Advertisement

Terima Saman Malu: Adakah saya perlu bayar sekiranya didapati bersalah?

5087 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on Aug 30, 2016 at 04:56
by  
edited on Sep 19, 2016 at 08:26
 
Tahun lepas saya ada menghantar surat kepada ketua jabatan di sebuah agensi kerajaan kerana mengesyaki ada penyelewangan dilakukan oleh kakitangan yang bekerja di situ. Saya meminta supaya dapat dijalankan siasatan atas kes tersebut. Untuk pengetahuan, saya ada maklumkan nama beliau dalam surat tersebut.

Baru-baru ini saya menerima surat daripada peguam beliau supaya saya memohon maaf dan seterusnya menerima surat saman malu.

Persoalannya:
1. Adakah saya akan disabitkan kesalahan? Saya hanya menghantar aduan kepada ketua jabatan beliau sahaja tanpa menyebarkan kepada orang lain
2. Saya dimaklumkan siasatan dalaman jabatan mendapati dia tidak bersalah. Adakah dia berhak menyaman saya sekiranya dia tidak bersalah?
3. Beliau telah menyaman saya dengan nilai beratus ribu ringgit. Adakah saya perlu membayar nilai sebanyak itu sekiranya mahkamah mendapati saya bersalah?

Harap dapat pencerahan dari pihak tuan/puan.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
14 Answers
« Previous   1   2   Next »

answered on Jan 13, 2019 at 07:30
by  
Jika kita disaman malu..dan tidak mampu untuk membayar saman tersebut.. Adakah aset  akan dirampas.. Seperti rumah dan kereta? Dan jika bekerja sebagai penjawat awam.  Apakah saman tersebut boleh memberi kesan kepada kerjaya? 
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 20, 2019 at 14:14
by  
edited Apr 29, 2019 at 23:29
 
Adakah saya boleh membuat tuntutan saman malu terhadap penyebaran fitnah di Facebook dengan meletakkan nama jabatan dan wajah saya secara public? Adakah prosedur itu lama dan memerlukan saya turun naik mahkamah secara kerap? Mohon pencerahan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 3, 2019 at 12:43
by  
edited Jun 19, 2019 at 23:35
 
Saya ada petanyaan berkenaan kes cerai saya. Suami saya tuduh anak kami bukan kepunyaan beliau dan meminta mahkamah untuk membuat DNA. Saya pasti yang DNA akan menentukan beliau adalah bapa kandung anak saya. Saya bercadang untuk memfailkan kes saman terhadap beliau. Beliau juga buat laporan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya mengatakan anak bukan kepunyaan beliau. Boleh bagi pendapat tak bagaimana cara untuk berbuat demikian?
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 7, 2019 at 13:50
by  
Jika saman malu berjumlah ratusan ribu, tidak mampu di bayar, apakah tindakan berikutnya ?
Berapa lama sita barang rumah aktif? 
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   Next »

You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.