Advertisement

Melawan Petisyen Pemiutang Affin Bank Part 3

1606 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Aug 18, 2015 at 19:08
by   kaka
Dear idries,
Sila sambung di sini. Part 2 semakin panjang susah bace.
Poskan hujahan mereka.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
121 Answers
« Previous   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   Next »  Last »

answered on Sep 29, 2015 at 19:48
by   jebat
Hai Idries,

Jangan takut harga lelongan rendah, kalau rendah suruhlah isteri/saudara kamu beli pada hari lelongan.
No problem.

Lagipun lelongan mungkin hanya terjadi 10 tahun dari sekarang jika
a. Kamu tidak melapurkan diri kepada JIM atau
b. JIM diberitahu keluarga kamu tak ada rumah lain
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 29, 2015 at 20:14
by   Idries
@jebat

Untuk fakta (a), kebimbangan timbul sekiranya terdapat apa-apa tindakan susulan dari pihak JIM memandangkan pihak JC tidak akan berdiam diri. Jika JC lepas tangan, ok la.

Untuk fakta (b), itu adalah perkara utama yang wajib saya sampaikan di dalam creditor meeting.

Umumnya, mahal atau murah harga ketika lelongan, kena beli juga kerana sudah tiada pilihan lain. Jika ditakdirkan rendah, baik ketika membida tetapi bimbang jika terdapat pengurangan dari baki hutang di secure loan yang mana ianya akan wujud sebagai POD di JIM.

@notalawyer

Dokumen semua telah siap. Saya merasakan akan buat e failing pada awal pagi esok memandangkan ada kelas Add Math untuk SPM sebentar lagi.
Saya akan hantar sesalinan kepada peguam bank (belum dimeterai)
dan mendapatkan cop penerimaan dari kaunter di mahkamah bagi surat yang memohon dokumen alasan penghakiman. Setelah diekstrak dari email, saya akan serahkan salinan yang ditandatangani Pendaftar kepada peguam bank.

Terima kasih
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 30, 2015 at 01:30
by   jebat
Untuk fakta (b), itu adalah perkara utama yang wajib saya sampaikan di dalam creditor meeting.

Untuk 99% creditor meeting, creditor tidak hadir.
Macam mana nak sampaikan kepada creditor?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 30, 2015 at 01:40
by   jebat
Untuk fakta (a), kebimbangan timbul sekiranya terdapat apa-apa tindakan susulan dari pihak JIM memandangkan pihak JC tidak akan berdiam diri. Jika JC lepas tangan, ok la.
Biasanya pihak Bank lepas tangan selepas AORO diperolehi, kecuali kes yang amaunnya amat besar.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 30, 2015 at 04:43
by   Idries
Oh,begitu situasi yang berlaku! Ada juga kebaikan dgn bankrupsi dalam sudut tertentu tetapi kebimbangan kehilangan rumah tetap menjadi isu. Kerana perkara yang di hadapan sukar untuk kita membuat jangkaan sekali pun perkara itu menjadi kebiasaan.

Terima kasih jebat dengan penerangan. Dengan [K***** name removed] yang ada akan saya berusaha dengan kekuatan minda yang ada.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 30, 2015 at 15:56
by   Aurora
Salam En Idries

Saya harap encik Idries terus berusaha. Maaf tak dapat membantu.

Berdasarkan pengalaman saya, mahkamah akan ambil masa untuk mengeluarkan alasan kehakiman. Majistret membuat keputusan menolak permohonan saya untuk mengenepikan JID pada 11.11.2014 dan mahkamah hanya mengeluarkan alasan kehakiman pada 18.12.2014 dengan bayaran (seingat saya RM8).

Berkenaan pinjaman perumahan En Idries dengan Bank Rakyat, mungkin En Idries boleh berjumpa dengan pegawai bank dan terangkan situasi En Idries sekarang. Saya maklum En Idries mempunyai rekod bayaran balik yang bagus dengan bank tersebut. Mungkin bank tersebut dapat bantu dalam urusan lelongan rumah, dimana bank boleh bagi loan utk saudara En Idries membeli rumah En Idries dan berpakat supaya rumah tersbeut dilelong pada saudara En Idries.

