Advertisement

Melawan Petisyen Pemiutang Affin Bank Part 3

1724 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Aug 18, 2015 at 19:08
by   kaka
Dear idries,
Sila sambung di sini. Part 2 semakin panjang susah bace.
Poskan hujahan mereka.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
121 Answers
« Previous   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   Next »  Last »

answered on Sep 28, 2015 at 22:12
by   jebat
Hai Idries,

Poskan dokumen disini untuk semakan sebelum failkan.
Jangan terus fail.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 28, 2015 at 22:21
by   Idries
Okk.....dalam masa terdekat ni....
Thanks
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 29, 2015 at 04:49
by   Idries
DALAM MAHKAMAH TINGGI DI IPOH
DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO. 29NCC-XXXX-11/2014

ANTARA
XXXXX XXX XXXXX
( NO. K/P :  XXXXXX-08-XXXX / X XXXXXXX) - PENGHUTANG PENGHAKIMAN

DAN

XXXXX BANK BERHAD (25046 – T)  - PEMIUTANG PENGHAKIMAN

NOTIS RAYUAN KEPADA HAKIM DALAM KAMAR

Kepada Pendaftar,

Saya  XXXXXX XXX XXXXX, Penghutamg Penghakiman di atas adalah dengan ini memberi notis untuk merayu terhadap keputusan  Puan  xxxxxxxxx , Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh yang telah diberikan pada  Selasa, 22 September 2015  yang mana telah menolak permohonan  Penghutang Penghakiman untuk membatalkan  Petisyen Pemiutang.

Bertarikh pada  29 September  2015

-----------------------------------------------------------
( Idris Bin Ahmad – Penghutang Penghakiman)

Kepada :-
1.  Pendaftar , Mahkamah Tinggi Ipoh
2.  Tetuan XXXXXXX

Notis ini difailkan oleh Penghutang Penghakiman yang beralamat di :-

XXXXXXXXXXX,
31350 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
Telefon -  013 XXXXXXXXX  /  e-MAIL :   XXXXXXXX@gmail.com
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 29, 2015 at 04:52
by   Idries
DALAM MAHKAMAH TINGGI DI IPOH
DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO. 29NCC-xxxx-11/2014

ANTARA

xxxxx
( NO. K/P :  xxxxxxx / xxxxxx  ) - PENGHUTANG PENGHAKIMAN

DAN

xxxxx BANK BERHAD (25046 – T)  - PEMIUTANG PENGHAKIMAN

SAMAN DALAM KAMAR
(Permohonan Penghutang Penghakiman Untuk Menggantung Prosiding Kebankrapan)

AMBIL PERHATIAN  bahawa Penghutang Penghakiman yang dinamakan di atas bercadang untuk memohon kepada Mahkamah Tinggi Ipoh pada hari…………….pukul………….  untuk satu  perintah menggantung prosiding kebankrapan sehingga semua rayuan berkaitan diputuskan.

Alasan-alasan untuk permohonan ini adalah seperti berikut :

Notis Rayuan Kepada Hakim Dalam Kamar akan difailkan pada 29 September 2015.

Lazimnya, jika adanya rayuan Interlokuteri kepada Hakim dalam kamar, prosiding utama mesti ditangguhkan sebagai suatu penghormatan kepada Hakim.

Jika Penghutang Penghakiman dihukum bankrap, hak-hak merayunya akan terjejas dan  mungkin dibekukan.
Kebankrapan tidak patut digunakan sebagai alat membelenggukan hak-hak Penghutang Penghakiman untuk merayu.

Penghutang Penghakiman telah membuktikan bahawa masih solven untuk membayar jumlah tuntutan dari pihak Pemiutang Penghakiman dengan cara melaksanakan penjualan rumah secara penuh berdasarkan afidavit sokongan yang telah diikrarkan pada xxxx.

Penjualan rumah dapat dilaksanakan dengan berkesan tanpa melibatkan Perintah Kebankrapan seperti yang diputuskan oleh PKP terlibat.

Penghutang Penghakiman akan menyediakan dokumentasi Penilaian Hartanah dan nilai pasaran hartanah tersebut sebagai bukti bahawa penjualan rumah boleh berlaku setelah Petisyen Pemiutang dibatalkan.

