Advertisement

Melawan Petisyen Pemiutang Affin Bank Part 3

1604 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Aug 18, 2015 at 19:08
by   kaka
Dear idries,
Sila sambung di sini. Part 2 semakin panjang susah bace.
Poskan hujahan mereka.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
121 Answers
« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

answered on Sep 23, 2015 at 03:17
by   Idries
Terima kasih jebat dan kiki.

Di dalam kes melewat-lewatkan melapor diri ke JIM,dibimbangi waran tangkap akan dikeluarkan ke atas saya. Mungkin kerana pihak JC akan mengajukan pertanyaan ke JIM. Mungkin juga pada masa yang sama, POD juga akan membuat carian.

Benar, staff bank akan memberitahu perkara yang standard. Apapun, saya tidak memperkenalkan diri saya tadi, hanya sekadar bertanya.

Di dalam kes memanipulasi,tentu kiki boleh memberi sedikit tunjuk ajar...logiknya bidaan tertinggi akan diterima oleh pelelong. Bagaimana melakukan manipulasi untuk dapatkan harga terendah? Jika baki pinjaman 80k, paling rendah adalah 80k. Jika ini berlaku,ianya memuaskan hati saya. Tentunya puhak bank putus harapan untuk mendapatkan lebihan dari jualan.
Apakah mungkin pihak bank akan berhubung terus dengan bank rakyat bagi menjamin pihaknya mendapat lebihan?

Terima kasih
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 23, 2015 at 03:28
by   Idries
Katakanlah....pihak JIM mengarahkan bank rakyat atau bank rakyat sendiri mahu melelong mengikut akhta kebankrapan di dalam tempoh 6 bulan, bolehkah saya terus tinggal di dalam rumah ini? Atau suatu notis akan ditampal dan risalah akan diedarkan? Malunya saya? Ada sesiapa berpengalaman?
Thanks
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 23, 2015 at 03:42
by   kiki
Di dalam kes melewat-lewatkan melapor diri ke JIM,dibimbangi waran tangkap akan dikeluarkan ke atas saya.
Tidak akan ada waran tangkap akan di keluarkan terhadap kamu kerana kamu bukan penjenayah. Mempunyai hutang bukan satu perbuatan jenayah.

Mungkin kerana pihak JC akan mengajukan pertanyaan ke JIM. Mungkin juga pada masa yang sama, POD juga akan membuat carian.
Ya , ada kemungkinan.

Benar, staff bank akan memberitahu perkara yang standard. Apapun, saya tidak memperkenalkan diri saya tadi, hanya sekadar bertanya.
Ok.

Di dalam kes memanipulasi,tentu kiki boleh memberi sedikit tunjuk ajar...logiknya bidaan tertinggi akan diterima oleh pelelong. Bagaimana melakukan manipulasi untuk dapatkan harga terendah?
Saya ada terbaca mengenai nya di forum ini atau mungkin di section lain dalam forum Lawyerment ini. Sama sama kita cari nanti.

Jika baki pinjaman 80k, paling rendah adalah 80k. Jika ini berlaku,ianya memuaskan hati saya. Tentunya puhak bank putus harapan untuk mendapatkan lebihan dari jualan.
Biasa berlaku yang harga di jual semasa lelongan jauh lebih rendah dari baki hutang.

Apakah mungkin pihak bank akan berhubung terus dengan bank rakyat bagi menjamin pihaknya mendapat lebihan?
Jika berlaku lebihan ia akan di pulangkan pada kamu. Namun sekiranya kamu masih ada hutang lain JIM akan mengambil nya untuk semua creditors yang submit POD.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 23, 2015 at 05:14
by   notalawyer
Andaikan Jebat betul dan rumah tidak dilelongkan oleh Bank Rakyat selama beberapa tahun,
inilah jalan yang paling baik.
Jika Bank Rakyat nak melelongkan rumah, mereka tentu akan hantarkan surat kepada tuan.
Selepas menerima surat, bolehlah tuan suruh saudara beli di lelongan.

Atau suatu notis akan ditampal dan risalah akan diedarkan? Malunya saya?
Tuan sudah sampai ke tahap ini masih takut malu?
Bagaimana nak buat rayuan ke Putrajaya jika masih takut malu?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 24, 2015 at 00:24
by   Idries
Terima kasih jebat dengan respon.
Sebenarnya pada tahun 2008, lagi 2 hari sebelum rumah saya ini dilelong di mahkamah tinggi, saya berjaya jelaskan RM7K tunggakan dan berhentikan lelongan. Beberapa hari sebelum itu, pihak pelelong telah menghantar risalah lelongan awam di sekeliling kawasan perumahan ini. Maka berduyun-duyunlah mengunjungi dengan pelbagai soalan dan sindiran. Sehingga kini, kiranya berbicara hal rumah dengan jiran2, saya sering dijadikan sindirin.

