Advertisement

Kebankrapan: Petisyen Pemiutang dalam Notis

1081 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Jun 24, 2016 at 02:25
by   slayer
edited on Aug 6, 2017 at 09:06
 
Saya ada hutang dengan beberapa bank dan sekarang sudah bankrap. Tapi saya tengok Petisyen Pemiutang saya hanya show satu bank sahaja. Adakah bermaksud saya hanya perlu settle hutang dengan bank itu, lepas tu saya boleh miminta pelepasan?

Notis status bankrap saya mula dari Disember 2014.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
10 Answers

answered on Jun 24, 2016 at 03:32
by   kiki
edited Aug 6, 2017 at 09:09
 
Tapi saya tengok Petisyen Pemiutang saya hanya show satu bank sahaja.
Tidak perlu semua bank yang kita berhutang membankrapkan kita. Cukup hanya salah satu daripada nya yang berminima RM30,000. Setelah di bankrapkan semua creditor creditor itu hanya perlu memasukan Proof of Debt (POD) ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM).

Adakah bermaksud saya hanya perlu settle hutang dengan bank itu, lepas tu saya boleh miminta pelepasan?
Tidak, anda perlu settlekan semua hutang yang melaporkan POD tadi sebelum mendapat pelepasan JIM.

Notis status bankrap saya mula dari Disember 2014.
Sudah kah anda melapor diri kepada Jabatan Insolvensi Malaysia. Kami pasti anda belum melapor diri. 

Sekiranya sudah pasti anda akan mengetahui banyak perkara mengenai nya... 
sebagai contoh anda perlu menghadiri 1st creditors meeting yang membincangkan POD dan sebagai nya...
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 24, 2016 at 04:33
by   slayer
edited Aug 6, 2017 at 09:24
 
Hmm... Kalau macam itu, macam mana nak check Proof of Debt ini sebelum saya lapor ke Jabatan Insolvensi Malaysia?

Sebab saya perlu satu tahun then boleh selesai semua hutang dan interest... tapi saya takut jika lapor ke sana dan ada banyak sekatan dan banyak perkara saya tak boleh buat lagi... seperti sekarang sebelum melaporkan diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia, saya masih boleh memindah duit dalam akaun saya untuk terus mencarigali wang. Tapi, jika saya lapor diri, saya masih membuat perkara yang sama itu akan menjadi kes jenayah. Ini akan mengganggu progress untuk melepaskan diri saya selepas satu tahun. Harap mendapat sikit opinion. Tengah confusing.

Now I just need one year time because the bankruptcy was on December 2014 but I only knew it this month when I renew my passport.

If I ignore it and keep my progress and pay all full amount after one year, will I be charged under Criminal Act?

Can I keep my investment link and terms life insurance after I reported to the Insolvency Department?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 24, 2016 at 05:19
by   kiki
edited Aug 6, 2017 at 09:31
 
Hmm... Kalau macam itu, macam mana nak check Proof of Debt ini sebelum saya lapor ke Jabatan Insolvensi Malaysia?
Pada asas nya semua creditors anda yang ingin menuntut hutang nya perlu memfailkan Proof of Debt ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM). Anda hanya mengetahui creditor mana yang telah berbuat demikian setelah melaporkan diri ke JIM. 

tapi saya takut jika lapor ke sana dan ada banyak sekatan dan banyak perkara saya tak boleh buat lagi
Adakah anda tidak di sekat untuk keluar negara buat masa ini?

Jika anda ingin pelepasan dari status sebagai seorang bankrap maka tidak ada jalan lain melainkan lapor diri dan oleh kerana anda berkemampuan membayar hutang maka anda boleh lah buat pembayaran melalui JIM.

saya masih boleh memindah duit dalam akaun saya untuk terus mencarigali wang
Kadang-kadang ini berlaku apabila ada kelemahan dan kelalaian di pihak yang mentadbir birokrasi. 

