Advertisement

Terima panggilan berkenaan hutang kereta dan tindakan mahkamah

795 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Mar 25, 2016 at 19:30
by   miss keliru
edited on Mar 30, 2016 at 19:33
 
Saya pun mohon pencerahan. Saya dapat panggilan lebih kurang 4.30 petang 24 Mac 2016 berkenaan hutang kereta. Saya diberi dua pilihan:

1. Dibawa ke mahkamah 28 Mac 2016
2. Saya perlu membayar 30% dari jumlah hutang (peraturan dari Bank Negara Malaysia BNM) sekiranya saya nak clearkan nama dari tindakan tatatertib kerana saya jugak penjawat awam.

Saya diberi masa 3 hari termasuk (Sabtu dan Ahad) untuk mencari RM4k. Bila saya tanya 28 Mac 2016 boleh dibayar ke? Dia kata boleh. Tetapi sebelum ini, 28 Mac 2016 itu dia cakap date mahkamah tetapkan. Surat dari mahkamah saya tak dapat. Cuma panggilan penjelasan saja saya dapat. Siap sebut nama bos saya.

Saya agak keliru. Lawyer akan call jelaskan and tempoh memang diberi singkat ke? 26hb and 27hb memang bank cuti. Kalau saya jelaskan 28hb sedangkan date itu dari mahkamah boleh postpone or batal ke? Boleh jelaskan? Saya keliru. Terima kasih!
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
4 Answers

answered on Mar 25, 2016 at 19:54
by   jebat
edited Mar 30, 2016 at 19:34
 
Tak ada date Mahkamah.
Yang call you itu bukan lawyer, tetapi pengutip hutang yang suka berbohong sahaja.
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 25, 2016 at 21:38
by   miss keliru
edited Mar 30, 2016 at 19:45
 
Betulkah? Cara cakap dia sangat lancar langsung tak ada gagap. Tetapi peliknya mahkamah tetap date 28 Mac 2016 tetapi hari itu juga masih boleh jelaskan bayaran lagi
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 29, 2016 at 22:11
by   Janet
edited Mar 30, 2016 at 19:44
 
Saya ada hutang Ambank RM55,000 - car loan.

Kereta sudah lelong so balance kena bayar RM55,000.

On 26 Mac 2016 saya dapat call dari pengutip hutang suruh saya bayar RM2,000 on 30 Mac 2016 tapi saya tak mampu bayar RM2,000 by 30 Mac 2016. Jadi saya suruh dia bagi masa end of month April. But the collector said can't (Collector said my case, legal action has been taken and now reached 'judgement' stage)

Saya pergi Ambank semalam dan bank suruh pergi AKPK. Tak boleh bayar RM2,000 sebab hutang saya besar RM55,000.

29 Mac 2016 saya dapat call dari collector. Dia suruh saya buat bayaran dekat Cash Deposit Machine (CDM) RM1,000 by 30 Mac 2016. Then can activate account saya. Nanti boleh saya bayar lagi RM1,000, baru start bayar monthly RM200-300.

Saya boleh percaya collector ke? Please help. Please advise!
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 30, 2016 at 00:31
by   JeffOO5
@ Janet

RM 55K is the shortfall from the sale of the car.

Even if you pay RM3K they will still file a lawsuit in a Court of Law.

If AKPK cannot help you, find other means.

Paying money part by part to Bill Collectors is not a solution.

Negotiate direct with bank is the Best solution, not with the bank's agents of misery.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.