Advertisement

Rayuan Ke Mahkamah Rayuan

3409 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Feb 4, 2016 at 16:49
by   Idries
Rayuan untuk menolak keputusan PKP pada 22/09/2015 telah ditolak oleh Hakim Dalam Kamar pada 03/02/2016 dengan kos RM500.
Berikutan itu, saya akan meneruskan rayuan ke Mahkamah Rayuan di Putrajaya. Saya telah emailkan secara pemberitahuan normal tentang nasihat Yang Arif Hakim kepada pengurus bank JC semalam dan mengucapkan tahniah kepada mereka.

Jika perlu, saya boleh emailkan lagi secara terperinci bagi mendapatkan kebenaran tawaran 10k dilanjutkan.

Saya akan siapkan contoh surat kepada setiausaha hakim bagi mendapatkan alasan penghakiman bagi meneruskan rayuan.

Terima kasih
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
49 Answers
 1   2   3   4   5   Next »  Last »

answered on Feb 4, 2016 at 19:10
by   jebat
Janganlah email dulu, poskan kandungan email di sini untuk disemak dulu.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 4, 2016 at 23:43
by   kiki
Idries,

Pelik sungguh apabila Hakim berkata tiada dokumen baru. Di peringkat rayuan tiada lagi bukti baru dibenar untuk di kemukakan.
Lagi pelik bila dia kata ..tak kan dia nak tolak keputusan PKP. Ada kah kamu sudah berjangka akan soalan soalan lisan olih YA Hakim itu sebelum hadir dan adakah kamu argue akan perkara tersebut tadi, selain memberi penekanan bahawa kamu masih solven?

Tidak mengapa, teruskan perjuangan.

Berikutan itu, saya akan meneruskan rayuan ke Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Lakukan:
1. Failkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya dalam masa 14 hari dari semalam.
2. Dapatkan salinan rasmi alasan penolakan rayuan (3hb Feb.) oleh Hakim dan poskan di sini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 5, 2016 at 14:02
by   Idries
Surat permohonan salinan penghakiman....

My name / address

Kepada

Yang Arif Datuk S...
Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh,
Perak Darul Ridzuan

Yang Arif,

PER: MEMOHON NOTA KETERANGAN DAN ALASAN PENGHAKIMAN DALAM PERKARA KEBANKRAPAN 29NCC-xxxx-11/2014
Xxxxxx BANK BERHAD lwn xxxxxxx

Merujuk kepada perkara di atas, saya Penghutang Penghakiman memohon salinan Nota Keterangan dan Alasan Penghakiman (serta otoriti yang menjadi asas keputusan) bagi keputusan yang telah Yang Arif berikan pada 03 Febrauari 2016 untuk tujuan Rayuan di Mahkamah Rayuan.

Diharap Yang Arif dapat menyediakan dokumen-dokumen tersebut dalam masa tersingkat dan memaklumkan tentang apa-apa fee yang perlu dibayar.

Terima kasih.

Yang benar,
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 5, 2016 at 14:06
by   Idries
@jebat.....

Baiklah, saya akan poskan maklumat email untuk pada masa akan datang.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 5, 2016 at 14:19
by   Idries
@kiki....

Apa khabar. Lama tak dengar berita,

Perkataan solven.....aset...dan kebolehmampuan saya membuat bayaran telah berulang kali dihujahkan tetapi yang arif seperti tiada ambil tahu....

Baru saya teringat nasihat awak untuk menyediakan laporan penilaian ruamah sebagai usaha untuk penyediaan dokumen baru bagi menyokong rayuan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 5, 2016 at 14:28
by   Idries
DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI PUTRAJAYA
DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO. 29NCC-XXXX-11/2014

ANTARA

XXXXXX
IC.             - PENGHUTANG PENGHAKIMAN

DAN

XXXXXXX BANK.     - PEMIUTANG PENGHAKIMAN

     NOTIS RAYUAN DI MAHKAMAH RAYUAN

Ambil perhatian bahawa Penghutang Penghakiman yang dinamakan di atas bercadang hendak merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi pada 03 haribulan Februari 2016 yang menolak rayuan Penghutang Penghakiman untuk membatalkan Petisyen Pemiutang, Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman.

Bertarikh pada........

................
(Xxxxxxxxxxxx-Penghutang Penghakiman)
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 5, 2016 at 14:33
by   Idries
Sementara itu....

# bolehkah saya menulis surat kepada insolvensi dan nyatakan bahawa kes ini akan berlanjutan sehingga ke Mahkamah Rayuan di Putrajaya?

# mungkin saya akan ke Putrajaya pada 10 Februari, Khamis dan berapakah kos untuk failkan notis rayuan ini?

Terima kasih
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 5, 2016 at 16:01
by   echo
laporan penilaian ruamah sebagai usaha untuk penyediaan dokumen baru bagi menyokong
Suda dinashihatkan mula june2015.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 5, 2016 at 16:26
by   Oreo
An appeal from Registrar to Judge in chamber is actually a re-hearing exercise. You can give new evidence, new points and new arguments all together.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 5, 2016 at 19:27
by   jebat
Format Notis Rayuan tidak betul.
Jangan failkan dulu.
Harga memfailkan Notis Rayuan ke Mahakamah Rayuan adalah dalam lingkungan RM 500 (deposit) + RM 200 (fee) = RM 700

Surat meminta Alasan Penghakiman sepatutnya ditujukan kepada Setiausaha Hakim, bukan Hakim.
0 found this helpful
Helpful


 1   2   3   4   5   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.