Advertisement

Notis kebangkrapan melalui iklan newspaper

995 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Nov 7, 2015 at 00:44
by   cik pening
Salam & Selamat Sejahtera,

Hari ni saya baru mendpt tahu ada notis kebangkrapan melalui surakhabar 2 hari lepas.Notis tu bertarikh 26/10/2015.sy tak tau ape perlu dibuat,pening,panik.Sy harap forumers dan experts dlm website ni dpt bantu sangat2.

FYI, sy dh berpindah dr alamat lama.tak dpt sebrg surat mahkamah atau lawyer atau bank.dan sy juga mmg tk dpt nk byr balik personal loan tu sbb projek yg sy buat gagal & tidak memberikan hasil pulangan yg mencukupi.now sy kerja sendiri je.tu pun takat boleh survive.

Pls advise.terimakasih
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
62 Answers
 1   2   3   4   5   6   7   Next »  Last »

answered on Nov 7, 2015 at 01:07
by   jebat
Bank mana yang beri kamu personal loan?
Berapakah amaun yang dituntut?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 7, 2015 at 02:37
by   cik pening
jebat,

salam.agrobank.loan 40k tp jumlah keseluruhan yg dituntut sy sendiri pun tk tau sbb tk pernah dpt sebrg surat tuntutan/surat lawyer sbb sy dah pindah.even rumah parent pun tk de sebrg surat.tp dlm iklan newspaper tu ckp notis ade tampal.kami tak penah dpt sebrg notis...camne tu???

terimakasih saudara jebat sbb balas dgn cepat
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 7, 2015 at 04:45
by   Slave
Adakah Puan mahu dibankrapkan atau ingin menentang kebankrapan ini?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 7, 2015 at 13:05
by   jebat
Bagaimana cik dapat tahu tentang iklan tu?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 8, 2015 at 01:22
by   cik pening
Slave,

terimakasih krn reply.sy nak menentang notis tu & dlm masa yg sama cube utk bincang dgn bank utk reschedule loan.tp pd peringkat ini dgn jumlah pendptan bulanan yg hanya cukup utk survival saje, sy tak confident bank akan setuju.so pilihan yg ade cume menentang notis tersebut. last choice,mungkin self declare bancruptcy.pendpt tuan?

jebat,

sy dpt tau bile terima surat dr consultancy firm tawarkan khidmat nasihat berkaitan masalah bankrap.dlm surat tu ade lampiran fotostat iklan suratkhabar tu
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 8, 2015 at 01:52
by   cik pening
Slave/jebat,

lepas baca forum2 dlm ni, mungkin self declare bancruptcy lebih baik kot.tp sy tk brape phm sgt mengenai:

1/ adakah bank masih kejar kite lepas tempoh 5 thn isytihar bankrap?
2/ aset yg akan di'liquidate' oleh JIM tu termasuk yg still under loan ngan bank lain ke,even if payment ke atas loan aset tu tak penah sangkut?

3/ betul ke cuma byr rm50 selama 5 thn, then all debts are clear?
4/ tak tau ape perlu sy buat dulu
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 8, 2015 at 16:35
by   kiki
lepas baca forum2 dlm ni, mungkin self declare bancruptcy lebih baik kot.tp sy tk brape phm sgt mengenai:
Tidak semestinya lebih baik. Kalau kamu dah bersededia untuk di bankrapkan lebih baik kamu buat tentangan saja. Self-declare bancruptcy bukan juga perkara mudah kalau nak buat sendiri selain kena keluar kos yang agak tinggi.

1/ adakah bank masih kejar kite lepas tempoh 5 thn isytihar bankrap?
Kalau masih dalam kebankrapan, bank tidak lah kejar. 

2/ aset yg akan di'liquidate' oleh JIM tu termasuk yg still under loan ngan bank lain ke,even if payment ke atas loan aset tu tak penah sangkut?
Ya, walaupun pun rekod pembayaran cantik.

3/ betul ke cuma byr rm50 selama 5 thn, then all debts are clear?
Rm50 ~ 100 itu kalau kita betul betul tidak mempunyai apa apa pendapatan lagi. Sekira nya ada pekerjaan pembayaran nya adalah sekitar 10% dari gaji atau pendapan kita.

4/ tak tau ape perlu sy buat dulu
Pergi mahkamah. di kaunter pendaftaran extractkan dokumen/notis kebankrapan.
Untuk tujuan ini kamu kena gunakan nombor kes atau no guaman yang tercatit pada notis yang kamu terima itu.
poskan di sini kemudian.

Sementara itu kamu baca Thread Idries dari mula untuk melihat persamaan dan sebagai panduan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 8, 2015 at 19:56
by   cik pening
kiki

tqvm atas bantuan.sekrg lebih clear.saya ade follow kes idries..forumers dlm ni sgt2 membantu org with no law background & yg kurang faham legal aspect of bancruptcy.esok sy akan extract dokumen di mahkamah dan akan post di sini.then akan cube draft afidavit utk ketepikan notis kebankrapan.sy diberi masa 7 hari to file ie. due date will be on rabu 11/11/2015.thanks a lot kiki
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 8, 2015 at 20:01
by   Slave
Bagaimana kamu mendapat surat dari consultancy firm? Bagaimana mereka mendapatkan alamat kamu sedangkan alamat notis kebankrapan berlainan dengan alamat tempat tinggal kamu sekarang?

Pada pendapat saya, kamu sebenarnya sama kes dengan dilema idries. Bezanya cuma jenis loan. Dia kredit kad manakala kamu pula adalah pinjaman peribadi. Adakah kamu memiliki rumah kediaman atas nama sendiri? Jika ya, kamu bermasalah. Sebaik2nya kamu tentang.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 8, 2015 at 20:05
by   Slave
Adakah kamu seorang perempuan melayu? Di manakah mahkamah untuk kamu beruurusan? Kami akan cuba membantu.

Terima kasih.
0 found this helpful
Helpful


 1   2   3   4   5   6   7   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.