Advertisement

Perintah Kebankrapan

2232 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Oct 23, 2015 at 02:12
by   Idries
Sahabat forumer semua.
Saya telah menerima panggilan dari pihak pengurus bank pada jam 12.30pm tadi. Beliau baru menerima fax dari pihak peguam berkenaan Notis Rayuan Kepada Hakim Dalam Kamar.
Dia menyatakan bahawa saya mempunyai kesungguhan untuk meneruskan rayuan walaupun perintah bankrapsi telah dijatuhkan. Atas alasan tersebut, beliau meminta saya menyediakan satu proposal bagi cadangan pembayaran untuk menyelesaikan kes ini tetapi hendaklah dibayar kepada JIM. Katanya mungkin dividen tidak akan dikenakan terhadap saya kerana perlaksanaan pengurusan estet belum bermula dan tiada dokumen yang telah difailkan.

Melihatkan dari cadangan ini, adakah ianya lampu hijau bagi kes saya ini? Apakah lampu kuning akan menyusul dari bank lain bila kes bank ini selesai?

Beliau memohon agar saya segera emailkan proposal (agaknya sebelum 3 November) untuk dipertimbangkan. Sudah tentulah bukan proposal 5k yang diminta!!! Katanya saya perlu mengambil kira hutang yang telah mencecah 60k, maka wajarlah amaun bagi proposal yang diterima akal.....

Saya masih buntu untuk membuat proposal ini. Apakah yang mendorong beliau untuk menghubungi saya?? Saya katakan padanya, jika kes ini selesai, 5 bank akan menunggu!!! Dia reply, kita selesaikan satu-satu. Hakikatnya, kes dia selesai tetapi saya belum selesai lagi!! Dia cuci tangan, saya tak cukup tangan dan kaki...

Mohon respon dari semua yang pakar.
Terima kasih.
Selamat malam.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
73 Answers
 1   2   3   4   5   6   7   8   Next »  Last »

answered on Oct 23, 2015 at 04:19
by   Oreo
Tidak dapat dinafikan, hutang tu kenalah bayar. Tidak dapat dinafikan, setiap pinjaman ada kadar faedah yang akan dikenakan. Parti-parti setuju akan terma-terma berikut. Terpulang kepada awak. Nak bayar, berapa yang awak rasa munasabah? Ambil kira kos untuk rayuan ke mahkamah rayuan, masa, dan tekanan mental yang awak hadapi selama ini. Kemudian boleh tetapkan satu had maksimum tawaran awak. Bila mula untuk 'propose to settle' boleh bagi satu amaun yang lebih rendah dari had maksimum awak. Naikkan amaun settlement sedikit demi sedikit jika awak berniat untuk settle. Namun, pihak bank boleh menolak. Pegawai bank pun pekerja, mereka pun kena jawab kepada pegawai atasan mereka.

Nevertheless, no one should tell you what to do and you should not listen to anyone on what to do either. Take people's advise and decide on your own. Even lawyers do not dare to decide for or on behalf of their own client.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 23, 2015 at 04:30
by   Idries
Thanks oreo. I will decide by myself. Meanwhile, i will continue that rayuan when the time teach.

Saya patuhi saranan anda berkaitan kaedah membuat penawaran dan kenaikan berperingkat. Bagaimana jika ada seseorang yang boleh berjumpa secara terus kepada CEO? Mungkin sahaja keputusannya lebih memihak kepadanya berbanding pekerja bawahannya.
Ada seorang di Ampang KL yang katanya boleh deal dengan CEO. Cuma saya belum pasti, berapakah caj yang bakal beliau kenakan.

Saya hanya berfikir untuk mendapatkan sejumlah wang untuk dipersiapkan bagi tujuan ini. Sekarang berfikir untuk memjual kereta dan motor.......

Anyway.....'lawan tetap lawan'.....myself like mixture coffee....6 in 1.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 23, 2015 at 05:01
by   Oreo
Sorry i am skeptical towards these so called 'middle-person' who can deal with this and that person. Its all oral promise and there is no guarantee how much he can get for you. It could be worst.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 23, 2015 at 09:21
by   Tak faham
Kepada semua yang arif tentang kes idries.

Saya kurang faham.
1. Apakah faedah faedah yang bakal idries nikmati, andainya dia mampu  mencari sejumlah wang sebagai penyelesaian dengan bank?
2. Berdasarkan huraian idries, pengurus bank tidak mungkin terima tawaran amaun rendah. Jadi berbaloikah idries jual macam macam benda pinjam kat orang, sekadar nak memenuhi kehendak bank?
3. Mengetahui bank bank yang lain mungkin bertindak selepas ini, mungkin lebih baik teruskan rayuan kes sedia ada? Andaian di sini sama ada terus berjuang atau gagal (sah bankrap).
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 23, 2015 at 13:38
by   jebat
Saya telah menerima panggilan dari pihak pengurus bank pada jam 12.30pm tadi. Beliau baru menerima fax dari pihak peguam berkenaan Notis Rayuan Kepada Hakim Dalam Kamar.
Kenapa Affin Bank buat panggilan lagi walaupun sudah berjaya membankrapkan u?
Jawapannya adalah mereka takut kena bayar RM50,000-RM80,000 lagi fee guaman jika u terus merayu sampai ke Mahkamah Persekutuan.

