Advertisement

Melawan Petisyen Pemiutang Affin Bank Part 3

1715 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Aug 18, 2015 at 19:08
by   kaka
Dear idries,
Sila sambung di sini. Part 2 semakin panjang susah bace.
Poskan hujahan mereka.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
121 Answers
« Previous   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   Next »  Last »

answered on Sep 29, 2015 at 16:12
by   Idries
Dokumen telah siap.

Tentang dokumen alasan penghakiman, bukankah boleh diperolehi dari kaunter pendaftaran? Begitulah menurut salah seorang forumer. Mungkin juga maksudnya adalah untuk mendapatkan arahan seterusnya.

Saya akan siapkan sebentar lagi untuk memenuhi permintaan atau pun kehendak pihak mahkamah.

Terima kasih
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 29, 2015 at 16:27
by   notalawyer
Correction:
The signature part should be

....................
Pendaftar
Mahkamah Tinggi Ipoh
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 29, 2015 at 16:28
by   Idries
xxxxxxxxxxx,
xxxxxxxxxxx,
31350 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

Tarikh : 29/09/2015

Kepada :

xxxxxxxxxxxxxxx,
Penolong Kanan Pendaftar,
Mahkamah Tinggi Ipoh,,
Perak Darul Ridzuan

Puan,

PER: MEMOHON SALINAN ALASAN PENGHAKIMAN

Merujuk kepada perkara di atas, saya xxxxx pemegang Kad Pengenalan bernombor xxxx memohon salinan penghakiman yang telah puan berikan pada Selasa 22 September 2015, jam 9.00 pagi di Kamar No. 2 yang menolak permohonan Penghutang Penghakiman bagi membatalkan Petisyen Pemiutang.

Tindakan dan pertimbangan sewajarnya dari pihak Puan saya dahului dengan terima kasih.

Yang benar,

…………………………..
( xxxxx)
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 29, 2015 at 16:44
by   Idries
Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam telah diperbetulkan.
Thanks
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 29, 2015 at 16:48
by   notalawyer
xxxxxxxxxxx,
Medan Lapangan Sentosa,
31350 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

Tarikh : 29/09/2015

Kepada :

xxxxxxxxxxxxxxx,
Penolong Kanan Pendaftar,
Mahkamah Tinggi Ipoh,,
Perak Darul Ridzuan

Puan,

PER: MEMOHON NOTA KETERANGAN DAN ALASAN PENGHAKIMAN
DALAM PERKARA KEBANKRAPAN xxxxxxxxx
AFFIN BANK BHD lwn

Merujuk kepada perkara di atas, saya, Penghutang Penghakiman memohon salinan Nota Keterangan dan Alasan Penghakiman ( serta otoriti yang menjadi asas keputusan ) bagi keputusan Puan yang telah berikan pada 22 September 2015 untuk tujuan Rayuan kepada Hakim dalam Kamar.

Diharap puan dapat menyediakan dokumen-dokumen tersebut dalam masa tersingkat dan memaklumkan tentang apa-apa fee yang perlu dibayar.

Teima Kasih.

Yang benar,

…………………………..
(Your Name)
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 29, 2015 at 17:32
by   notalawyer
Serahkan surat ini kepada kaunter Mahkamah Tinggi.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 29, 2015 at 18:00
by   Idries
Baik dan terima kasih.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 29, 2015 at 18:15
by   kiki
1. PKP membacakan otoriti yang menyebut nama Musa.....selebihnya saya tak dpt catitan (bacaan perlahan dan laju).
2. Saya tiada mempunyai bukti bahawa di dalam tempoh perbicaraan, saya mempunyai usaha untuk melupuskan rumah tersebut dalam usaha saya menjelaskan hutang tersebut.


1.Tujuan meminta alasan penghakiman itu supaya kita sama sama dapat meneliti otoriti yang di gunapakai pkp relevan atau tidak dalam kes kamu ini dan mencari loop hole jika ada.

2. Mungkin dapat tambahkan lagi dengan bukti saperti yang di maksud oleh jeffOO5..This can be achieved by submiting the "house valuation report" by suleiman & co and placement of "House for Sale" on local acceptable Newspaper Advertisements. This shows a commitment to resolve this bankruptcy issue.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 29, 2015 at 19:25
by   notalawyer
Bukti atau keterangan (evidence) baru tidak boleh dikemukakan di peringkat rayuan.
Rumah tidak boleh dijual sekarang kerana ia sekarang dimiliki oleh Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi.
Perintah Jualan Mahkamah yang disebut Jeff005 hanya boleh diperolehi jika Saman Pemula Baru dimasukkan, tetapi seseorang yang bankrap tidak boleh failkan saman.

Tidak tepat jika dikatakan jual sendiri akan dapat harga yang lebih tinggi daripada jualan lelongan.
Kadangkala harga jualan lelongan melebihi harga pasaran.

Suruh staff kaunter chop terima pada salinan surat u.
Failkan Notis Rayuan Kepada Hakim Dalam Kamar dan dapatkan resit pembayaran.
Hantar 1 salinan Notis Rayuan Kepada Hakim Dalam Kamar ( yang belum bermeterai ) kepada peguam bank.
Bila Notis Rayuan Kepada Hakim Dalam Kamar bermeterai dapat diekstrak daripada laman web, hantar 1 lagi salinan bermeterai kepada peguam bank.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 29, 2015 at 19:39
by   Idries
Terima kasih tuan notalawyer. Catitan saya fahami dan arahan dipatuhi. Keterangan yang diberi, saya fahami. Terima kasih sekali lagi.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.