Sebab itulah wujudnya ayat 'merasa malu'. Saya tidak gentar untuk ke mahkamah persekutuan. Cuma saya merasa kesal, akibat kejahilan saya meminjam dan kebodohan saya dalam undang2, isteri dan anak2 menjadi malu. Kekuatan dalaman tiap manusia berbeza tuan jebat.

Terima kasih kerana memberi semangat. Diharapkan semoga bantuan anda semua tidak berhenti setakat mahkamah rayuan ya.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 24, 2015 at 01:46
by   Idries
Saya ada beberapa soalan.

1. Apakah benar tarikh akhir serahan notis adalah pada 6 Oktober 2015? Bolehkah saya menfaikan notis pada tarikh berkenaan? Bahi suspen pada pihak bank kerana mungkin mereka fikir tiada notis rayuan.

2. Selepas notis rayuan difailkan, bagaimana saya boleh dimaklumkan tentang tarikh sebutan di dalam kamar dan biasanya berapa lamakah proses ini berlangsung?

3. Bolehkah di dalam tempoh ini, sekiranya saya ingin membuat bayaran penyelesaian, apakah pihak bank akan menerima bayaran tersebut?

4. Harap tiada salah faham bagi soalan 3 kerana 'lawan tetap lawan'. Bolehkah saya melakukan perkara 3 selepas mendapat penghakiman di mahkamah persekutuan?

Terima kasih
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 24, 2015 at 04:49
by   kiki
1. Apakah benar tarikh akhir serahan notis adalah pada 6 Oktober 2015? Bolehkah saya menfaikan notis pada tarikh berkenaan? Bahi suspen pada pihak bank kerana mungkin mereka fikir tiada notis rayuan.

Ya, tarikh akhir 6 oktober bermula dari 22 sept. Lebih baik kamu failkan sebelum tarikh berkenaan kerana tidak ada kelebihan kepada pihak kamu ataupun menjadi disadvantage kepada pihak Bank. Mengikut rekod mahkamah status kamu '' file closed ''. Failkan Cepat.

2. Selepas notis rayuan difailkan, bagaimana saya boleh dimaklumkan tentang tarikh sebutan di dalam kamar dan biasanya berapa lamakah proses ini berlangsung?
Selepas di failkan kamu semak melalui e-filling.

3. Bolehkah di dalam tempoh ini, sekiranya saya ingin membuat bayaran penyelesaian, apakah pihak bank akan menerima bayaran tersebut?
Tidak pasti cara nya setelah di bankrap semua pembayaran hanya melalui JIM. Pihak Bank sentiasa saja mahu menerima wang. Tetapi untuk mendapatkan 'discharge' inisiatif akan bergantung pada si bankrap. Kalau kamu ada hutang hutang lain dan kamu hanya mahu settlekan yang ini saja, kamu fikir lah pro dan kontra nya. Semua Bank tidak mempunyai perasaan.

4. Harap tiada salah faham bagi soalan 3 kerana 'lawan tetap lawan'. Bolehkah saya melakukan perkara 3 selepas mendapat penghakiman di mahkamah persekutuan?
Kamu poskan dokumen Notis Rayuan Kepada Hakim dalam Kamar disini untuk semakan cepat , walau pun masing kurang tepat , palaling kurang pun para forumer dapat memberi komen untuk pembetulan.

1. PKP membacakan otoriti yang menyebut nama Musa.....
Sepekara lagi cuba dapatkan dan pos detail spesifik otoriti yang di gunakan oleh lawyer saperti yang kamu katakan ini diatas.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 25, 2015 at 17:00
by   Idries
Salam. Saya ada masalah internet sblm ini. Terlewat respon.

Tentang otoriti, pkp menggunakan otoriti yang bukan diambil dari peguam bank.

1. Bagaimana mendapatkan salunan penghakiman dari pkp seperti yang telah dibacakannya pada 22 September lalu?

2. Benarkah saya perlu sediakan 3 salinan notis rayuan hakim dalam kamar?

3. Sekiranya saya mempunyai inisiatif untuk penyelesaian dengan jim/bank, saya akan jualkan rumah kepada saudara saya setelah mempastikan tiada saman yang dikeluarkan oleh mana2 bank. Semuanya telah melangkaui akhta had masa. Saya akan memastikan bahawa penjualan rumah melebihi 2 tahun sebelum mereka cuba mengeluarkan notis kebankrapan (jika ada). Katakan ketika itu mereka membangkrapkan saya, saya tidak akan melawan lagi. Saya senang hati untuk dibangkrapkan.