Saya rasa pada peringkat ini kita kena ambil langkah proaktif supaya we can eliminate uncertainties.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 1, 2015 at 00:34
by   Idries
Wa'alaikumsalam aurora.
Terima kasih dengan pandangan. Meneliti penulisan puan, iannya berkisar seolah-olah saya telah bankrap sepenuhnya. Saya akui bahawa saya telah menerima perintah bankrap dan sekarang didalam tempoh merayu. Walaupun peluang untuk menang mungkin tipis, sekurang2nya saya ada tempoh untuk bertenang. Cadangan puan baik dan ianya telah menjadikan saya serba salah samada untuk tidak terus merayu dan meneerima perintah penghakiman.
Sebenarnya saya agak bimbang sekiranya pihak bank perumahan menolak perbincangan dan pada masa yang sama pihak JIM pun tidak menerima rayuan saya. Aduh....sakit tu puan. Katakan ianya benar, peluang yang ada hanyalah melakukan perebutan semasa tender lelong. Thanks
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 1, 2015 at 00:51
by   Idries
@notalawyer

Notis rayuan telah disempurnakan hari ini dengan kos RM40 sahaja. Saya telah serahkan salinan tak termeterai kepada wakil peguam bank di Ipoh.

Berkenaan dengan surat memohon alasan penghakiman,pada mulanya saya serah dikaunter. Kerani membaca dan menelefon pkp bertanya tentangnya. Dari perbincangan mereka,saya diberitahu bahawa ianya tidak dapat dikeluarkan. Saya respon mengatakan bahawa ianya boleh diperolehi dengan membuat bayaran untuk salinan tersebut. Kemudian saya diminta untuk bertemu pegawai di pejabat e failing. Setelah dia membaca surat tersebut, dia menerimanya dan akan hubungi saya. Saya ada beberapa soalan.

1. Andaikan alasan penghakiman diterima dalam tempoh 4 minggu lagi dan tarikh bertemu hakim dalam kamar dalam tempoh 3 minggu lagi, apakah persediaan yang sewajarnya di lakukan?

2. Berapakah tempoh yang dibenarkan untuk penjualan rumah yang memenuhi syarat agar pihak JIM/bank tidak melelong rumah? Maksud saya,contoh jika saya jual rumah pada September 2014, dan saya menerima penghakiman pada Oktober 2015, apakah penjualan tersebut dibatalkan? Ada yang kata tempoh 6 bulan....1 tahun.....dan terbaru 2 tahun?

3. Bolehkah anak membeli rumah saya jika dilelong? Adakah ini dibenarkan? Atau mesti dibeli oleh selain keluarga saya?

4. Kes rayuan kepada hakim dalam kamar ini dilakukan di Ipoh? Jika gagal, ke Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan?

Thanks
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 1, 2015 at 03:07
by   notalawyer
Berkenaan dengan surat memohon alasan penghakiman,pada mulanya saya serah dikaunter. Kerani membaca dan menelefon pkp bertanya tentangnya. Dari perbincangan mereka,saya diberitahu bahawa ianya tidak dapat dikeluarkan. Saya respon mengatakan bahawa ianya boleh diperolehi dengan membuat bayaran untuk salinan tersebut. Kemudian saya diminta untuk bertemu pegawai di pejabat e failing. Setelah dia membaca surat tersebut, dia menerimanya dan akan hubungi saya.
Tahniah, Encik sudah pandai cakap dan lebih confident sekarang.

1. Andaikan alasan penghakiman diterima dalam tempoh 4 minggu lagi dan tarikh bertemu hakim dalam kamar dalam tempoh 3 minggu lagi, apakah persediaan yang sewajarnya di lakukan?
Beli buku Kaedah-keadah Mahkamah 2012 dan Akta Kebankrapan dari kedai buku.

2. Berapakah tempoh yang dibenarkan untuk penjualan rumah yang memenuhi syarat agar pihak JIM/bank tidak melelong rumah? Maksud saya,contoh jika saya jual rumah pada September 2014, dan saya menerima penghakiman pada Oktober 2015, apakah penjualan tersebut dibatalkan? Ada yang kata tempoh 6 bulan....1 tahun.....dan terbaru 2 tahun?
Soalan tak berapa jelas.  Penghakiman yang mana?  Kebangkrapan?

3. Bolehkah anak membeli rumah saya jika dilelong? Adakah ini dibenarkan? Atau mesti dibeli oleh selain keluarga saya?
Sesiapa pun boleh asalkan cukup umur, ada cukup duit ataupun boleh dapat kelulusan pinjaman.
Duit deposit juga perlu sebelum boleh masuk bilik lelongan.

4. Rayuan kepada Hakim dalam Kamar ini akan dilakukan di Ipoh?
Ya, sebab Ipoh ada Mahkamah Tinggi.

Jika gagal, ke Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan?
Mahkamah Rayuan.  Sudah beritahu hari tu.
Di Mahkamah Rayuan, 3 orang Hakim akan mendengar rayuan.
Di Mahkamah Persekutuan, 5 orang Hakim akan mendengar rayuan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 1, 2015 at 20:26
by   Idries
Saya baru terima panggilan dari mahkamah tinggi. Mereka dah siapkan dokumen alasan penghakiman dengan kos RM17. Esok pagi saya akan beli dokumen tersebut dan copy di dalam forum.

Terima kasih
0 found this helpful
Helpful


« Previous   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.