Advertisement

Adakah RM30,000 nilai minimum terkumpul untuk semua hutang

10003 Views  ⚫  Asked 9 Years Ago
asked on May 29, 2009 at 18:20
by   Abil
edited on Aug 27, 2016 at 06:26
 
Syukur sangat bila hal berkaitan kebankrapan ni mendapat penjelasan yang mesra. Bukan niat hendak lari dari hutang, tetapi sejak kebelakangan ini saya sering mendapat panggilan yang tidak pasti kesahihannya dari pihak yang katanya mewakili pihak bank. Saya akur bahawa hutang harus di selesaikan bila termampu tetapi kemuflisan adalah jalan terakhir yang mungkin ramai orang harus atau terpaksa hadapi. Apapun, terimakasih Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM). Hanya beberapa soalan untuk di kongsi pembaca yang mungkin ingin kongsi.

Saya di bebani beberapa hutang lama yang tak pernah dapat saya selesaikan. Beberapa hutang kad kredit yang jumlahnya RM8000, RM12000, dan RM6000. Di samping itu ada satu hutang yang paling besar iaitu sekitar RM16,000 untuk baki kereta saya yang telah di tarik dan sudahpun di lelong. Kesemuanya dari bank-bank yang berlainan.

Soalan saya.

1. Adakah jumlah RM30,000 adalah tahap yang membolehkan seseorang itu di istihar muflis adalah nilai terkumpul ataupun nilai individu. Maksudnya jika di campur kesemua hutang saya nilainya adalah RM42,000. Adakah kemuflisan di jatuhkan kepada saya berdasarkan nilai itu? Kerana berdasarkan kepada nilai individu saya masih di kira selamat.

2. Sekiranya saya adalah merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat Sdn Bhd, adakah ini akan menjadi masalah kepada pihak syarikat saya sekiranya saya di istihar muflis kelak lantaran hutang peribadi di atas? Maksudnya haruskah saya meletakkan jawatan sekarang atau boleh saja saya meneruskan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah.

Harap pihak JIM dapat memberikan jawapan segera kerana saya rasa soalan ni belum ada di tanya di dalam ruangan ini.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
19 Answers
« Previous   1   2   Next »

answered on Aug 7, 2014 at 22:28
by   Arin
edited Aug 27, 2016 at 07:10
 
Tuan mohon pencerahan,

Saya ada berhutang dengan bank sebanyak RM25,000 (prinsipal) pada tahun 2005. Ada buat bayaran sebanyak RM300, tapi skip-skip. Telah dihubungi oleh pihak bank (@ejen PASADANA rasanya - dapat tahu search nombor phone melalui internet). Yang saya akan dikenakan tindakan bankrap oleh pihak bank. Semakan baki akaun setakat Julai 2014 RM30,078.55. Bayaran terakhir pada awal Ogos 2014 RM300.

Soalan:
1. Adakah saya boleh diistiharkan muflis dengan baki RM30,000 itu? - Pihak yang menghubungi telah menggunakan isteri saya dengan menakut-nakutkannya dengan tindakan isthar muflis atau bankrap ke atas saya.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 5, 2016 at 16:18
by   Jasin
edited Oct 10, 2016 at 07:53
 
Saya ada loan peribadi RM90,000 sejak 2007 hingga kini, pada tahun 2013 saya tidak sihat, dan loan tidak dapat dibayar, menyebabkan tertunggak RM16,000. Pada tahun 2016, bulan 6, saya menerima panggilan dari agen pemungut hutang dan pihak mereka bersetuju dengan jumlah bulanan RM500 yang akan dibayar oleh saya bagi baki yang tertunggak RM16,000, sehingga kini saya masih membayar RM500 setiap bulan. Untuk makluman, potongan gaji bagi loan saya, masih lagi dipotong oleh Biro Angkasa sehingga sekarang.

Soalan saya, adakah baki RM16,000 yang tertunggak akan menyebabkan saya bankrap, sedangkan potongan loan RM90,000 masih berjalan dan bayaran tunggakkan masih dibayar oleh saya sehingga kini?
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 6, 2016 at 03:23
by   kiki
edited Oct 10, 2016 at 07:54
 
sehingga kini saya masih membayar RM500 setiap bulan. 
Kamu bayar pada siapa? Pada pengutip hutang atau bank?

