Advertisement

Akaun bank (Kredit sahaja) masih aktif selepas disahkan bankrap oleh Jabatan Insolvensi Malaysia?

5851 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Jul 17, 2016 at 02:17
by   mrwat
edited on Aug 8, 2016 at 07:29
 
Nak info dan pandangan dari pihak tuan,

Perintah hukuman bankrap oleh mahkamah pada 24/05/2016 (hasil semakan di Malaysia Department of Insolvency MDI). Saya hanya sedar apabila semua akaun bank saya dibekukan pada 18/6/2016, Maybank (MBB) dan Bank Kerjasama Rakyat (BKR). Saya ada terima notice dari MBB yang memaklumkan status akaun saya kecuali dari BKR. Saya juga telah menemui Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) untuk sesi seterusnya.

Persoalan saya:

1) Selepas diistihar bankrap, segala aktiviti akaun bank (credit/debit) akan disekat?

2) Berapa lama sesebuah bank ambil tindakan untuk membekukan akaun selepas mendapat arahan dari mahkamah?

Bank Kerjasama Rakyat (BKR) adalah akaun gaji saya. BKR masih lagi menerima kredit gaji (Gaji bulan Jun) ke dalam akaun saya pada 18/6 dan saya sendiri telah menemui pegawai BKR tersebut bertanya mengenai isu ini pada hari yang sama dan jawapan beliau BKR terlepas pandang. Dan mereka beritahu wang tersebut akan diserahkan ke pihak Malaysia Department of Insolvency (MDI). Memang tak beraya ler.

Pada 1/7/2016 sekali lagi transaksi kredit (Advance Raya) ke akaun BKR. Tetiba boss baik hati tahun ini. Dan saya telah merujuk kepada pegawai di MDI mengenai isu tersebut dan apa yang saya faham semua transaksi sepatutnya tidak dibenarkan dan ia melanggar Akta Kebangkrapan 1967 dan boleh dikenakan tindakan. 

3) Adakah baki akaun sebelum tarikh hukuman, atau selepas akaun dibekukan akan diserahkan ke KPI? 

4) Sekiranya hanya baki akaun sebelum dibekukan diserahkan ke KPI, adakah saya berhak menuntut baki/kredit yang masuk selepas tarikh hukuman?

5) Adakah saya ada hak untuk ambil tindakan ke BKR?

Untuk makluman sekarang tengah tunggu kelulusan dari pihak MDI untuk mengaktifkan akaun BKR balik dan pembayaran ansuran secara Arahan Tetap.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
4 Answers

answered on Jul 17, 2016 at 04:02
by   kiki

1) Selepas diistihar bankrap, segala aktiviti akaun bank (credit/debit) akan disekat? 
Ya.

2) Berapa lama sesebuah bank ambil tindakan utk membekukan akaun selepas mendapat arahan dari mahkamah? 
Sehingga kamu di discaj dari kebankrapan oleh mahkamah. (anggaran 5 tahun)

3) Adakah baki akaun sebelum tarikh hukuman, atau selepas akaun dibekukan akan diserahkan ke KPI? 
 Ya.

4) Sekiranya hanya baki akaun sebelum dibekukan diserahkan ke KPI, Adakah saya berhak menuntut baki/cdt yang masuk selepas tarikh hukuman? 
Tidak. Baki itu telah di gunakan bagi membayar pihak pemiutang kamu.

5) Adakah saya ada hak utk ambil tindakan ke BKR? 
Kamu kena ketahui apakah tindakan mereka terhadap kamu yang menyalahi undang undang dahulu. Seorang bankrap tidak mempunyai banyak kelebihan.

untuk makluman sekarang tengah tggu kelulusan dari pihak MDI untuk mengaktifkan akaun BKR balik dan pembayaran ansuran secara Arahan Tetap.
Ya . Ini lah yang sebaik nya. Berbuat baik dan rayu pada MDI untuk beri kebenaran buka akaun bank dan sebaik nya akaun dimana gaji kamu biasa di kreditkan. Kamu boleh meneruskan pekerjaan dan melunaskan hutang secara ansuran selama lima tahun.

 
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 23, 2016 at 11:13
by   mrwat
edited Aug 8, 2016 at 07:36
 
4) Sekiranya hanya baki akaun sebelum dibekukan diserahkan ke KPI, Adakah saya berhak menuntut baki/kredit yang masuk selepas tarikh hukuman? 
Tidak. Baki itu telah di gunakan bagi membayar pihak pemiutang kamu.
Soalan : Menurut pegawai dari MDI, segala aktiviti kredit selepas akaun bankrap dibekukan, sepatutya tidak dibenarkan kerana menyalahi Akta Kebankrapan. Dan baki wang yang sedia ada (sebelum 18/6/2016) sahaja akan digunakan untuk membayar kepada pemiutang dan memulakan ansuran melalui SI dari akaun tersebut selepas ianya diaktifkan dengan kelulusan dari MDI. Potongan saya juga bermula pada  Ogos/2016 (setiap 10hb).

