Advertisement

Melawan Petisyen Pemiutang Affin Bank Part 3

2022 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on Aug 18, 2015 at 19:08
by   kaka
Dear idries,
Sila sambung di sini. Part 2 semakin panjang susah bace.
Poskan hujahan mereka.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
121 Answers
« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

answered on Sep 22, 2015 at 17:25
by   kiki
Salam Idries,

Saya turut berasa sedih atas keputusan yang telah kamu terima.

Di harap kamu dapat bertenang dan membolehkan kamu untuk berfikir strategi dan membuat sebarang peralihan pada situasi baru ini. Namun saya juga faham, ''berat mata saya memandang berat lagi bahu kamu yang memikul.''

Jika kamu teruskan rayuan saya pasti mereka yang mempunyai kemampuan akan cuba juga membantu sedaya yang boleh.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 22, 2015 at 18:37
by   Idries
Steven and kiki.....terima kasih
Sayanakan buat joint account pada jumaat ini.
Bagaimana dengan kedudukan rumah saya? Perlukah saya meneruskan ansuran bulanan seperti biasa? Perlukah saya mendaftar di JIM mulai hari ini walaupun saya memilih untuk merayu?

Terima kasih
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 22, 2015 at 19:43
by   Idries
Steven,kiki,jebat,notalawyer,vkpc and others...

Saya cuma ada 1 akaun sahaja iaitu kepala harimau. Jarang guna. Saya dah keluarkan wangnya. Saya memang sangat jarang menggunakan akaun bank kecuali ambil brim sahaja. Bolehkah saya buat akaun bersama dengan anak saya yang berusia 20 tahun?

Saya akan hantar notis rayuan dalam tempoh 2 minggu ini? Apakah selepas menghantar notis tersebut, akaun saya tetap akan dibekukan sedangkan saya memberi notis untuk merayu dan membantah keputusan pkp?

Perlukah saya meneruskan ansuran rumah saya setelah akaun saya dibekukan? Tentu pihak bank rakyat mengetahuinya dan bolehkah mereka menerima ansuran tersebut?

Bolehkah di dalam tempoh menanti keputusan hakim ini,saya melakukan proses penjualan rumah bagi mendapatkan wang untuk dibayar kepada affin? Atau hanya puhak JIM yang boleh melakukannya?

Apakah saya perlu keluar dari rumah ini? Bilakah masa yang sesuai saya keluar dari rumah ini?

Murid-murid saya membayar yuran dengan tunai,jadi tiada masalah akaun bank. Cuma saya bercadang meminjam tekun nasional untuk memperbaiki prasarana kelas saya untuk keselesaan pelajar.

Terima kasih
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 22, 2015 at 20:00
by   jebat
Perlukah saya mendaftar di JIM mulai hari ini walaupun saya memilih untuk merayu?
Tunggu surat dari JIM.

Bolehkah saya buat akaun bersama dengan anak saya yang berusia 20 tahun?  Boleh.

Saya akan hantar notis rayuan dalam tempoh 2 minggu ini? Apakah selepas menghantar notis tersebut, akaun saya tetap akan dibekukan sedangkan saya memberi notis untuk merayu dan membantah keputusan pkp?
Ada kemungkinan akaun bank kamu akan lambat dibekukan jika adanya rayuan kerana pertemuan pihak pemiutang dengan JIM mengenai kes u mungkin ditangguhkan.

Perlukah saya meneruskan ansuran rumah saya setelah akaun saya dibekukan?
Jika u suka tinggal di rumah tersebut, u boleh meneruskan bayaran ansuran rumah.

Tentu pihak bank rakyat mengetahuinya dan bolehkah mereka menerima ansuran tersebut?
Walaupun Bank Rakyat tahu akan status kebankrapan kamu, mereka akan berpura-pura tidak tahu dan masih akan menerima bayaran ansuran.

Bolehkah di dalam tempoh menanti keputusan hakim ini,saya melakukan proses penjualan rumah bagi mendapatkan wang untuk dibayar kepada affin?
Sudah tak boleh, peguam pembeli dan bank pembeli tentu akan membuat carian tentang status u.

Atau hanya pihak JIM yang boleh melakukannya?
Kalau u beritahu JIM bahawa keluarga u tak ada tempat lain untuk berteduh, ada kemungkinan besar rumah tidak akan dijual oleh JIM.

Apakah saya perlu keluar dari rumah ini? Bilakah masa yang sesuai saya keluar dari rumah ini?
Kenapa perlu keluar rumah, rumah itu selesakan?