Bertarikh pada   xxxxxx

………………………
Pendaftar
Mahkamah Tinggi Ipoh

Notis permohonan ini difailkan oleh Penghutang Penghakiman yang beralamat di:-
Xxxxxxxxxxxxx
Xxxxxxxxxxxx
Xxxxxxxxxxxx

Salinan kepada,

Tetuan xxxxxxxxxxxxxx
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 29, 2015 at 11:30
by   notalawyer
SAMAN DALAM KAMAR
(Permohonan Penghutang Penghakiman Untuk Menggantung Prosiding Kebankrapan)


Prosiding Kebankrapan telahpun tamat selepas AO dan RO dibenarkan.
Mungkin Saman Dalam Kamar tidak perlu dalam situasi ini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 29, 2015 at 12:22
by   Idries
Bermakna saya hanya memfailkan notis rayuan sahaja pada hari ini? Boleh saya tahu, adakah notis ini mematuhi aturan mahkamah tinggi 1980 iaitu Lampiran 35 dan kehendak 114 yang mesti memasukkan perintah2 atau perintah yang ingin dipohon?

Mohon bantuan ya.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 29, 2015 at 14:29
by   notalawyer
Bukan Notis Rayuan, tetapi Notis Rayuan Kepada Hakim Dalam Kamar.
Format Notis Rayuan Kepada Hakim Dalam Kamar u nampak macam tak betul.  Jangan failkan.

Aturan Mahkamah Tinggi 1980
Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 telahpun lupus dan diganti dengan Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 29, 2015 at 14:47
by   notalawyer
Guna ini

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI IPOH
DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO. 29NCC-XXXX-11/2014

ANTARA
XXXXX XXX XXXXX
( NO. K/P : XXXXXX-08-XXXX / X XXXXXXX) ...............................PERAYU / PENGHUTANG PENGHAKIMAN

DAN

XXXXX BANK BERHAD (25046 – T) .................................... RESPONDEN / PEMIUTANG PENGHAKIMAN

NOTIS RAYUAN KEPADA HAKIM DALAM KAMAR

AMBIL PERHATIAN bahawa Peghutang Penghakiman yang dinamakan di atas bercadang hendak merayu terhadap keputusan Penolong Kanan Pendaftar yang diberikan pada 22 haribulan September 2015 menolak permohonan
Penghutang Penghakiman untuk membatalkan Petisyen Pemiutang.

Bertarikh pada  ...........................  2015.

.....................................

( Penghutang Penghakiman )

Dan selanjutnya ambil perhatian bahawa kamu adalah dikehendaki hadir di hadapan Hakim dalam Kamar pada

................. 2015, pukul .......  pagi di pendengaran permohonan oleh Penghutang Penghakiman yang tersebut

untuk mendapatkan perintah :-

a. membatalkan Petisyen Pemiutang
b. membatalkan Perintah Penghukuman dan
c. membatalkan Perintah Penerimaan

Tarikh : .........................

                           ..........................                                                           Pendaftar
Mahkamah Tinggi Shah Alam

Salinan Kepada :-
Tetuan XXXXXXX

Notis ini difailkan oleh Penghutang Penghakiman yang beralamat di :-

XXXXXX,
31350 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
Telefon - 013 XXXXXXX / e-MAIL : XXXXXXXX@gmail.com
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 29, 2015 at 15:33
by   notalawyer
Fee untuk failkan Notis ini adalah dalam lingkungan RM50.

Mana deraf surat u kepada PKP meminta Nota Keterangan dan Alasan Penghakiman?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 29, 2015 at 15:38
by   jeff005
NOTIS RAYUAN KEPADA HAKIM DALAM KAMAR

Can be this rayuan be further strengthen by an offer of "composition" to sell the house to settle the debt? And that Idries be given the authority to sell the house on his own rather than Bank Rakyat to do it?
This can be achieved by submiting the "house valuation report" by suleiman & co and placement of "House for Sale" on local acceptable Newspaper Advertisements. This shows a commitment to resolve this bankruptcy issue.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.