Advertisement

Saman JPJ Mahkamah

4871 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Jul 1, 2016 at 03:09
by   amirulamri91
Salam. Saya baru sahaja menerima surat saman yang di mana saya telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 23(1) dan 90(1) APJ 1987. Atas kes roadtax dan insurans sudah tamat tempoh 2 tahun. Dan kena dihadapkan ke mahkamah 3 bulan dari sekarang. Jadi, soalan saya. Apa yang saya patut buat? Berapa agaknya denda yang saya kena? 
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
1 Answers

answered on Jul 2, 2016 at 06:26
by   mike
Di bawah ini akta nya..

Kesalahan lain berkaitan dengan pendaftaran dan pelesenan kenderaan motor

23. (1) Jika mana-mana orang menggunakan sesuatu kenderaan motor semasa tiada berkuat kuasa berkenaan dengannya sesuatu lesen kenderaan motor yang diberi di bawah Akta ini, atau menyebabkan atau membenarkan sesuatu kenderaan motor digunakan sedemikian atau, sebagai pemegang sesuatu lesen perdagangan motor yang diberi di bawah seksyen 22, menggunakan pada bila-bila masa, kenderaan motor yang lebih daripada bilangan yang dibenarkannya menggunakan menurut lesen itu, maka dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit.
Pembawa kenderaan motor hendaklah diinsuranskan terhadap risiko pihak ketiga

90. (1) Tertakluk kepada Bahagian ini adalah tidak sah bagi mana-mana orang menggunakan atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang lain menggunakan sesuatu kenderaan motor melainkan jika ada berkuat kuasa berhubungan dengan penggunaan kenderaan motor itu oleh orang itu atau oleh orang lain tersebut, mengikut mana-mana yang berkenaan, suatu polisi insurans atau apa-apa jaminan berkenaan dengan risiko pihak ketiga yang mematuhi kehendak Bahagian ini.
contoh jika anda lawan dan kalah alasan penghakiman nya begini..

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI MELAKA
RAYUAN JENAYAH NO.               2007
-------------------------------------------------------------------------
 
(Dalam Mahkamah Majistret (3) Melaka No. 86-8489-08)
 
 
DI ANTARA
 
ABDUL LATIFF BIN MOHD SHARIFF                                                              …PERAYU
 
DAN
 
PENDAKWA RAYA                                                                                   …RESPONDEN
 
 
ALASAN PENGHAKIMAN
 
            Pertuduhan terhadap Orang Kena Saman (OKS) atau Perayu di dalam rayuan ini adalah seperti berikut:
Pertuduhan Pertama
Bahawa kamu pada 14/04/2007 jam lebih kurang jam 10.25 malam di Lebuh AMJ (Hadapan Taman Bukit Piatu Mutiara) di dalam Daerah Melaka Tengah dalam Negeri Melaka sebagai pemandu (pemilik berdaftar) Motokar No. : BEJ 3053 telah menggunakan kenderaan tersebut di atas jalanraya dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh (01.04.2008). Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama akta tersebut.
Pertuduhan Kedua
Bahawa kamu pada tarikh, masa dan tempat yang sama sebagai pemandu (pemilik berdaftar) Motokar No. : BEJ 3053 telah menggunakan kenderaan tersebut di atas jalanraya tanpa polisi perlindungan insuran. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 90(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah seksyen 90(2) akta yang sama.
OKS pada 16/07/2008 telah dituduh bagi pertuduhan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999) sepertimana pertuduhan-pertuduhan di atas dan memilih untuk mengaku salah. Pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 ini memperuntukkan hukuman jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit. Manakala Seksyen 90(2) Akta yang sama memperuntukkan hukuman denda tak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya, dan seseorang yang disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah, dihilangkan kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu di bawah Bahagian II bagi tempoh dua belas bulan dari tarikh sabitan itu melainkan jika mahkamah oleh kerana sebab-sebab tertentu yang dinyatakan dalam perintah itu memikirkan patut untuk memerintahkan selainnya.
            Pada hari yang sama, selepas saya menimbangkan Notis di bawah Subseksyen 53(1) Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 2003, fakta kes sepertimana pertuduhan dan menimbangkan rayuan yang dikemukakan oleh OKS sendiri, saya telah menjatuhkan hukuman seperti berikut:
 
1)   Tuduhan Pertama:
OKS didenda RM140.00 gagal bayar 10 hari penjara.
2)   Tuduhan Kedua:
OKS didenda RM100.00 gagal bayar 5 hari penjara berserta dengan perintah penggantungan lesen memandu kelas D selama 12 bulan berkuatkuasa daripada tarikh perintah.
 