Untuk makluman kiki, dari 18/6/2016 sehingga 22/7/2016 (2 bulan gaji) akaun bankrap tersebut masih lagi menerima kredit. Sedangkan akaun-akaun bank yang lain tidak boleh seperti yang dimaklumkan oleh MDI. 

Pada 8/7/2016 akaun saya MBB telah diaktifkan untuk pembayaran gaji (baki dalam akaun masih ada). Akaun MBB tersebut diaktifkan kerana atas nasihat pegawai MDI kerana merupakan 'home branch' saya untuk memudahkan urusan kerana berkerja di luar kawasan.
Kemudian Bahagian gaji syarikat saya pula tidak membenarkan saya menukar akaun gaji ke bank lain. Cuma mereka mengatakan jika akaun tersebut tidak menerima gaji (Julai) yang di kreditkan, bank akan mengembalikan ke syarikat. Pembayaran melalui cheque akan dibenarkan untuk sementara waktu.

Saya juga telah memaklumkan pihak MDI dan mereka juga telah mengeluarkan arahan untuk menutup akaun MBB tersebut. Baki akaun juga dipulangkan oleh MBB kepada saya.

Saya juga masih lagi menunggu kelulusan dari MDI untuk mengaktifkan akaun gaji tersebut.

Saya menghubungi pihak BKR sekali lagi dan bertanyakan mengenai isu ini kali kedua dan jawapan yang diberikan tidak memuaskan hati saya dengan alasan pihak HQ mereka terlepas pandang. Mereka juga memaklumkan baki (2 bulan gaji) (RM10,000) akan diserahkan ke MDI.
 
Apa yang perlu saya buat? Adakah saya perlu rujuk ke Bank Negara mengenai isu BKR tersebut (Akta Kebankrapan)? 

Dua bulan tanpa Gaji... tunggakan kereta dan sewa rumah makin bertambah..
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 24, 2016 at 00:13
by   kiki
 Hq mereka terlepas pandang. Mereka juga memaklumkan baki (2 bulan gaji) (10k) akan diserahkan ke MDI. 
Ini hanya kesilapan kecil di pihak mereka dan tidak akan memberikan kesan besar kepada mereka. 

Paling penting dalam kesilapan itu mereka mengambil tanggung jawab untuk memulangkan wang itu kepada MDI.

Kesilapan nya, kamu juga  hanya tahu di bankrapkan hanya setelah akaun bank di bekukan. 

Apa yang perlu saya buat? Adakah saya perlu rujuk ke Bank Negara mengenai isu BKR tersebut (Akta Kebankrapan)?  
Apakah yang kamu harapkan dari merujuk pekara ini kepada Bank Negara? 
Dibebaskan dari kebankrapan?


tunggakan kereta dan sewa rumah makin bertambah..
Jika mengikut Akta Kebankrapan, bank yang menerima ansuran kereta kamu itu pun melakukan kesalahan besar. 
Bertindak lah jika ia memberi kelebihan kepada kamu.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 24, 2016 at 12:23
by   mrwat
edited Aug 8, 2016 at 07:37
 
Apa yang perlu saya buat? Adakah saya perlu rujuk ke Bank Negara mengenai isu BKR tersebut (Akta Kebankrapan)?
Apakah yang kamu harapkan dari merujuk pekara ini kepada Bank Negara?  
Dibebaskan dari kebankrapan? 

Tidak la sampai dibebaskan dari bankrap tetapi perlu adil bagi kedua dua pihak.

Jika mengikut Akta Kebankrapan, bank yang menerima ansuran kereta kamu itu pun melakukan kesalahan besar. Bertindak lah jika ia memberi kelebihan kepada kamu
Kereta tersebut adalah nama isteri. Hanya untuk perkongsian bersama.

Hari ini saya telah menemui seorang Pegawai MDI yang kebetulan kenalan kepada seorang kawan. Cuma bukan dari cawangan kes saya. Beliau memaklumkan bahawa baki akaun yang akan diserahkan kepada pihak MDI adalah baki (semasa akaun dibekukan). Manakala wang yang dimasukkan semasa akaun dibekukan dan perjanjian ansuran bayaran juga telah dipersetujui bersama, bankrap boleh membuat tuntutan semula ke pihak MDI.

Terima kasih kiki.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.