Jangan ambil mudah. Sementara masih boleh, baik anda keluarkan dan simpan wang menggunakan akaun adik-beradik dan sebagainya. Kita tidak tahu bila masa nya kesilapan ini di detect dan diperbetulkanya. Jika ini berlaku semua wang anda beku secara tiba-tiba, ini pasti menyusahkan.

Tapi, jika saya lapor diri, saya masih membuat perkara yang sama itu akan menjadi kes jenayah.
Jika anda lapor pasti segala birokrasi akan di perbetulkan semula. Akaun akan di bekukan namun kamu masih boleh membuka akaun bank dengan kebenaran JIM. Jika kamu seorang pekerja, kamu juga masih boleh meneruskan pekerjaan itu.

Tidak ada kesalahan jenayah. 

Saya tidak rekomen samada kamu perlu lapor diri pada JIM atau tidak, kamu buat lah pilihan sendiri mana yang paling baik dan sesuai buat diri kamu.

Di harap jawapan ini telah dapat membantu kamu.
1 found this helpful
Helpful

answered on Jun 24, 2016 at 06:04
by   slayer
edited Aug 6, 2017 at 09:33
 
Terima kasih banyak, kiki.

Sekarang saya ada sekatan ke luar negara. Kena tunggu satu tahun dulu, baru saya cukup wang untuk jelaskan semua hutang. Kena, sabar tunggu dulu.

Saya ada beli insurans nyawa dan insurans investment link...

1. Saya tidak lapor ke Jabatan Insolvensi Malaysia. Adakah saya masih boleh membayar insurans tu dan adakah tindakan ini jenayah kah?

Setahu saya, jika saya lapor ke JIM dan saya tidak melaporkan perkara ni, saya dikira jenayah. Betul kah?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 24, 2016 at 20:02
by   rayna
bankrap boleh memiliki insurans nyawa, tiada sekatan
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 24, 2016 at 20:04
by   rayna
edited Aug 6, 2017 at 09:35
 
Bankrap boleh memiliki insurans nyawa, tiada sekatan.

Dengan melapor kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) anda boleh tahu berapa hutang yang perlu anda jelaskan. Anda tidak boleh menjelaskan hutang direct kepada bank atau pemiutang pemiutang lain. Semuanya mesti melalui JIM.

Tidak melapor diri kepada JIM bukan kesalahan jenayah. Tapi sekiranya anda tidak tahu berapa jumlah sebenar yang anda perlu bayar, bagaimana anda mahu menjelaskan hutang?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 25, 2016 at 05:12
by   slayer
edited Aug 6, 2017 at 09:37
 
Oh, sebab saya agak-agak tahu jumlah berapa jadi saya nak carigali duit dulu dalam satu tahun ini. Hanya tak tahu kenapa Hong Leong bulan lepas masih hantar negotiation letter dengan letter head bank kepada saya? Bukankah dia sudah masuk Proof of Debt dan sudah tahu tak boleh minta saya bayar kepada mereka? Hairan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 26, 2016 at 04:30
by   rayna
edited Aug 6, 2017 at 09:38
 
Bank apa yang bankrapkan anda? Dan apa lagi hutang yang anda ada?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 14, 2017 at 17:21
by   keliru
edited Aug 6, 2017 at 09:39
 
Nak tanya macam mana nak minta syarikat pemberi pinjaman wang berlesen untuk memfailkan Proof of Debt?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 15, 2017 at 03:54
by   kiki
edited Aug 6, 2017 at 09:40
 
Nak tanya macam mana nak minta syarikat pemberi pinjaman wang berlesen untuk memfailkan Proof of Debt?

Syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (Ah Long) sendiri tidak pernah mahu iktiraf AKPK, Jabatan Insolvensi Malaysia mahupun Mahkamah. Pernahkah kamu dengar Ah Long saman peminjam ke Mahkamah? Apalagi mahu failkan Proof of Debt.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.