Advertisement

Mohon Pencerahan Mengenai Sita dan Barang Hak Milik

12498 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on May 11, 2016 at 13:14
by  
edited on May 25, 2019 at 19:07
 
Saya nak minta penjelasan dan pencerahan mengenai masalah yang saya hadapi sekarang. Saya dulunya (setahun yang lalu) penjawat awam dan telah berhenti kerja atas sebab keluarga. Semasa saya masih bekerja, saya membuat pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM50k dan telah setahun saya tak bayar.

Sekarang mereka ada call untuk memberitahu mengenai penyitaan barang-barang rumah yang beralamat di dalam surat mereka iaitu rumah mak saya dan notis kebankrapan. Disini saya nak tahu samada mereka akan ambil tindakan diatas aset saya yang lain atau tdak? Macam saya ada kereta dan rumah atas nama sendiri.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
12 Answers
 1   2   Next »  Last »

answered on May 11, 2016 at 13:38
by  
edited May 25, 2019 at 19:17
 
Jika bank nak membankrapkan anda (melalui Notis Kebankrapan), bank tak boleh sita barang-barang dan aset-aset yang lain. Jika anda dibankrapkan, aset-aset anda akan diurus oleh Jabatan Insolvensi.

Penyitaan barang-barang di Malaysia jarang berlaku kerana takut penghuni rumah mengamuk.

Jangan percayakan pembohongan pengutip hutang.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 11, 2016 at 14:37
by  
edited May 25, 2019 at 19:20
 
Jadi rumah saya dan kereta saya mereka takan kacau lah? Berkali-kali juga mereka call.. pertama kali minta langsaikan semua... kali kedua suruh bayar tunggkan setahun pula.. pusing-pusing cakap.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 11, 2016 at 15:51
by  
edited May 25, 2019 at 19:26
 
@Yanies87

Disini saya nak tahu samada mereka akan ambil tindakan diatas aset saya yang lain atau tdak? Macam saya ada kereta dan rumah atas nama sendiri.
Jadi rumah saya dan kereta saya mereka takan kacau lah?
If both your assets are still under loans from other banks, they may not do anything to you now.

Did you receive any legal letters sent to your mom's house? Do pay attention to any letters send there. It could be a letter requiring you to attend court.

Once the bank files a legal action on the default of this loan, and if you have been made a Judgement Debtor, other forms of actions can be initiated.

What is the balance on the loan now? If over RM30K, and if they cannot find you or you do not contact the bank, down the road Bankruptcy proceeding can be real. Are there any other bank loans (credit cards, personal loans)?

Banks are getting crazy nowadays and are always suing debtors over RM30K up to bankruptcy stage. Perhaps some banks are in the position to go bankrupt.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 11, 2016 at 17:57
by  
edited May 25, 2019 at 19:29
 
Terima kasih @jeff005.

Sekarang saya minta my mom maklumkan jika ada apa-apa surat atas nama saya...

Lagi satu, mereka juga ada memberitahu mengenai pembekuan semua akaun atas nama saya dan saya di isytihar bankrap.. Adakah saya masih boleh bekerja atau sebaliknya?

Dan perkara apa yang saya tidak boleh lakukan jika bankrap?
0 found this helpful
Helpful

answered on May 11, 2016 at 19:48
by  
edited May 25, 2019 at 19:35
 
@Yanies87

Lagi satu, mereka juga ada memberitahu mengenai pembekuan semua akaun atas nama saya dan saya di isytihar bankrap..

First the bank has to sue you in a court of law. This will take a few months. If the Court awards the bank as Judgement Creditor, you are the Judgement Debtor. The next action the bank may take, is to "beku" / Garnish Order your bank accounts. It can be any one bank account per order. To "sita", they must prove that you are living there and all the items in that house belongs to you. You can be traced with electricity bills, water bills,  handphone bills, address on house grant, insurance policies, address on school records of your children, and the active housing and car loan. Many, many other methods to trace a debtor including social media.

It may take from 1 to 2 years before they decided to bankrupt you and sent you a "Notis Kebankrapan".

Do take note that it is not 100% that they can make you a bankrupt. You can choose to fight against it if you are in gainful employment as your amount may not be big.

As an adjudged bankrupt, you can still work, open one bank savings account, get permission to travel overseas with permission from Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM). That is, if you report in to Jabatan Insolvensi Malaysia for the 5 years Case Management.

Bankruptcy is not to deprive you of earning an income to feed yourself and your family and/or dependants like parents.

If your @Yanies87 is accurate, you are too young to be bankrupted. Find ways to resolve this debt.

Have you consider approaching AKPK for advice?

Do read through the past 6 months of this forum and understand more on bankruptcy issues and apply it to your own case under different circumstances.

Keep calm and do your homework. You will be fine. Rest assured it is not the end of the world.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 13, 2016 at 01:44
by  
Dear yanies87

Persoalannya adakah yang menghubungi yanie adalah benar benar Bank atau Agen Kutip Hutang. Ini kerana Tindakan Kebankrapan dan Sita (Writ of Seizure and Sale) TIDAK BOLEH berjalan serentak. Satu lagi clue yang mereka adalah Agen Kutip Hutang adalah mereka marah bila nak rujuk ke AKPK dan mintak duit "seketul" RM5,000 padahal pada tahap ini perbincangan bayaran bagi menarik tindakan ini adalah dengan Bank. JADI JANGAN BAYAR AGEN KUTIP HUTANG ni sebab ia TIDAK menjamin tindakan ini akan ditarik balik kalau ianya benar. 

Pernahkah mendapat apa apa surat Loyar atau Saman atau Salinan Penghakiman sebelum ini?

Fahami tindakan undang undang dan Kebankrapan:

Prosedur ringkas Tindakan undang undang

1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

Tindakan KeBankrapan

1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (ini sudah ada)

2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 - 3 bulan.

4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan.

5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap.

Adakah semua ini sudah berlaku? 

Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah register Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya dicodetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.
http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

Check betul betul dahulu. Standby untuk apa apa tindakan seperti diatas. Jika CTOS clear, ini lebih kepada gangguan Agen Kutip Hutang. INI LINK TEMBERANG AGEN KUTIP HUTANG

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=564105717080962&substory_index=0&id=323566051134931

Ini link tentang hutang lapuk kad kredit 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=619876708170529&substory_index=0&id=323566051134931

Ini maklumat tentang sita menyita

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=627586317399568&substory_index=0&id=323566051134931

Layari blog www.ceritahutangbankdananda.com
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 13, 2016 at 03:26
by  
edited May 25, 2019 at 19:46
 
@Abu Ammar

3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah

Jika Tuan perasan akan gambar "Notis Penyitaan dan Inventori" yang di pos dalam thread nya lain, ia memaparkan bahawa empunya diri masih lagi berstatus seorang 'Defendan' dan Bank tersebut masih lagi pihak 'Plaintif'. Keberhutangan masih belum confirmed.

Ini bermakna penghakiman sebenar bahawa beliau adalah seorang Penghutang Penghakiman masih belum di jatuhkan untuk tindakan selanjut nya.

Ini adalah antara clue yang kami lihat bahawa 'notis' itu tidak genuine.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 17, 2016 at 14:05
by  
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 17, 2016 at 14:05
by  
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 17, 2016 at 14:07
by  
@Abu Ammar

Ini antara semakan yang telah saya lakukan..betul atau tidak? 
0 found this helpful
Helpful


 1   2   Next »  Last »

You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.