lain selain hutang phone ini sahaja. Ini pun sudah membebankan sangat dah untuk saya.

Mohon ada yang membantu bagi pandangan. Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
6 Answers

answered on Oct 15, 2016 at 17:27
by   jebat
Kenapa takut terima surat?
Surat tak gigit orang.

Terimalah surat dan salinkan kandungan disini untuk pencerahan.
Kamu tidak boleh dibankrapkan kerana jumlah hutang masih kecil.

Jika ada orang panggil lagi, beritahu dia u tunggu surat AR, dan tak mahu bayar sehingga terima surat tersebut.  Beritahu dia tempat dan masa u tunggu surat juga.
1 found this helpful
Helpful

answered on Oct 15, 2016 at 17:27
by   kiki
edited Apr 19, 2018 at 16:44
 
Sekarang saya nak minta orang yang berpengalaman.. Apa yang patut saya buat? Patut tak saya sign AR LETTER itu esok?

Sign dan terima saja AR LETTER itu. Nanti salinkan di sini supaya forumer boleh beri pendapat.
1 found this helpful
Helpful

answered on Oct 18, 2016 at 22:01
by   LOVE LETTER
edited Apr 19, 2018 at 16:58
 
Hari ini dah masuk 4 hari tunggu surat tapi tak muncul tiba pun surat.

Hari ini abang saya ada call nak berbincang kalau boleh buat bayaran ansuran tapi masih berkeras nak bayaran penuh dalam masa 24 jam

Abang cerita tadi, dia call pihak parkson mereka cakap kes saya dah masuk tribunal kes mahkamah.

Lepas itu, pihak Parkson ada bagi nombor suruh cakap dengan lawyer yang bernama Tengku Rohaizat. Tapi yang angkat itu bukan tengku tu, orang lain yang bernama Ismail kebetulan suara lelaki tu mirip sangat macam suara lelaki yang nak hantar surat kepada saya pada hari sabtu lepas dan saya memang pasti itu lelaki yang sama.

Sekarang saya nak buat pertanyaan. 

Memandangkan mereka kata kes saya dah masuk tribunal. Apa patut saya buat? Tapi saya tak tahu nak rujuk kes nombor macam mana memandangkan saya tak dapat surat pun menyatakan saya disaman. 
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 18, 2016 at 22:31
by   jebat
Memandangkan mereka kata kes saya dah masuk tribunal. Apa patut saya buat?
Mereka tipu saja.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 28, 2018 at 00:37
by   Yolk
edited Apr 19, 2018 at 16:59
 
Apakah kesudahan kes ni? Minta tuan punya post berkongsi dengan saya. Sebab saya hadapi masalah yang sama.
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 5, 2018 at 21:37
by   jebat
edited Apr 19, 2018 at 17:00
 
Kenapa takut kepada pembohongan dan penipuan?
Kamu bukan penjenayah.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.