Advertisement

Bankrap dan EPF

14740 Views  ⚫  Asked 9 Years Ago
asked on Apr 10, 2009 at 16:00
by   hadenuff
edited on Apr 17, 2017 at 08:44
 
1. Benarkah orang yang bankrap tidak dibenarkan mengeluarkan wang simpanan EPF ketika bersara?
2. Bolehkah wang EPF digunakan untuk menyelesaikan bankrap?

Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
26 Answers
« Previous   1   2   3   Next »  Last »

answered on May 25, 2017 at 04:43
by   kiki
edited Oct 23, 2017 at 08:50
 
Saya juga nak tanya. Kalau seseorang diistihar bankrap, gaji semasa dalam akaun di sekat??
Apabila seseorang itu telah di isytihar bankrap semua akaun bank nya akan di bekukan. Bermakna tidah boleh buat pengeluaran mahu pun membuat deposit.

contoh gaji tiap-tiap bulan masuk public bank, adakah wang tersebut tidak boleh di ambil?
Ya, tidak boleh ambil.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 4, 2017 at 12:24
by   Zaidi
edited Jun 5, 2017 at 11:32
 
Saya bankrap dari bulan 3 lagi. Sekarang akaun bank sudah di block. Hari-hari hanya mampu makan roti. Saya utamakan isteri dan anak. Nak cari kerja pun susah sebab kebanyakan syarikat menggunakan akaun. Sekarang ini saya buat kerja macam-macam.
1 found this helpful
Helpful

answered on Jun 5, 2017 at 03:14
by   kiki
edited Jun 5, 2017 at 11:34
 
Nak cari kerja pun susah sebab kebanyakan syarikat menggunakan akaun.
Kamu lapor diri pada Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM). Mereka akan benarkan kamu membuka akaun untuk kemasukan gaji jika kamu bekerja.
1 found this helpful
Helpful

answered on Aug 16, 2017 at 15:39
by   canon
edited Sep 11, 2017 at 03:10
 
Jika saya lapor diri pada Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), mereka akan benarkan saya membuka akaun untuk kemasukan gaji jika saya bekerja. Adakah pihak Insolvensi akan mengambil duit tersebut atau boleh untuk kegunaan peribadi?
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 16, 2017 at 23:56
by   mike
edited Sep 11, 2017 at 03:11
 
Adakah pihak Insolvensi akan mengambil duit tersebut atau boleh untuk kegunaan peribadi?

Lebih kurang 10% bayar pada Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), melalui standing instruction. Selebih nya adalah duit kita untuk kegunaan peribadi.
1 found this helpful
Helpful

answered on Oct 2, 2017 at 03:16
by   Azleena
edited Oct 23, 2017 at 08:52
 
@zaidi.. Jangan berlengah untuk serah diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia. Anda pasti tak akan kecewa.. 
1 found this helpful
Helpful

answered on Oct 9, 2017 at 05:48
by   Zulk
edited Oct 23, 2017 at 08:51
 
Kalau seorang bankrap.. boleh buat akaun KWSP dan SOCSO?
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 11, 2017 at 00:08
by   jeff005
edited Nov 7, 2017 at 07:00
 
Jika sudah ada akaun, boleh teruskan seperti biasa.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 11, 2017 at 01:35
by   kiki
Kalau seorang bankrap..boleh buat akaun kwsp dan socso.

Kwsp dan Socso tidak tertakluk samada seseorang itu bankrap ataupun tidak.
Setiap pekerja mesti mencarum di Kwsp dan di lindungi di bawah Socso.
1 found this helpful
Helpful

answered on Oct 24, 2017 at 16:20
by   Aini
edited Nov 7, 2017 at 07:01
 
Adakah saya akan diisytihar bankrap jika jumlah terkumpul loan dan kredit kad bawah RM50,000?
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.