Advertisement

Adakah RM30,000 nilai minimum terkumpul untuk semua hutang

10483 Views  ⚫  Asked 9 Years Ago
asked on May 29, 2009 at 18:20
by   Abil
edited on Aug 27, 2016 at 06:26
 
Syukur sangat bila hal berkaitan kebankrapan ni mendapat penjelasan yang mesra. Bukan niat hendak lari dari hutang, tetapi sejak kebelakangan ini saya sering mendapat panggilan yang tidak pasti kesahihannya dari pihak yang katanya mewakili pihak bank. Saya akur bahawa hutang harus di selesaikan bila termampu tetapi kemuflisan adalah jalan terakhir yang mungkin ramai orang harus atau terpaksa hadapi. Apapun, terimakasih Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM). Hanya beberapa soalan untuk di kongsi pembaca yang mungkin ingin kongsi.

Saya di bebani beberapa hutang lama yang tak pernah dapat saya selesaikan. Beberapa hutang kad kredit yang jumlahnya RM8000, RM12000, dan RM6000. Di samping itu ada satu hutang yang paling besar iaitu sekitar RM16,000 untuk baki kereta saya yang telah di tarik dan sudahpun di lelong. Kesemuanya dari bank-bank yang berlainan.

Soalan saya.

1. Adakah jumlah RM30,000 adalah tahap yang membolehkan seseorang itu di istihar muflis adalah nilai terkumpul ataupun nilai individu. Maksudnya jika di campur kesemua hutang saya nilainya adalah RM42,000. Adakah kemuflisan di jatuhkan kepada saya berdasarkan nilai itu? Kerana berdasarkan kepada nilai individu saya masih di kira selamat.

2. Sekiranya saya adalah merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat Sdn Bhd, adakah ini akan menjadi masalah kepada pihak syarikat saya sekiranya saya di istihar muflis kelak lantaran hutang peribadi di atas? Maksudnya haruskah saya meletakkan jawatan sekarang atau boleh saja saya meneruskan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah.

Harap pihak JIM dapat memberikan jawapan segera kerana saya rasa soalan ni belum ada di tanya di dalam ruangan ini.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
19 Answers