Advertisement

Perlukan nasihat mengenai hutang dan bankrap

2199 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Sep 1, 2016 at 06:10
by   fikri
edited on Dec 11, 2017 at 09:40
 
Saya sebelum ini pernah kerja kerajaan dan sekarang kerja di bahagian swasta. Alasan saya bertukar ke swasta adalah disebabkan kekangan hutang masa saya bekerja di government.

Masa bekerja goverment, saya pernah buat personal loan sebanyak RM70,000 (tidak kira total pinjam and interest lagi) dan bayaran bulanan RM900. Masa itu, saya cuba untuk berniaga dengan kawan. Tapi, kene tipu dan duit kena buat lari.

Disebabkan gaji tidak seberapa, saya buat loan kedua RM60,000 dengan bayaran bulanan RM600 untuk tampung balik gaji (survive) yang kecil ini.

Selepas 2 tahun dengan keadaan yang tidak stabil, saya ambil keputusan untuk pindah pada swasta disebabkan kos sara hidup dan juga bayaran loan, total jumlah pinjaman mencapai RM1,500/bulan.

Walau pindah pada swasta, keadaan tidak seperti difikirkan, kerja lebih masa untuk kejar overtime (OT).

Sudah bekerja hampir 7 tahun, bayaran loan kadang-kadang, terpaksa saya skip disebabkan perbelanjaan tertentu. Sekarang, sudah 3 bulan saya tidak bayar pinjaman kerana komitment pada family, sewa rumah dan juga kereta.

Dah lama saya fikir sejak bekerja swasta lagi untuk isytihar bankrap, tetapi saya kuatkan semangat untuk terus buat bayaran pinjaman. Tapi akhir-akhir ini, saya dah tidak sanggup untuk fikir lagi.

Saya perlukan pendapat semua mengenai hal saya.
1. Adakah saya masih boleh teruskan kerja jika saya dibankrapkan?
2. Saya bekerja white collar, dan perlukan sijil saya untuk terus kerja dibahagian kesihatan.
3. Bagaimana saya nak isytihar bankrapsi jika ini adalah jalan terbaik bagi saya?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
5 Answers

answered on Sep 1, 2016 at 14:04
by   kiki
edited Dec 22, 2016 at 06:13
 
1. Adakah saya masih boleh teruskan kerja jika saya dibankrapkan?
Ya, masih  boleh teruskan kerja jika sudah bankrapsi.

2. Saya bekerja white collar, dan perlukan sijil saya untuk terus kerja dibahagian kesihatan
Tidak ada kaitan jika sebelum atau sesudah bankrapsi

3. Bagaimana saya nak isytihar bankrapsi jika ini adalah jalan terbaik bagi saya?
Jangan bayar loan itu lagi. Gunakan wang itu untuk kebajikan keluarga. Nanti Bank yang akan buat tindakan kebankrapan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 2, 2016 at 15:06
by   rashidee
@fikri

Jangan mengalah lagi. Cuba beberapa perkara di bawah:

1. Jumpa dengan pihak Bank. Selalunya kalau ade tertunggak atau akaun ade dah masuk dalam kategori "special attention". Anda cuba berbincang dengan bahagian "Consumer Recovery" atau kadang-kadang mereka panggil "Credit Recovery" bank tersebut. Bincang dengan mereka untuk "restructure" loan anda. Cuma ingat, peluang untuk bank bersetuju agak tipis tapi tak salah mencuba

2. Jumpa AKPK. Berdasarkan pengalaman saya, AKPK memang nak membantu. Cuma kita perlu beri kerjasama penuh. Saya pernah melalui pengalaman yang sama dan hampir diisytihar muflis tapi setelah berjumpa AKPK, alhamdulillah masalah dapat diselesaikan
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 2, 2016 at 15:45
by   penyibuk
https://www.lawyerment.com/answers/questions/11622/biarkan-istihar-bangkrup-atau-fight

Bacalah thread di atas.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 3, 2016 at 05:01
by   fikri
edited Dec 22, 2016 at 06:15
 
Terima kasih pada yang sudi tolong saya.

Kadang-kadang, selalu terfikir diri ini, dah banyak buat silap dan perlu buat keputusan yang betul kali ini.

Satu lagi soalan saya, jika saya ingin bekerja jikalau dah declare bankrupt, adakah saya patut bagi tahu pada majikan atau tidak perlu? Sebab gaji saya, masuk pada wife dan saya tiada SOCSO mahupun EPF.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 2, 2017 at 22:58
by   Jean
edited Dec 4, 2017 at 00:14
 
I have a special attention account while I print out the CCRIS from Bank Negara. The account is belong to Diners Club. And the SAA didn't show any amount. But I apply personal loan from RHB bank get rejected. After I called to Bank Negara they said need to call Diners Club settle the debt. But currently Diners Club has been closed down in Malaysia. Do I still need to settle the balance & how I want to settle the balance with Diners Club? Kindly please advise.
0 found this helpful
Helpful


Locked on Dec 11, 2017 at 09:40

This question is now closed for answers. If you have a similar question, please ask a new question.

Would you like to answer one of these unanswered questions instead?

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.