Soalan saya, adakah baki RM16,000 yang tertunggak akan menyebabkan saya bankrap
Ia membolehkan bank menuntut keseluruhan jumlah loan jika ia mahu. Dan jika jumlah keseluruhan melebihi RM30,000 boleh menyebabkan tindakan kebankrapan tidak mustahil di ambil.
1 found this helpful
Helpful

answered on Oct 12, 2016 at 00:04
by   Jasin
edited Dec 23, 2016 at 09:03
 
Saya bayar kepada bank RM500 setiap bulan. Sehingga kini sudah 6 kali bayaran. Jumlah tunggakan hanya RM16,000, belum mencecah RM30,000 untuk makluman tuan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 12, 2016 at 03:40
by   kiki
edited Dec 23, 2016 at 09:05
 
Jumlah tunggakan hanya RM16,000, belum mencecah RM30,000 untuk makluman tuan.
Maksud saya jumlah keseluruhan itu adalah termasuk jumlah hutang dari RM90,000 itu yang masih belum habis di bayar. Adakah ia masih berbaki melebehi RM30,000.
(RM16,000 itu mengikut kata kamu  hanyalah jumlah ansuran bulanan yang terkumpul tidak berbayar kerana kamu tidak sihat)
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 12, 2016 at 13:52
by   Jasin
edited Mar 27, 2017 at 05:25
 
Jumlah pinjaman masih berbaki RM100,000 untuk 15 tahun. Tunggakan RM16,000. Pihak pemungut hutang mohon bayar RM16,000. Selepas berbincang, mereka bersetuju RM500 dibayar oleh saya setiap bulan untuk tunggakan RM16,000.

Pihak pemungut hutang bersetuju. Kemudian pihak pemungut hutang yang lain pula menghubungi saya (Rohaxx & Co) & mengarahkan saya untuk membayar RM5,000, paling kurang untuk tunggakan RM16,000.

Ini membuat saya keliru, saya telah membayar bulanan tunggakan & Biro Angkasa masih membuat potongan bulanan. Pada pandangan tuan, adakah saya masih boleh diberi peluang untuk mengelakkan dari status kebankrapan? 
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 12, 2016 at 23:38
by   kiki
edited Mar 27, 2017 at 05:27
 
mereka bersetuju RM500 dibayar oleh saya setiap bulan untuk tunggakan RM16,000.
Adakah kamu buat pembayaran RM500 itu di kaunter atau melalui mesin CDM.

Kemudian pihak pemungut hutang yang lain pula menghubungi saya (Rohaxx & Co)
Ini bermakna pihak bank masih melihat nya sebagai satu default yang serious walaupun kamu membuat pembayaran RM500 sebulan.

 Pada pandangan tuan, adakah saya masih boleh diberi peluang untuk mengelakkan dari status kebankrapan? 
Telah di jawab sebelum ini lebih kurang berikut...

Ia membolehkan bank menuntut keseluruhan jumlah loan (RM100,000) itu jika ia mahu. Dan jika jumlah keseluruhan melebihi RM30,000 tindakan kebankrapan tidak mustahil di ambil.
Kamu boleh berhubung terus dengan pihak Bank untuk kepastian. Ini lebih baik dari menanggung kebimbangan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 15, 2016 at 19:43
by   zihar
edited Mar 27, 2017 at 05:28
 
Saya seorang yang bankrap kerana menjadi penjamin kepada syarikat Sdn bhd yang saya sebagai pengarah membuat pinjaman perniagaan.

Pertanyaan saya, saya ada sebuah rumah yg ingin dijual, status pemilikan dua nama iaitu nama saya dan kakak ipar saya, 

1. Bolehkah saya menjual rumah tersebut dengan cara biasa?

2. Sebagai contoh hasil jualan rumah tersebut selepas tolak pinjaman bank terdapat lebihan sebanyak RM200,000, kebiasaannya yang saya tahu, lebihan tersebut akan diberi kpd saya dan kakak ipar saya, disebabkan saya telah bankrap bolehkah bahagian saya RM100,000 diserah kepada insolvensi dan bahagian kakak ipar RM100,000 diserahkan pada beliau?
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 15, 2016 at 21:09
by   jeff005
edited Mar 27, 2017 at 05:30
 
@ zihar

Personal Opinions (given by readers)

1. bolehkah saya menjual rumah tersebut dengan cara biasa? 
Tidak boleh.  Only Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) and/or the bank (still under housing loan) can do it by public auction. In any way the title deed cannot be transfer once bankrupted. Nobody will buy.

2. disebabkan saya telah bankrap bolehkah bahagian saya RM100,000 diserah kepada insolvensi dan bahagian kakak ipar RM100,000 diserahkan pada beliau?
Sepatutnya...  mengikut undang-undang bankrapsi.

Other issues can also arise:
1. When were you adjudged a Bankrupt?
2. Have you reported in to JIM?
3. When is the last time this housing loan is paid?
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   Next »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.