Advertisement

Hutang Bank: Mesej SMS dari pihak mahkamah dan waran tangkap

3461 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Oct 13, 2015 at 23:06
by   norrzaini
edited on Sep 14, 2017 at 05:42
 
Saya ada membuat pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat. Saya ada masalah kewangan dan disebabkan hal itu  hampir setahun setengah saya tidak dapat membuat bayaran. Selepas dari itu pihak ada memberi beberapa cadangan untuk saya selesaikan tunggakan. Akan tetapi saya sering kali dihubungi oleh pihak pemungut hutang untuk membuat bayaran sekali gus.

Saya tak pernah nak layan arahan dari pihak pemungut hutang.. yang lebih teruk pihak bank sendiri datang ke rumah saya (rumah bukan atas nama saya tapi atas nama suami) untuk membuat sitaan. Mereka mengatakan mereka sudah dapat arahan dari mahkamah.. yang peliknya.

Selama hutang saya tertangguh, saya tidak pernah dapat apa-apa surat arahan dari pihak mahkamah. Tiba-tiba pihak bank datang dan mengaku dia adalah peguam untuk datang sita rumah dan barang dalam rumah. Jujur saya beritahu... peralatan didalam rumah saya adalah kebanyakan hadiah dari keluarga saya dan dari pihak mertua saya sempena kami pindah ke rumah yang saya diami sekarang. Semasa mereka datang, saya dan suami tiada dirumah kerana kami bekerja. Mereka menghubungi kami dan memberi tempoh selama tujuh hari untuk saya berbincang dengan pihak bank untuk selesaikan tunggakan.

Belum sampai tujuh hari saya mendapat mesej yang menyatakan "Defendan (atas nama saya) satu petisyen sipiutang akan ditampalkan dipapan notis mahkamah sivil Jalan Duta KL akan diiklankan disemua surat khabar utama berbahasa Melayu dalam masa lima hari.  Anda dikehendaki hadir di mahkamah tersebut dan sekiranya kamu tidak hadir waran tangkap boleh dikeluarkan terhadap kamu penyerahan WSS dan sitaan dan lelongan harta benda bagi penerima penghakiman ingkar". Dalam mesej tersebut mereka ada menyatakan untuk menghubungi nombor yang mereka berikan.

Soalan saya:
1. Adakah arahan mahkamah memang melalui mesej (SMS) atau sebenarnya saya akan terima surat atau notis dari pihak mahkamah?
2. Adakah pihak mahkamah suruh kita menghubungi mereka semula?
3. Selain itu, bolehkah pihak bank mendapat arahan memecah masuk rumah bukan atas nama saya?
4. Bolehkah mahkamah mengeluarkan waran tangkap sekiranya saya ingkar perintah?

Saya bukan melakukan jenayah. Ini adalah masalah hutang. Adakah ini agenda pihak bank dan pemungut hutang untuk mengugut saya supaya saya dapat selesaikan hutang saya atau sebaliknya.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
10 Answers

answered on Oct 14, 2015 at 00:30
by   jebat
edited Sep 14, 2017 at 05:43
 
Kamu sudah tahu pemungut hutang semuanya pembohong dan penipu. Kenapa masih layan mereka?
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 14, 2015 at 04:24
by   Slave
edited Sep 14, 2017 at 05:45
 
Kalau ada duit, bayar. Kalau tak ada duit, diam. Bukan kerja main-main senang-senang nak sita barang orang. Pedulikan semua itu. You lihat selepas 5 hari apa yang berlaku.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 14, 2015 at 08:15
by   norrzaini
edited Sep 14, 2017 at 05:48
 
Sebenarnya saya agak keliru. Saya cuba google untuk tahu prosedur sebenar sehingga saya jumpa forum ini. Yang saya kurang selesa dengan pihak mereka ini pernah telefon pejabat saya dan mengaku mereka adalah pihak dari mahkamah. Habis kecoh satu pejabat. Perlu kah nak buat sampai tahap macam tu. Saya rasa macam tertekan juga.