Cuma saya bercadang meminjam tekun nasional untuk memperbaiki prasarana kelas saya untuk keselesaan pelajar.
Tak payah-lah pinjam-meminjam lagi. Buat-lah duit sendiri dengan ikhlas.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 22, 2015 at 20:29
by   Idries
@jebat
Terima kasih. Cara anda menjawab soalan saya begitu bersahaja tetapi ada fakta. Anda peguamkah? Anyway....terima kasih banyak.

Berkenaan keputusan melelong rumah adalah ditangan JIM.....bermakna penguasaan JIM di dalam kes kebankrapan adalah penuh. Pernah adakah kes yang rumah tidak dilelong oleh pihak JIM sekiranya sibankrap benar-benar tidak mempunyai kediaman lain? Tidakkah pihak bank akan 'meraung' kerana hajatnya tidak kesampaian?

Apakah dengan hanya RM50-RM100 sebulan, pihak bank akan 'redha'?
Thanks
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 22, 2015 at 20:47
by   jebat
Anda peguamkah?
Bukan Peguam, cuma ahli biasa kumpulan Avengers Malaysia.

Berkenaan keputusan melelong rumah adalah ditangan JIM.....bermakna penguasaan JIM di dalam kes kebankrapan adalah penuh.
Sebenarnya, JIM tidak ada kuasa melelong rumah yang masih didalam pegangan caj Bank Rakyat.
JIM hanya boleh melelong rumah selepas pinjaman Bank Rakyat habis dibayar.
Hanya Bank Rakyat yang boleh melelong rumah, tetapi mereka biasanya tidak melelong jika bayaran ansuran tidak lambat.

Pernah adakah kes yang rumah tidak dilelong oleh pihak JIM sekiranya sibankrap benar-benar tidak mempunyai kediaman lain?
Ia lazim berlaku.

Tidakkah pihak bank akan 'meraung' kerana hajatnya tidak kesampaian?
Affin Bank hanyalah satu daripada banyak pemiutang-pemiutang.
Pemiutang tidak boleh memaksa Jabatan Insolvensi membuat sesuatu, hanya boleh buat permintaan.

Apakah dengan hanya RM50-RM100 sebulan, pihak bank akan 'redha'?
Bank adalah robot yang tidak beremosi.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 22, 2015 at 21:00
by   Idries
Terima kasih jebat dengan jawapan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 22, 2015 at 22:50
by   Idries
Saya ada hubungi pegawai bank rakyat. Katanya jika peminjam dalam status bankrap, bank tetap akan melelong rumah walaupun bayaran ansuran tiada masalah. Mereka akan lakukan lelongan bagi mencairkan aset.
Katakanlah bank rakyat dalam proses dokumentasi lelongan, bolehkah seaeorang individu ke bank rakyat dan menyatakan ingin membeli rumah tersebut. Adakah ini dibenarkan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 22, 2015 at 23:54
by   kiki
Idries,

Saya ada hubungi pegawai bank rakyat. Katanya jika peminjam dalam status bankrap, bank tetap akan melelong rumah walaupun bayaran ansuran tiada masalah. Mereka akan lakukan lelongan bagi mencairkan aset.

Memamg benar kerana pinjaman rumah adalah secured loan (pinjaman bercagar) dan mengikut peraturan nya seorang bankrap tidak lagi boleh membayar kepada sesiapa melainkan kepada JIM sahaja begitu jugalah Bank tidak boleh menerima apa apa bayaran dari kamu.

Untuk menguji dan membeli masa, kamu buatlah bayaran bulanan saperti biasa, Jika Bank Rakyat masih menerima nya bermakna perkara itu belum sampai ke pengatahuan mereka. Tetapi kalau kamu sudah atau akan melapur diri pada JIM pasti kamu akan di beri amaran oleh JIM akan kesalahan melakukan perkara ini.

Atau cuba pula kamu lengah lengahkan melapur pada JIM dan lihat bagaimana..

Katakanlah bank rakyat dalam proses dokumentasi lelongan, bolehkah seaeorang individu ke bank rakyat dan menyatakan ingin membeli rumah tersebut. Adakah ini dibenarkan.

Pasti bank akan menyuruh pembeli berpotensi membida semasa proses lelong kerana mereka terpaksa melaui proses proses undang undang. Yang kamu boleh fikirkan atau buat carian adalah  bagaimana lelongan di lakukan dan cuba memanipulasikan proses lelong itu pada harga terendah dan pembeli nya ada ahli keluarga kamu juga.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 23, 2015 at 00:48
by   jebat
Saya ada hubungi pegawai bank rakyat. Katanya jika peminjam dalam status bankrap, bank tetap akan melelong rumah walaupun bayaran ansuran tiada masaalah.
Jika ditanya, tentulah bank memberi jawapan yang standard megikut peraturan.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.