Apakah faedahnya jika u settle dengan Affin Bank tetapi masih dibelenggu bankrap kerana masih berhutang dengan bank-bank lain?
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 23, 2015 at 13:57
by   jebat
Panggil balik Pengurus Affin Bank dan beritahu dia bahawa u berjanji sebagai seorang lelaki Islam, akan
membayar full settlement RM 10,000 kepada bank jika peguam bank 

a. Tidak memfailkan sebarang Hujahan Membantah Rayuan-rayuan
b. Hadir pada hari pendengaran setiap rayuan dan menyatakan "no contest" ( tidak membantah rayuan ) kepada Hakim.
Ini membolehkan 90% rayuan u berjaya dan Perintah AO dan RO dibatalkan oleh Hakim.

Jika beliau bersetuju dengan syarat-syarat ini, u boleh menyiapkan surat proposal yang lengkap.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 23, 2015 at 15:05
by   Idries
Terima kasih jebat. Saya akan emailkan kepada pengurus tersebut akan perkara yang dinyatakan.

Saya baru menerima deraf perintah dari pihak peguam dari KL yang bertarikh 20 Oktober sebentar tadi melalui pos express. Terdapat perintah untuk membayar kos 'kemenangan' mereka sebanyak RM300. Pada bahagian akhir helaian, terdapat 2 nama untuk ditandatangani iaitu PKP dan saya. Perlukah saya menandatangani dan hantar ke Mahkamah atau tunggu sehingga kes ini selesai melalui rayuan?

Jebat,
Tambahan berkaitan dengan tindakan susulan dari bank2 yang lain, nampaknya saya perlu ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta untuk memastikan bank manakah yang telah memfailkan saman ke atas saya. Di antara baki 5 bank ini, 4 buah bank saya pasti tiada membuat saman dan telah pun melampaui had masa. Cuma bank 1M yang menjadi tanda tanya.

Jika penyelesaian sebanyak RM10K, mungkin saya boleh dapatkan tetapi ambil sebulan dua tempoh masa.

Ya, saya mulakan dengan pendekatan yang Jebat cadangkan dan lihat tindakan awalnya.

Terima kasih
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 23, 2015 at 19:28
by   kiki
Tambahan berkaitan dengan tindakan susulan dari bank2 yang lain, nampaknya saya perlu ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta untuk memastikan bank manakah yang telah memfailkan saman ke atas saya.

Tidak perlu ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta untuk memastikan bank manakah yang telah memfailkan saman ke atas kamu. Setiap tuntutan di mahkamah, mereka akan menghantar surat rasmi kepada kamu. Jika pernah ada bank yang buat tuntutan dulu cuba dapatkan nombor kes/guaman dan boleh di semak melalui e-filing dari rumah. Tumpukan kepada kes ini dulu.

Sementara kamu bertarik tali dengan pengurus bank itu kamu buat persedian untuk kes rayuan di mahkamah pada 3 Nov. nanti. Hujahan bertulis baik lah di rangka dari sekarang.

Saya baru menerima deraf perintah dari pihak peguam dari KL yang bertarikh 20 Oktober sebentar tadi melalui pos express. Terdapat perintah untuk membayar kos 'kemenangan' mereka sebanyak RM300. Pada bahagian akhir helaian, terdapat 2 nama untuk ditandatangani iaitu PKP dan saya. Perlukah saya menandatangani dan hantar ke Mahkamah atau tunggu sehingga kes ini selesai melalui rayuan?

Abaikan saja, tidak perlu buat apa apa. Tanpa kamu menantangani nya deraf itu, lawyer akan failkan juga untuk di meterai.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 23, 2015 at 19:55
by   steven
Idries,

Kamu sudah boleh ekstrakkan Notis Rayuan Kepada Hakim Dalam Kamar yang bermeterai?
Sudah hantar salinan bermeterai kepada peguam bank?
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 23, 2015 at 23:03
by   Idries
Kiki....saya sudah faham tentang deraf perintah. Hujahan bertulis-sedang mengumpul maklumat yang diperolehi dari u selain membaca tentang kes bungsar serta meneliti notis keterangan dari pkp.

Steven. Notis rayuan kepada hakim dalam kamar yang termeterai telah diperolehi dan pihak peguam telah menerimanya. Salinan itulah yang diterima oleh pengurus bank lalu menghubungi saya.
0 found this helpful
Helpful


 1   2   3   4   5   6   7   8   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.