Advertisement

Kebankrapan dan cara-cara membuat tuntutan saman malu

11551 Views  ⚫  Asked 8 Years Ago
asked on Feb 22, 2010 at 19:07
by   michael
edited on Apr 5, 2016 at 21:55
 
Saya telah dibankrup oleh pihak securities diatas kesalahan yang tak pernah saya lakukan pada 1997.

Saya mendapat tahu yang bankrup notice Receiving Order (RO) telah diperolehi pada 2007. Segala surat menyurat dan saman tidak pernah saya terima dan alamat tentera adalah alamat salah seorang remisier securities tersebut, setelah penyiasatan dibuat sendiri.

Saya mengetahui yang saya mempunyai masalah bankrup pada tahun 2005 apabila syarikat saya telah memberi Employee Share Option Scheme (ESOS) kepada pekerjanya. Laporan polis telah dibuat pada tahun 2005 dan laporan kimia mengenai pemalsuan tandatangan saya telah diterima pada Oktober 2009 daripada pihak polis.

Pada Disember 2009 saya telah melantik peguambela untuk memfailkan penarikan semula bankrup saya di mahkamah tinggi dan peguambela pihak securities telah menghubungi peguam saya dan sepucuk surat menyatakan pihak securities akan menarik balik RO bankrup saya dan saya pada bila-bila masa pun tidak akan menyaman pihak securities.

Setelah 5 tahun berlalu, banyak pekara sedih menyelubungi hidup saya dimana saya terpaksa menjual rumah dan tidak mempunyai pekerjaan tetap walhal sebelum ini saya adalah eksekutif disebuah syarikat telekomunikasi terkemuka negara dan disebabkan perkara bankrup ini saya telah dinasihatkan berhenti (rela hati) disebabkan Human Resources (HR) telah mengetahui status bankrup.

Jadi disini saya memohon jasa baik tuan yang arif mengenai undang-undang, bagaimanakah boleh untuk saya melawan balik kes tersebut dengan membuat tuntutan saman malu dan apakah butiran yang perlu saya nyatakan semasa tuntutan saman malu dilakukan. Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
15 Answers