OKS telahpun membayar denda bagi kedua-dua hukuman tersebut. Walaubagaimanapun OKS masih lagi tidak berpuashati bagi hukuman kedua yang melibatkan perintah penggantungan lesen memandu OKS dan membuat rayuan ini.
Saya berpendapat hukuman yang telah dikenakan terhadap OKS ini adalah wajar berdasarkan alasan-alasan seperti berikut:-
1.           Meskipun Mahkamah telahpun memberikan peluang kepada OKS untuk berkata-kata ataupun merayu sebelum perintah diberi, Mahkamah mendapati rayuan yang dikemukakannya lebih menjurus kepada agar hukuman denda yang rendah dikenakan terhadap OKS. Mahkamah juga telah meminta penjelasan daripada OKS berkenaan  lesen memandu kelas D kepunyaannya sama ada Mahkamah patut menggantung atau tidak tetapi tiada jawapan yang memuaskan diterima daripada OKS yang menyebabkan Mahkamah menggunapakai peruntukan statutori di bawah Seksyen 90(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 
2.           Di dalam rayuannya, OKS meyatakan bahawa OKS bekerja sebagai nelayan dan mempunyai 7 orang anak yang sedang bersekolah. OKS di dalam rayuannya juga menyatakan bahawa beliau jarang / kadang-kadang menggunakan kereta dalam urusan sehariannya. Atas dasar tersebut, Mahkamah berpendapat kadar denda yang dikenakan terhadap OKS adalah amat berpatutan dan perintah penggantungan lesen memandu OKS selama 12 bulan juga adalah patut selari dengan peruntukan undang-undang.
 
3.           Sepanjang prosiding kes ini berlangsung, OKS ternyata telah gagal untuk mengemukakan sebarang alasan yang istimewa “special grounds” kepada Mahkamah untuk tidak menggantung lesen memandu beliau bagi tempoh 12 bulan meskipun telah diberi peluang untuk berbuat demikian sebelum perintah diberi. Alasan kerana terlupa atau tidak perasan sama ada lesen kenderaan motor dan polisi perlindungan insurans telah luput tidak boleh diterima kerana Mahkamah berpendapat adalah menjadi tanggungjawab semua pengguna jalanraya dan juga pemilik kenderaan untuk memastikan undang-undang jalanraya dipatuhi. 
 
4.             Mahkamah telah merujuk kepada 2 kes otoriti dalam memberi perintah terhadap OKS:
a)   PP v Teo Kok Seng [1989] 1 MLJ 198 yang mana Yang Arif Hakim Chong Siew Fai J memutuskan:
Section 90(2) of the 1987 Act laid down a statutory minimum of 12 months disqualification with power to the sentencing court to impose a longer period. However, if special reasons were shown and the sentencing court considered the case fit, it could order a disqualification period of less than 12 months in which event the special reasons must be stated in the order. To constitute ‘special reasons’ the circumstances put forward must be directly connected with the commission of the offence, but one that is peculiar to the offender as distinguished from the offence would not suffice.
Selanjutnya, Yang Arif Hakim Chong Siew Fai J di dalam penghakimannya menyatakan “In his plea of mitigation in the lower court, the accused said that he was unemployed, married with a child and had no money. He begged for leniency. All these cannot in law, amount to a special reason.
b)   PP v  Mohd Isa [1963] MLJ 135 yang mana telah diputuskan oleh Lord Thomson CJ:
Again, it has been said repeatedly that the special reasons to be specified in that section are not special reasons connected with the offender but special reasons connected with the commission of the offence… The reasons on which he is entitled to act are reasons special to the offence and it will perhaps be sufficient to give one example. That is the case where it is urgently necessary to take a sick person to hospital and the only conveyance available is a motor vehicle whose insurance has happened to run out. If that happened it would be a reason for the Magistrate, if he saw fit, to exercise his discretion under the section to refrain from making an order for disqualification. 
 
Berdasarkan alasan-alasan di atas, saya mendapati hukuman denda dengan jumlah yang telah dikenakan terhadap OKS iaitu sebanyak RM140.00 jika gagal bayar 10 hari penjara bagi pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta denda sebanyak RM100.00 jika gagal bayar 5 hari penjara berserta dengan perintah penggantungan lesen memandu kelas D selama 12 bulan berkuatkuasa daripada tarikh perintah bagi pertuduhan di bawah Seksyen 90(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dihadapi oleh OKS di dalam kes ini adalah satu jumlah serta perintah yang munasabah sebagai satu bentuk pengajaran terhadap OKS dan saya percaya hukuman denda & perintah tersebut adalah memadai terutamanya selepas saya mengambilkira semua faktor-faktor berkaitan sepertimana yang telah dinyatakan di atas. Walaubagaimanapun, Mahkamah menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi untuk membuat keputusan yang sewajarnya.
 
Bertarikh pada 21 Ogos 2008.
 
                                                                       
(MOHD. FAIRUZ BIN JOHARI)
Majistret,
Mahkamah Majistret 3,
Melaka.
Bagaimanapun kes anda tidak lah sulit sangat..
nanti pergi mahkamah
tanya orang di situ bagaimana nak settle
nanti mereka tunjukan
ada kaunter polis disana..
bayar saja kompaun
lebih kurang Rm100 + Rm140
takde bicara pun
balik nanti ceritakan pengalaman anda di sini
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.