Saya memang nak bayar semula. Saya pernah pergi ke bank untuk bincang mengenai hutang saya, tapi cara mereka memang mendesak saya untuk saya jelaskan sekali gus, kalau tak mereka suruh suami saya buat pinjaman dengan Bank Rakyat itu untuk tujuan selesai hutang saya. Tapi cara ini tak selesai sebab nanti kami dapat hutang baru. Kalau tak ikut salah satu pilihan yang mereka bagi ini, mereka nak buat Writ of Seizure and Sales (WSS). Akhirnya saya diamkan diri sahaja.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 14, 2015 at 12:52
by   vkpc
edited Sep 14, 2017 at 05:51
 
Yang saya kurang selesa dengan pihak mereka ini pernah telefon pejabat saya dan mengaku mereka adalah pihak dari mahkamah. Habis kecoh satu pejabat.

Suruh semua kawan dan customer panggil kamu "NiNi". Beritahu semua rakan pejabat jika ada panggilan sebut nama IC kamu, beritahu sudah tak kerja lagi. Semua beres.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 14, 2015 at 15:25
by   norrzaini
edited Sep 14, 2017 at 05:53
 
Terima kasih atas pendapat dan nasihat anda.

Kebetulan sedang saya baca mesej dari forum ini. Saya terima SMS mengatakan

"U/P: notis dikeluarkan atas nama 'saya' untuk tindakan melawat alamat rumah dan pejabat. Sila hubungi Tuan XXX ditalian 016-xxxxxxx".

Seandainya mereka memang betul datang ke rumah saya. Apa tindakan yang perlu saya lakukan? Bolehkah saya membuat laporan polis untuk mengelakkan saya terus diganggu semasa saya berada dirumah atau ketika saya bekerja? Kerana sehingga ke hari ini saya belum pernah terima apa-apa surat atau notis dari pihak mahkamah.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 14, 2015 at 19:31
by   jebat
Mahkamah tak akan hantar surat kepada orang.
Peguam sahaja yang hantar surat.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 17, 2017 at 20:46
by   Niamummy
edited Sep 14, 2017 at 05:58
 
Kalau yang call dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) (memang nombor IPD) kata ada wakil datang hantar surat untuk buka waran nak sita rumah dalam masa 2 jam kalau tak ada orang di rumah nak keluar waran tahanan untuk 14 hari dan rumah akan dikunci. Betul kah itu? Orang dalam IPD pun join sama kah?
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 17, 2017 at 21:32
by   mike
edited Sep 14, 2017 at 05:59
 
Betul kah itu? Orang dalam IPD pun join sama kah?

Tidak betul.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 7, 2017 at 14:47
by   Insan
edited Dec 8, 2017 at 05:34
 
Saya nak perbetulkan semua kesulitan disini, apa sahaja yang diterima SMS mahupun call dari pihak ketiga atau sesiapa sahaja, saya nak tanya satu sahaja. Adakah awak tak ada hutang apa-apa atau sebelum nak tuduh orang lain scam atau apa sahaja.

Kenapa mereka call awak? Pasti awak ada hutang dan juga awak sengaja, cuai atau engkar malah langgar perjanjian tapi bila ada orang call dan hantar SMS macam ini, nak complain.. sedangkan diri sendiri tahu ada hutang, selesaikan lah secara ansuran atau buat perjanjian semula tak adalah orang call kita?

Berhutang dah tentu kena bayar bukan cari masalah dan juga nak cari salah orang lain, sedangkan sebelum ini boleh saja kita call bank atau institusi itu tanya pinjaman kita, barang kita atau apa sahaja!
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 7, 2017 at 21:27
by   mike
Saya nak perbetulkan semua kesulitan disini,

Kita ikut saja saluran undang undang. 

Kamu hanya tolong beritahu semua pengutip hutang, kalau tidak ada perintah mahkamah jangan ugut atau tipu orang, kata '' ada surat makamah, lori on the way,  nak datang sita rumah esok" lah dan macam macam lagi...

Moral nya, jika pengutip hutang tidak menipu, tidak lah ada masaalah. Berapa ramai yang sudah bankrap. Tidak ada masaalah, mereka menerima nya.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.