Advertisement

Terima Saman Malu: Adakah saya perlu bayar sekiranya didapati bersalah?

792 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Aug 30, 2016 at 04:56
by   ahmadz
edited on Sep 19, 2016 at 08:26
 
Tahun lepas saya ada menghantar surat kepada ketua jabatan di sebuah agensi kerajaan kerana mengesyaki ada penyelewangan dilakukan oleh kakitangan yang bekerja di situ. Saya meminta supaya dapat dijalankan siasatan atas kes tersebut. Untuk pengetahuan, saya ada maklumkan nama beliau dalam surat tersebut.

Baru-baru ini saya menerima surat daripada peguam beliau supaya saya memohon maaf dan seterusnya menerima surat saman malu.

Persoalannya:
1. Adakah saya akan disabitkan kesalahan? Saya hanya menghantar aduan kepada ketua jabatan beliau sahaja tanpa menyebarkan kepada orang lain
2. Saya dimaklumkan siasatan dalaman jabatan mendapati dia tidak bersalah. Adakah dia berhak menyaman saya sekiranya dia tidak bersalah?
3. Beliau telah menyaman saya dengan nilai beratus ribu ringgit. Adakah saya perlu membayar nilai sebanyak itu sekiranya mahkamah mendapati saya bersalah?

Harap dapat pencerahan dari pihak tuan/puan.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
5 Answers

answered on Aug 30, 2016 at 15:25
by   jebat
edited Sep 19, 2016 at 08:30
 
1. Adakah saya akan disabitkan kesalahan?
Jika fitnah itu benar, tidak ada kesalahan.  Jika fitnah itu tidak benar, salah.

Saya hanya menghantar aduan kepada ketua jabatan beliau sahaja tanpa menyebarkan kepada orang lain.
Ketua Jabatan tu dikira pihak ketiga, ini bermaksud kamu telah menyebarkan fitnah kepada pihak ketiga.

2. Saya dimaklumkan siasatan dalaman jabatan mendapati dia tidak bersalah. Adakah dia berhak menyaman saya sekiranya dia tidak bersalah?
Sesiapapun boleh menyaman sesiapa, soalannya adakah saman tersebut boleh menang?
Kemenangan bergantung kepada fakta-fakta kes dan apakah yang isu kandungan surat fitnah.
Walaupun siasatan mendapati dia tidak bersalah, saman masih boleh disekat jika kamu boleh membuktikan bahawa siasatan tidak sempurna dan fitnah itu benar.

3. Beliau telah menyaman saya dengan nilai beratus ribu ringgit.
Jika dia menang pun, tak semestinya Mahkamah award amaun yang diminta, biasanya kurang daripada amaun yang diminta. Semua ini bergantung kepada status dia dan fakta kes.

Adakah saya perlu membayar nilai sebanyak itu sekiranya mahkamah mendapati saya bersalah.
Jika dia menang dan kamu tidak bayar, kamu boleh dibankrapkan.

Kamu kena masukkan Notis Kehadiran dalam masa 14 hari dari tarikh menerima saman.
Kalau tidak, dia akan menang tanpa lawan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 30, 2016 at 16:54
by   ahmadz
Terima kasih tuan atas penjelasan.

Jadi apakah cara yang sesuai untuk membuat aduan sekiranya kita mengesyaki ada penyelewengan? Adakah di jabatan kerajaan tidak menggunakan "whistleblowing policy" untuk tidak mendedahkan identiti si pengadu?
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 30, 2016 at 17:41
by   kiki
3. Beliau telah menyaman saya dengan nilai beratus ribu ringgit. 
Apakah yang akan kamu lakukan terhadap saman ini.
Buat donno?
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 30, 2016 at 18:22
by   ahmadz
Kalau ikut penjelasan Jebat, kena lawan je la...
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 30, 2016 at 21:29
by   kiki
kena lawan je la...
Sudah fail kan Notis Kehadiran?
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.