4. Apakah Malaysia ini tiada sebarang akhta yang melindungi si bankrap yang hanya mempunyai sebuah rumah sahaja dikecualikan dari dilelong rumahnya? Lainlah jika sibankrap mempunyai lebih dari satu rumah dan sebidang tanah. Nampak seperti suatu kezaliman apabila hutang yang asalnya 3k menyebabkan saya kehilangan rumah yang telah saya bayar hampir 90k?

5. Wajarkah jika perkara ini saya bawa kepada Pengarah Jabatan Insolvensi bagi mendapatkan pengecualian?

6. Setakat ini, apakah tercatit nama saya sebagai bankrap di mana2 laman web? Web manakah yang selayaknya saya lawati?

7. Wajarkah perkara ini saya ajukan kepada pusat aduan negara?

Setakat ini, saya boleh berurusan dengan maybank dan bank rakyat.
Terima kasih
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 25, 2015 at 19:30
by   kiki
1. Bagaimana mendapatkan salunan penghakiman dari pkp seperti yang telah dibacakannya pada 22 September lalu?
cuba dapatkan dari kaunter pendaftaran.

2. Benarkah saya perlu sediakan 3 salinan notis rayuan hakim dalam kamar?
Sediakan 4 salinan. 3 atau 4 tiada beza.

3. Sekiranya saya mempunyai inisiatif untuk penyelesaian dengan jim/bank, saya akan jualkan rumah kepada saudara saya setelah mempastikan tiada saman yang dikeluarkan oleh mana2 bank. Semuanya telah melangkaui akhta had masa. Saya akan memastikan bahawa penjualan rumah melebihi 2 tahun sebelum mereka cuba mengeluarkan notis kebankrapan (jika ada). Katakan ketika itu mereka membangkrapkan saya, saya tidak akan melawan lagi. Saya senang hati untuk dibangkrapkan.
Itu kehendak kita. Tetapi perkara ini sudaah berlaku sekarang di depan mata. Kena bertindak di atas segala kemungkinan yang kita jangkakan.

4. Apakah Malaysia ini tiada sebarang akhta yang melindungi si bankrap yang hanya mempunyai sebuah rumah sahaja dikecualikan dari dilelong rumahnya? Lainlah jika sibankrap mempunyai lebih dari satu rumah dan sebidang tanah. Nampak seperti suatu kezaliman apabila hutang yang asalnya 3k menyebabkan saya kehilangan rumah yang telah saya bayar hampir 90k?
Ini lah yang mahu di perjuangkan oleh Avengers Malaysia.

5. Wajarkah jika perkara ini saya bawa kepada Pengarah Jabatan Insolvensi bagi mendapatkan pengecualian?
Wajar tetapi DGI tiada kuasa atas penjualan rumah yang masih dalam pegangan Bank (secured Loan).

6. Setakat ini, apakah tercatit nama saya sebagai bankrap di mana2 laman web? Web manakah yang selayaknya saya lawati?
Tiada. Kalau akan tercatit pun kemudian adalah dalam CCRIS bank Negara atau CTOS.

7. Wajarkah perkara ini saya ajukan kepada pusat aduan negara?
Kalau boleh ajukan kepada Menteri pun lebih baik lagi. Hari itu Menteri Nancy Shukri  janji nak buat revision.

Setakat ini, saya boleh berurusan dengan maybank dan bank rakyat.
Sementara ia masih belum bergerak. Kamu buat lah persedian persedian yang telah di rekomenkan. Jangan tunggu sehingga ia jadi effektif. Contoh. buatlah joint account. ..failkan rayuan dan sebagai nya dulu.Kalau kamu failkan rayuan lagi lah dapat membeli masa kerana mereka terpaksa tunggu sehingga semua channel undang undang yang kamu apply betul betul tamat.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 25, 2015 at 20:50
by   rayna
@idries

i'd like to share sesuatu yg berlaku kpd seorang bankrap
beliau dibankrapkan krn satu pinjaman perumahan
selepas beliau dibankrapkan pada tahun 2003, rumah beliau tidak terus dilelong
sebaliknya semasa creditor meeting beliau memaklumkan bahawa tidak mempunyai tempat tinggal lain utk keluarga beliau
jadi JIM menetapkan bahawa beliau boleh terus tinggal di situ sebaliknya melelong dua buah kereta beliau
dan beliau perlu membayar RM700 kepada insolvensi setiap bulan
fast forward 2013, beliau berhenti membayar kpd insolvensi kerana beliau bersara akibat penyakit
dan baru tahun ini bank memohon leave kepada JIM untuk memulakan prosiding foreclosure

i do not know how lenient JIM officers can be now (mind you, ini kes tahun 2003), tapi mungkin semasa creditors meeting nanti anda boleh maklumkan kepada pihak JIM yang anda tidak ada tempat tinggal yang lain
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.